klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Hurry! DiGi's giving away Honda City and iPad EACH WEEK. That's right. And all you need is just one subscription! Try today! #DiGiSenang2Menang

Salam...

Kali ni nak buat Iklan sikit.. Hehe.. Nak tau klik Link kat bawah... Selamat meng'klik'..

Selamat Menjawab Peperiksaan buat kawan-kawan yang ambik exam hari ni, Termasuklah aku... Semoga dapat menjawab dengan sempurna.. Amin...

Hurry! DiGi's giving away Honda City and iPad EACH WEEK. That's right. And all you need is just one subscription! Try today! #DiGiSenang2Menang

Andainya ada ETS dan seumpamanya di Pantai Timur Semenanjung

Salam Sejahtera…

Masuk bulan 6 ni dah 2 tahun aku berada di kolumpo… Dan sepanjang dua tahun pelbagai pengalaman aku tempuh… Paling merisaukan setiap perantau terutama bagi yang nak balik ke Pantai Timur khususnya negeri aku… TIKET..



Tak kiralah keretapi ke, bas ke.. kapal terbang ke. Kapal laut je tak buat service.. kalau ada berebut jugak rasanya… Setiap kali perayaan yang ada kat Malaysia, tiket balik kampung memang jadi rebutan…

Bukan nak salahkan orang balik kampong tu, tapi setiap tahun, kita kan ada perayaan yang nak disambut oleh setiap kaum.. Jadi takkan tak ada langkah untuk mengurangkan masalah TIKET habis waktu perayaan… Seingat aku.. kalau nak balik raya puasa hari tu.. Awal ramadhan tu dah kena booking tiket siap-siap.. kalau tak alamatnya beraya kat KL… Paling tidak pun tumpang orang..

Tu yang aku terpikir.. sektor pantai barat sampai ipoh dah ada ETS.. Kalaulah ada ETS kat Pantai Timur.. Kan senang nak balik.. Hehe.. Tak berani nak naik bas.. 






Iklan : Nak menang iPad2, Blackberry Bold 3, atau iPod touch sign up di sini dan berlumba sehingga ke garisan penamat.. 

Nampak sangat nipunya...

Salam..

Ada orang nak ambik kesempatan rasanya.. Nasib baik aku ada baca entri dia... Tak lah excited sangat.. Tapi aku klik nak tahu sape dia.. Rupanya betul bukan seperti yang dinyatakan... Sape dia yang menipu tu.. hehe.. Biarlah dia... Kalau tak silap sangkaan aku, dia menyamar jadi Ben Ashaari.. Kalau tak silap jangkaan aku la.. Tak tau la kot-kot nama dia pun Ben kan.. Wallah wa'lam...



Yang pasti bukan aku sorang je.. Ni perkhabaran beritanya.. klik sini

15 jenis makanan larangan

Salam...

Hari ni Kementerian Kesihatan menyenaraikan 15 jenis makanan yang dilarang untuk dijual.. Antara jenis makanan yang termasuk dalam kategori makanan terlarang ni adalah seperti  mee segera, gula-gula, konfeksi ais dan aiskrim, makanan segera yang berperisa dan mempunyai pewarna tiruan serta makanan-makanan yang diproses seperti daging burger, sosej dan nuget.

Kredit Gambar : 


Ni semua merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia.. Termasuklah aku...Hehe.. Tapi jangan panik.. Jangan risau ye kakak, abang, pak cik mak cik... Yang dilarang ni di kantin sekolah.. Kan baru-baru ni dalam TV heboh memperkatakan bahawa penjualan makanan yang tidak terkawal menyebabkan obesiti dalam kalangan murid sekolah...

Kredit Gambar


Hmmm.. Kalau difikirkan.. Salah makanan ke salah orang yang nak makan?? Aku dulu tak jumpa pun makanan-makanan macam ni.. Hehe.. Kampung kan... Ada hikmah la jugak.. Hehe.. Tapi betul, adik-adik aku pun.. Makanan macam ni dah biasa bagi diorang.. Tu yang jadi obesiti tu...

