klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Lasykar Pelangi

Salam.. Ada sape tahu tak pasal maksud disebalik tajuk lasykar pelangi.

Jumpa PTS@ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

Salam...

Klik link ini untuk anda berpeluang untuk memenangi baucer buku daripada pihak PTS.



Iklan : Sape nak beli tudung.

Salam...

Kali ni gua bukan nak berniaga. Cuma tolong member gua promote bisnes kecil-kecil dia.. Untung-untung gua dapat jugak sikit komisen. Hehe.. Ha. Adik, kakak, mak cik, abang, pak cik, datuk, nenek sekalian, andai anda berminat nak cari tudung sila-sila menjengah di laman facebook seperti yang tertera di bawah.


Jenguk-jenguklah ye saudara-saudari. Mana tahu ada yang berkenan di hati. Bolehlah dibeli. Macam pantun dah bunyinya.

Aku pun nak berniaga jugakla rasanya. Kalau aku jual gelang mutiara sabah tu laku tak. Agak-agak macam mana pasarannya. Sape yang tahu boleh kongsikan tak. Al-maklumlah baru nak belajar. Belum start lagi.

Untitle betul!

Aku ni mabuk novel ke mabuk ape neh.. Setiap kata-kata dalam novel yang aku baca tu meninggalkan kesan dalam diri ni.. Disebalik hiburan ada mesej yang ingin disampaikan.. Banyak yang boleh dijadikan teladan. Cinta!!! Mabuk, mabuk.. Haha... Mabuk cinta dalam novel...

Haha.. ayat aku ke tuh.. Cintailah Dia Yang Satu sebelum mencintai hamba-Nya. Salah satu mesej yang ingin disampaikan. Kadang-kadang drama yang digambarkan melebih-lebih melangkaui realiti. Namun tidak dinafikan ada kewujudannya.

Aku dalam duniaku.. Haha.. Memang dah sah dah ni.. Ade ke? Haha.. First time mengarut macam ni.. Kalah novel yang tak laku.. Novel yang laku tu aku yang kalah.. Haha.. Penangan baca novel, dengan Vanilla Coklat ni buat aku lain macam.. Haha.. Habiskan study.. Pastu kerja.. Then.. Wallah wa'lam..

Fuhh!!


Salam...

Fuh!! Dah berhabuk gamaknya.. Lamak gilak aku tinggalkan blog neh... Macam-macam benda dah beraswang kot.. Ada ke?? Nak cakap busy, busy ke? Tak mungkin, online nya memanjang, cuma blog je tak terbukak... Entahlah dah kurang rasa nak berblog sekarang ni...

Dah masuk final semester dah aku ni... Gembira tentunya tidak, sedih tak lagi kot, risau tu ada.. Cabaran kat depan tu Tuhan saje yang tahu.. Macam-macam dah aku pikir.. Kawan-kawan aku pun sama, ada yang dah rancang nak sambung ke peringkat yang seterusnya. Buat Master, bukan tak ada dalam plan aku, cuma kalau sambung terus tu mungkin tak.

Ada perkara yang lebih penting daripada tu.. Biarlah ringan beban kedua ibu bapaku dahulu, barulah aku pertimbangkan balik hasrat aku tu. Itu pun kalau apa yang berada dalam kepala aku ni mampu direalisasikan. 

Tengah tak busy ni, ada perkara luar jangka yang aku lakukan.. Haha... Pelik ke kalau lelaki baca novel. Kalau dulu aku duk kutuk-kutuk je member perempuan aku duk baca novel. Sanggup tangguh makan minum semata-mata nak baca novel.. Sekarang ambik kau! Dah tersangkut dalam dunia novel neh.. Haha..

Aku baca bukan saje-saje nak baca. Aku amik paper novel sem last ni.. Nak tak nak, kena jugak baca, mana tau dalam kelas dek nya soal pernah baca novel ke tak.. Senang la aku menggorengnya nanti.. Dah baca tu best la pulak..

Patutlah kawan-kawan kaum hawa ni bertungkus-lumus membaca tanpa rasa jemu. Pengalaman dua novel yang aku baca membuatkan aku berada dalam dunia tu. Haha.. Aku berfantasi berdasarkan novel tu.. Alangkah indahnya kalau fantasi benar-benar jadi realiti.. Mahu dunia seperti dalam novel benar-benar menjadi realiti.. Hehe...

Dah sampai seru gamaknya.. Mampu ke?? Kadang-kadang rasa teringin..Macam dalam lagu Shima pulak dah... Haha.. Namun, ada juga rasa tak berani, tak yakin dan takut. Takut apa yang kita buat tu bukan kerana yang sepatutnya. Hanya kerana nafsu dan keinginan semata-mata.. Minta dijauhkan.. Sebab tu aku mengharapkan fantasi novel itu menjadi realiti. 

Fantasi tetap fantasi. Buat entah kali yang ke berapa entri yang tak berisi.. Hehe..


Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...