klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Mulakan kembali...

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia...

Dah lama rasanya aku tak menaip di kat sini. Masalah utama adalah setelah habis 'mengaji' ni, INTERNET. Kat rumah aku dulu ada langgan TM Streamyx, memandang pencuri kabel tu pro, dah 2-3 kali kontraktor TM tu tukar, 2-3 jugaklah dia curi. Setahu aku, sekarang ni kabel guna fiber apa ntah. Bukannya 'emas' seperti yang mereka sangka. 

Buat masa sekarang ni, aku masih lagi menjadi penanam anggur yang berjaya dan masa lapang yang juga agak banyak. Namun hanya kemalasan menguasai peratusan tertinggi untuk mengemaskini blog ini. Oleh hal yang demikian, aku mahu mulakan kembali.

Tidak lupa juga untuk mengucapkan TAHNIAH kepada JUARA TREBLE, The Red Warriors di atas kejayaan mereka. Semoga terus berjaya pada masa hadapan.

Hari ini juga berlangsung Anugerah Bola Sepak Malaysia 100 Plus 2012. Berikut merupakan senarai pemenang. Tahniah kepada pemenang.

PENJAGA GOL TERBAIK
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK:
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM)

PEMAIN TENGAH TERBAIK:
Safiq Rahim (Selangor)

PENYERANG TERBAIK:
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

PEMAIN HARAPAN:
Mohd Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)

PEMAIN PALING BERNILAI:
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

PEMAIN ASING TERBAIK:

Marlon Alex James (ATM)

PERSATUAN TERBAIK :
KAFA

KELAB TERBAIK :
Sime Darby

KELAB PENYOKONG TERBAIK :
ATM



Info: MNFT dan pelbagai page kelab penyokong bola sepak.

A big day to celebrate together

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...