Makanan yang sihat menjadikan tubuh badan yang sihat.. Betul tak..?? Aku tak pandai nak bercakap dalam bidang ni.. Hehe.. Ak maklumat lanjut servey la kat sini.

Kredit Sumber : Harian Metro

Cuti di kampung

Salam…

Kredit Gambar : TravelPod


Akhirnya dapat juga aku merasai udara yang segar di kampung. Setelah sekian lama memendamkan hasrat untuk pulang, kerana kesibukan memanjang semester ni.. Haha.. Kalah orang bekerja ayat aku..

Bukan apa, aku takut nanti lambat pulak baliknya… Maklumlah, projek kat sini bukannya menentu masanya.. Luar daripada semester pun ada.. Kena rebut segala peluang yang ada di depan mata selagi termampukan.. KPI tu…

Sedar tak sedar dah dua tahun aku kat sini.. Tinggal setahun je lagi.. Kemana aku akan mengarahkan diri aku selepas setahun ni.. Aku pun tak tahu lagi.. Bukan tak fikir.. Tapi tak tahu macam mana nak fikir.. Tempuh yang dah kat depan mata dulu.. Yang selepasnya tu kemudiankan…

Mode nak exam dah.... Haha.. Hati je tak fokus lagi.. Macam mana tuh...


**** Cuti sekejap best.. Cuti lama bosan.. Tak de member kat kampung.. Semua dah berhijrah katanya...

**** Good Luck kepada semua yang menghadapi exam semester ni...

Soalan dari formspring???

If you could only drink one thing for a year and it couldn't be water, what would you drink?


agak-agak apa la nak diminum gamaknya??


Homestay di Kampung Air Manis Sabak Bernam- Day 1

Salam..

Sepanjang hujung minggu lepas, selama 3 hari 2 malam, aku menyertai rombongan kumpulan pelajar di bawah pertukaran pelajar di UM ni ke Homestay Kampung Air Manis di Sabak Bernam, Selangor. Seramai 41 orang pelajar termasuk 6 orang jawatankuasa dan 3 orang pegawai daripada International Student Centre (ISC) sebagai pegawai pengiring.

Ini merupakan group ketiga yang menyertai program homestay ni.. Selama 3 hari aku nak citer sehari semi sehari.. Hehe.. 

Lawatan pertama kami sebelum tiba di Kampung Air Manis ni adalah Kilang IKS yang memproses kerepek dan bahulu.. Yang bestnya dapat test bahulu panas-panas. Terpikir jugak aku nak buat bisnes jual kerepek ni.. Tapi masa tu tak punya wang yang lebih... Haha.. Simpan la dulu dalam hati.. Kemudian hari bolehlah kot..

Sarang Bahulu

Sempatla jugak tanya mak cik yang buat bahulu ni macam mana nak buat

Kedai yang jual kerepek dan bahulu yang dah siap 'packing'



Lepas melawat kilang kerepek kami di bawa pulang ke kampung Air Manis Sabak Bernam.. Kedatangan kami disambut oleh orang yang bertangungjawab mengurus homestay air manis ni.. Sebelum solat jumaat, kami dijamu dengan hidangan kampung.. Homestaykan.. Perkenal makanan kampung kat student international.




Lepas solat jumaat kami di bawa pula ke kilang memproses nata de coco.. Baru la aku tau macam mana diorang proses nata de coco ni.. Sebelum ni tau makan je kan.. Berdekatan juga ada tempat memproses minyak kelapa dara.. Sekali lagi dapat rasa free.. Haha
Ni proses pembungkusan

Isi dalam cup.. hehe

Ni la proses pemotongan jadi segi empat.
Proses membeku tak de sebab semua dia dah bekukan sebelum tu..

