klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Peluang : Nak ke tak nak???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...


Berat jugak nak buat keputusan ni.. Nak ke tak nak.. Peluang dah ada depan mata.. Tunggu pengesahan je.. Mak dan ayah pun dah bagi green light cuma aku je tak tergamak nak putuskan.. Semua tu pakai duit.. Pergi mesti pakai banyak duit.. Mampukah aku..??? Walaupun semua dah ditanggung, takkan la aku ni tak ada nafsu nak beli benda-benda.. Paling tidak pun beli cenderamata ke apa ke untuk adik-adik dan saudara mara terdekat tu.. Huhuhu.. 

Pening gak bila pikirkan benda ni.. hehe... Bukan masalah besar pun sebenarnya.. Keputusan di tangan aku..Member pun suruhh pergi meramaikan katanya.. Baru best..! Yang tak bestnya aku sentiasa fikir ke hadapan.. Masa tu macam mana kewangan keluarga aku.. Aku sebenarnya tak kisah pergi atau tak.. Kalau bukan rezeki aku pergi untuk ke sana.. Mungkin lain kali.. Redha dengan Qada dan Qadar.. 


Satu je jalan sekarang ni Istikharah.. Mintak petunjuk dari-Nya.. Moga dipermudahkan jalnnya.. Amin..

Cuci kereta amal...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hari ni aku nak khabarkan kepada sesiapa yang berada di sekitar Bangsar, Kerinchi, Pantai Dalam dan Petaling Jaya bolehlah menyumbang kepada Cuci kereta amal kami di Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi (KK10) Univeristi Malaya. Sumbangan anda dialu-alukan dan amat kami hargai.

Berikut merupakan perincian mengenai senarai harga untuk cuci kereta amal ini.

MPV : RM 9 (dengan vacuum), RM 7 (tanpa vacuum)
Kereta : RM 7 (dengan vacuum), RM 5 (tanpa vacuum)
Motosikal: RM 4 (tanpa vacuum)


Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul 1432H...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW... Aku ingin berkongsi khutbah terakhir Rasullullah SAW yang disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10H di Lambah Uranah , Gunung Arafah. Sama-sama kita hayati semoga kita mendapat manfaat dan syafaat daripada Baginda.



Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.


Kredit untuk Orang Muda tag Aku dalam FB : Kunjungi orang muda di http://azhar-rosely.blogspot.com/2011/02/salam-maulidur-rasul.html

Maher Zain dalam Bahasa Melayu

Salam...

Terharu, bangga, penyanyi luar nyanyi lagu sendiri tapi dalam bahasa luar. Bahasa Melayu tu beb! Sape tak bangga! Orang luar nyanyi lagu dalam BM untuk hargai peminat. Maknya BM ni bukan bahasa yang lekeh seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Layan lagu neh...


Gol Kemenangan Malaysia

Detik dimana Malaysia memenangi perlawanan persahabatan menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam. Jaringan dilakukan oleh kapten Malaysia Safiq Rahim dan jaringan kedua oleh Amirul Hadi.


Nak tukar tak ada yang sesuai...

Salam 1 Malaysia dan Dunia..

Niat di hati nak tukar templete baru, tapi cari punya cari tak ada yang sesuai dan tak berkenan. Hmm.. Rasa macam dah lama dah guna. Nak tukar angin baru.. Nak buat sendiri tak reti.. Terpaksalah cari yang dah ada kat tenet neh.. huhu...

Tak lupa jugak TAHNIAH kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia kerana memenangi perlawanan persahabatan menentang Hong Kong malam tadi. Terbukti kita tidak hangat-hangat tahi ayam, tapi kita benar-benar mampu melakukannya. Malaysia memang Boleh!


Kredit gambar : Galeri Utusan Malaysia

Jangan buat benda yang tak nak buat?

Salam...


Lama dah aku menyepi dalam dunia ni.. Malas, letih, sibuk.. Semua bercampur baur. beransur masuk pertengahan semester ni, makin menjadi-jadi banyak kerjanya. Asaimen memang tak payah cakap, dah bertimbun. Tapi bergeraknya tidak..

Pasal tajuk.. Perlu ke kita buat benda yang tak nak kita buat???  Jadi jawapannya.. Tentulah tak perlukan.. Buat apa yang kita suka lebih bermakna...Apa kata korang???.... Jadi....


Sekian 'kemerepekan' aku kali ni akibat keletihan 9 jam kuliah hari ni... Kepala da 'full'.. hehe

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...