klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Di sebalik teks-teks klasik..

Salam semua..

Mungkin ramai antara kita tidak pernah membaca bahkan melihat naskhah-naskhah klasik..Tapi kalu cite pasal filem Hikayat Merong Mahawangsa tentu semua tahukan.. Hahaha.. Filem ni adalah petikan daripada teks sastera sejarah klasik Hikayat Merong Mahawangsa. Sejauh mana keselarian teks dan filem tak dapatlah aku ulaskan.. Aku pun belum berkesempatan untuk membaca karya tersebut.. Filem pun aku tak senmpat nak tengok.. Hehehe..



Tapi ingin aku tekankan kat sini, pentingnya penjagaan dan kajian terhadap teks-teks lama neh.. Aku cukup beruntung dapat belajar mengenai kajian teks-teks lama neh.. Sekurang-kurangnya dapat tahu apa yang kita tak tahu la kan... Bidang ni dikenali sebagai bidang Filologi.. Bukan hanya teks mengenai sejarah ada, terdapat pelbagai lagi jenis teks atau pun naskhah klasik yang di dalamnya terkandung pelbagai pengajaran dan cerita disebaliknya..

Ada naskhah yang berkaitan dengan sastera, seni, budaya dan agama.. Menarik bukan.. Nanti kalau ada kesempatan, akan aku kongsikan sebuah cerita berkenaan tesis berkaitan naskhah lama iaitu "Sha'er Yatim Nestapa". Ada pengajaran yang terkandung dalam cerita neh.. Jadi nantikan.. Hehe..

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...