Kelapa yang dipanaskan

Petang tu pulak.. Main layang-layang.. Kembali kepada zaman kanak-kanak.. dulu buat selalu jugak buat layang-layang sendiri pakai kertas.. Paling besar buat pakai buluh sebagai rangka.. Tu rumitlah sikit prosesnya. Apapun layan je..


Malam tu sebenarnya ada malam kebudayaan. Malam pengantin.. Nak tunjuk bagaimana adat persandingan Melayu kepada student international ni.. gambar.. Satu je aku ambik.. Henphone aku habis bateri.. Hehee






Sekian hari pertama.. tunggu untuk hari kedua..

Letih upload gambar..


Ada citer tak leh nak citer

Salam..

Telinga aku masih sakit lagi... Dah dua kali gi jumpa Dr.. Akak misi tu cakap jumpa Dr. sama la senang.. Tau apa masalah dia.. Orang pun tak ramai tadi.. Kejaplah nunggunya... risau jugak dah lama sakit neh.. Mana tau tiba-tiba kena admit ward kang.. Tak pasal-pasal pulak mak bapak aku datang sini...

Dr. bagi tau yang minggu lepas tu da ok.. Intai punya intai dalam telinga ni boleh ada air. Macam mana tu.. Seingat aku, aku tak pernah main air sepanjang aku sakit telinga.. Sebelum tu pun tak pernah.

Dalam 3 hari ni sebelum neh ada join satu program.. Tak leh nak citer sangat.. Gambar yang ambik pun belum transfer lagi.. Harap lepas ni ok da kot... Ada citer tapi tak leh nak citer..

Lama tak masuk klinik

Salam..

Hari ni akhirnya aku putuskan nak pegi klinik.. Tak berani gi sorang aku ajak la member aku.. Punyalah tak tahu, padahal dah lama kat sini.. Haha.. Rugi je tak pegi klinik, setiap semester aku bayar.. Haha.. Fisrt time aku dapatkan khidmat kesihatan di klinik neh..



Pergi tadi dah dekat pukul 1.. Dah nak tutup katanya.. Takpelah.. Aku tunggu sampai pukul 2. Pesakit pertama.. Hahaha.. Nasib baik service ok.. Berbaloilah tunggu.. Doktor cakap telinga tersumbat.. Ada wax apa entah.. Aku bukan budak medic.. Hehe.. Tahu tersumbat je.. Ni gara-gara korek dengan cotton buds kot.. Tersumbat gamaknya.. Harap lepas ni ok..

Ha! Ayat menarik perskripsi ubat neh...

4 Titis, 4 kali sehari, selama 4 hari

Fenomena Kak Limah dan Usop Wilca

Salam semua..

Sekarang ni musim orang duk menyebut cerita Hantu Kak Limah ngan Usop Wilca je.. Mana-mana event adalah   watak-watak ni keluar untuk memeriahkan suasana.. hehe.. Jom kita tengok





Sakitnya telinga..

Salam...

Dah tiga hari dah telinga aku sakit... Tak tau ar kenapa.. Ada sape2 leh bagi petua.. Selain kena gi klinik.. Sakit neh..

Di sebalik teks-teks klasik..

Salam semua..

Mungkin ramai antara kita tidak pernah membaca bahkan melihat naskhah-naskhah klasik..Tapi kalu cite pasal filem Hikayat Merong Mahawangsa tentu semua tahukan.. Hahaha.. Filem ni adalah petikan daripada teks sastera sejarah klasik Hikayat Merong Mahawangsa. Sejauh mana keselarian teks dan filem tak dapatlah aku ulaskan.. Aku pun belum berkesempatan untuk membaca karya tersebut.. Filem pun aku tak senmpat nak tengok.. Hehehe..



Tapi ingin aku tekankan kat sini, pentingnya penjagaan dan kajian terhadap teks-teks lama neh.. Aku cukup beruntung dapat belajar mengenai kajian teks-teks lama neh.. Sekurang-kurangnya dapat tahu apa yang kita tak tahu la kan... Bidang ni dikenali sebagai bidang Filologi.. Bukan hanya teks mengenai sejarah ada, terdapat pelbagai lagi jenis teks atau pun naskhah klasik yang di dalamnya terkandung pelbagai pengajaran dan cerita disebaliknya..

