klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Homestay di Kampung Air Manis Sabak Bernam- Day 1

Salam..

Sepanjang hujung minggu lepas, selama 3 hari 2 malam, aku menyertai rombongan kumpulan pelajar di bawah pertukaran pelajar di UM ni ke Homestay Kampung Air Manis di Sabak Bernam, Selangor. Seramai 41 orang pelajar termasuk 6 orang jawatankuasa dan 3 orang pegawai daripada International Student Centre (ISC) sebagai pegawai pengiring.

Ini merupakan group ketiga yang menyertai program homestay ni.. Selama 3 hari aku nak citer sehari semi sehari.. Hehe.. 

Lawatan pertama kami sebelum tiba di Kampung Air Manis ni adalah Kilang IKS yang memproses kerepek dan bahulu.. Yang bestnya dapat test bahulu panas-panas. Terpikir jugak aku nak buat bisnes jual kerepek ni.. Tapi masa tu tak punya wang yang lebih... Haha.. Simpan la dulu dalam hati.. Kemudian hari bolehlah kot..

Sarang Bahulu

Sempatla jugak tanya mak cik yang buat bahulu ni macam mana nak buat

Kedai yang jual kerepek dan bahulu yang dah siap 'packing'



Lepas melawat kilang kerepek kami di bawa pulang ke kampung Air Manis Sabak Bernam.. Kedatangan kami disambut oleh orang yang bertangungjawab mengurus homestay air manis ni.. Sebelum solat jumaat, kami dijamu dengan hidangan kampung.. Homestaykan.. Perkenal makanan kampung kat student international.




Lepas solat jumaat kami di bawa pula ke kilang memproses nata de coco.. Baru la aku tau macam mana diorang proses nata de coco ni.. Sebelum ni tau makan je kan.. Berdekatan juga ada tempat memproses minyak kelapa dara.. Sekali lagi dapat rasa free.. Haha
Ni proses pembungkusan

Isi dalam cup.. hehe

Ni la proses pemotongan jadi segi empat.
Proses membeku tak de sebab semua dia dah bekukan sebelum tu..

Kelapa yang dipanaskan

Petang tu pulak.. Main layang-layang.. Kembali kepada zaman kanak-kanak.. dulu buat selalu jugak buat layang-layang sendiri pakai kertas.. Paling besar buat pakai buluh sebagai rangka.. Tu rumitlah sikit prosesnya. Apapun layan je..


Malam tu sebenarnya ada malam kebudayaan. Malam pengantin.. Nak tunjuk bagaimana adat persandingan Melayu kepada student international ni.. gambar.. Satu je aku ambik.. Henphone aku habis bateri.. Hehee






Sekian hari pertama.. tunggu untuk hari kedua..

Letih upload gambar..


4 Responses to Homestay di Kampung Air Manis Sabak Bernam- Day 1

  1. Mawe says:

    kalau asal dr kg x terasa sangat g homestay.. hehe.. kalau yg x pernah join mesti best

  2. a,ah..saper yang jrng2 g kg tu..lgi best..dpt join aktiviti cm ni..hope bnyk g aktiviti cm ni di wat..

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...