Ada naskhah yang berkaitan dengan sastera, seni, budaya dan agama.. Menarik bukan.. Nanti kalau ada kesempatan, akan aku kongsikan sebuah cerita berkenaan tesis berkaitan naskhah lama iaitu "Sha'er Yatim Nestapa". Ada pengajaran yang terkandung dalam cerita neh.. Jadi nantikan.. Hehe..

Baru aku tahu...

Salam..


Almaklumlah, aku baru first time join segmen Ben Ashaari kat sini.. Duk tertanya-tanya, orang duk komen dalam blog aku kumpulan-kumpulan.. Aku tak tau apa-apa agi.. Hehe.. Walhal dari semalam agi kot ada, ataupun dah lama.. Jadi aku memulakan pencarian.. Haha.. Maka berjumpalah aku senarai blog-blog yang tersenarai dalam segemen tu.. 

Link blog aku berada dalam kumpulan 7 kat sini.. Hehe.. Lepas ni aku nak gi jelajah satu demi satu kalau sempat.. Baru tahu masuk senarai kan.. hehe..





Momen Persahabatan - Rashid Hussin


Teman....

     Disini segalanya bermula
     Kisah kau,aku dan kalian
     Merungkai secalit nostalgia
     Yang mewarnai kamar kehidupanku..

Kau....
     Mengajar aku erti kehidupan
     Mendidik aku definisi kedewasaan
     Mentarbiahku menjadi tabah dan pasrah
     Berkongsi makna suka dan duka
     Dalam menyelusur arus kematangan usia
     Namamu tetap abadi
     Walau kau hanya singgah dihati..

Kalian....
      Pasti ceritera kita bersama
      Akan ku coretkan didasar hati
      Tetap tersisip dilandasan ingatan
      Walau pernah tercalar hati ini
      Kalian tetap bergelar teman
      Akan ku lakar indah
      Momen persahabatan kau dan kalian
      Dalam setiap ruang
      Hati dan ingatan ini
      Kerana sebulan bersamamu
      Seabad terasa rindu......... 

Kredit untuk sahabatku : Saudara Rashid Hussin

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Salam.. First time nak join.. Hehe..


Nak join klik sini..

Cun: Best ahh...

Salam..

Hari ni, bersama dengan teman-teman seangkatan, aku first time main bowling.. Hahaha.. Memang kayu habis.. Takpelah first time.. Hehe.. Enjoy habis... Lepas makan, diajak pulak tengok wayang.. Hajat di hati dah nak balik dah.. Tapi cancel, asal nak tengok Merong Mahawangsa, tapi ramai orang beli lah tiket CUN...

Berbaloi.... Kelakar sepanjang cerita.. tapi ada gak scene touching2.. Haha.. Mereka yang berkeluarga, sedang dilamun asmara leh la tengok citer neh.. Hehehe.. Sesuai untuk semua... Memang menarik.. Filem ni mula ditayangkan pada 31 Mac yang lalu... Sape-sape yang belum menonton filem ni.. Cepat-cepatlah pegi pawagal ye.. Tak rugi...



Sebenarnya ada salah satu lagu dalam filem tu yang nak aku kongsi.. Tapi tak tau tajuk apa.. Bukan OST.. Lagu ni masa part diorang tengah hangat dilamun cinta.. Atan dan Luna Latisya.. Entahlah.. Sape tahu tolong bagi tau erk nanti.. Tinggalkan kat ruangan komen..

Aku tinggalkan dengan lagu OST Cun neh.. Memang CUN......

Ini cerita aku dalam seminggu...

Salam...

Cerita aku dalam seminggu.. Sibuk yang amat.. Lepas je dinner kolej, paper projek aku dan pada masa yang sama kena pegi dinner.. Master belanja krew yang bertugas pada malam dinner kolej aku tuh.. Aku salah seorangnya.. Hehe.. Terima Kasih .. Ha.. Minggu ni jugak minggu last kelas presentation aku bersama dengan En. Peter.. Minggu depan dah kena nilai dengan lecturer lain.. Takut la jugak, tak tahu sangat bahasa orang putih neh..



Aku cerita satu persatu lak.. Pada 25 Mac.. Dinner kolej aku.. Aku salah seorang krew dan tugas aku jaga teknikal.. Sape cakap teknikal tak penting dalam sesebuah program.. Takde benda alah tu alamat senyap bin sunyilah.. Haha.. Ha!! Sape cakap kerja ni senang.. Susah jugak beb.. Perlukan kombinasi dan kecekapan serta daya ketepatan yang tinggi.. Timing kena betul.. Muzik kena sesuai dengan majlis.. Bukan main belasah je beb.. Gua dan penat dah dengan benda ni.. Asyik gua je jaga teknikal.. Walaupun ada orang yang dijemput khas mengendalikan benda alah ni.. Tapi kitaorang still kena jaga gak.. Mana lah dia tahu perjalanan majlis tu dari awal ke akhir.. Kena guide dialah jawabnya.. Aku rasa nak bukak bisnes ni la pulak.. Sewa teknikal.. Haha..

Add caption


Lepas Dinner, ada event plak kat Akademi... Seminggu tu.. Project Paper aku pun disekalikan dalam festival ni untuk memeriahkan festival.. Giliran group kami pada hari khamis jam 2 petang. 31 Mac yang lalu.. Projek ni kira tugasan kuliah paper yang aku ambik, Pengurusan dan Pemasaran Sastera. Kira kursus ni nak test pelajar leh handle pengurusan sesuatu perkara tu dengan baik atau sebaliknya.. Tak tau la macam mana Prof. nilai. Tapi harap-harap lulus dengan cemerlanglah nanti.. Haha..

Malam tu pulak, dapat jemputan (kononnya) pegi dinner KK2. Ni kira timbal balik la. Sebab masa dinner kolej aku haritu, tak dapat nak menikmati dengan selesanya.. Haha.. Jadi Master belanja krew-krew yang bertungkus lumus pada malam itu... Tak ramai, 10 orang je yang terlibat..hehe.. Terima kasih Master.. Berbaloi gak tak dapat makan dengan tenang malam tuh..

Balik tu, asaimen menunggu.. Dah kena submit keesokkan harinya... Maka bertungkus-lumuslah aku menyiapkannya.. Setelah berpenat lelah, maka aku berjaya menyiapkannya.. Bersama sahabatku Awg Azhar, aku menghantar asaimen tersebut tepat jam 5 petang.. Dah lega satu.. Ada lagi 2.. Haha.. Tunggu masa yang sesuai je nak buat.. Angin tak de lagi... Haha..

( Dah tiga hari aku nak siapkan entri neh.. Baru hari ni leh publish)

Pujaan Hati : Kangen Band


Hei pujaan hati apa kabarmu

Ku harap kau baik-baik saja
Pujaan hati andai kau tahu
Ku sangat mencintai dirimu

[*]
Hei pujaan hati setiap malam
Aku berdoa kepada sang Tuhan
Berharap cintaku jadi kenyataan
Agar ku tenang meniti kehidupan

Hei pujaan hati, pujaan hati
Pujaan hati, pujaan hati

[**]
Mengapa kau tak membalas cintaku
Mengapa engkau abaikan rasaku
Ataukah mungkin hatimu membeku
Hingga kau tak pernah pedulikan aku

Cobalah mengerti keadaanku
Dan cobalah pahami keinginanku
Ku ingin engkau menjadi milikku
Lengkapi jalan cerita hidupku

Hei pujaan hati, pujaan hati

Back to [*]

Hei pujaan hati, pujaan hati
Pujaan hati, pujaan hati

Back to [**]




Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...