klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Makan Malam Amal: Aman Palestin

Salam...


Terima kasih buat penganjur yang menganjurkan Majlis Makan Malam Amal: Aman Palestin. Terbaiklah!! Suara kita semua dalam usaha menyelamatkan Palestin daripada kekejaman rejim Zionis sedikit sebanyak dapat memberikan semangat kepada mereka untuk terus berjuang. Bangkit! Ayuh wahai pejuang! Bangkit menentang musuhmu.

Majlis makan malam amal ini dianjurkan oleh Kolej Kediaman Kesembilan Universiti Malaya yang turut dihadiri oleh wakil Aman Palestin dan wakil Utusan Malaysia. Bukan menu makanan yang menjadi objektif tetapi pengisian dan harapan yang menjadi objektif utama program ini.

Diharapkan, seluruh rakyat Malaysia amnya dan kaum muslimin dan muslimat khususnya dapat bersama-sama menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita disana. Selamatkan Palestin!!

Dari mana datangnya Nasi Goreng USA tuh??

Salam...

Bab makan lak kali ni.. Dah lama aku makan tapi tak tahu dari mana datangnya USA ni pada nasi goreng.. Waktu-waktu hujan macam ni, kalau makan ni, best neh... Aku rasa semua dah tahu macam mana rupanya Nasi Goreng USA ni kan. Ha!.. Ni gambar dia.. Aku pinjam ngan pakcik Google kejap.. 

Kredit kepada pemilik gambar


Kalau tengok nasi goreng neh kat kepuluan Asia je ada.. Kat Amerika dan eropah neh takde... Diorang makan fastfood.. Berdasarkan searching aku dalam hal nasi goreng ni.. Nasi goreng ni asalnya makanan orang tiongha. Diorang ni tak suka makan-makanan yang dingin-dingin, jadi gorenglah nasi yang tak habis. Rasanya orang Melayu pun macam tu kan?? Emm apapun asal usul nasi goreng ni, yang aku pelik kenapa diberi nama Nasi Goreng USA? Sape orang pertama yang beri nama ni?..

Nama-nama nasi goreng lain boleh diterima lagi ar, Nasi Goreng cina, Nasi Goreng Pataya.. Sebab nama tu, memang orang-orangnya makan nasi.. Hehehe.. Sape tahu?? Kita sama-sama cari.. Jom.......



Aku Join Projek Budak Sekolah


Penganjur: bulatcircle (klik link di atas)



    Pada musim citt sekolah yang lepas. Sekolah saya telah mengadakan 1 aktiviti riadah dikawasan air terjum sekayu. Tengah-tengah syok saya n kawan2 mandi kat air trjum 2 saya nampak seeko rama2 yang cantek. Saya pown kejar rama2 2. Tiba-tiba sy terjatuh.. Aduh!! Sakitnya kepala lutut sy.. Sy menjerit.. Huawaa.. Huawaa....

Kaki sy kluar air warna merah.. Sya igt air sirap saya pn tadah dan buat minum sbb sy dahaga sgt2.. sy rasa sedap dan minum daminum lagi.. sedap sehingga menjilat bibir.. Sy jalan-jalan cri rumah sy.. tp x jumpa.. sy nk menangis lagi.. tp tak jd.. sebab sy dengar suara org menyanyi... kuat dgr bunyi tu.. sy cri dan cri..
smbil tu sy nanyila lagu "di mana nak ku cari ganti"..

sampai habis lagu sya dgr sikit2 je suara org nyanyi tu.. sy rasa dia jeles ngan sya.. sbb sya nyanyi lg sedap... bru sy perasan.. walkman yg abg bg dh abis ubat dia... Perut saya pn dah berbunyi.. kriut.. kriut...
lapa dah ni.. sy pom slongkar dlm beg.. nasib baik ada biskut Harimau... buat alas perut sy.. mak slalu pesan suh makan biskut ni.. mak kata kalau makan cepat besar n boleh lari laju2..

dah letih berjalan baru say jumpa sebuah rumah... besar rumah tu.. sy pikir boley la gna telepn ke, internet ke tuk kontek mak ngan ayah sy.. tba2 sy jumpa ngan ibu yg sedang mengintai-ngintai di luar rumah itu.. "assalamualaikum wrt ibu.. ibu sedang cri apa?''
"wa'alaikumussalam, ibu cri anak ibu, hilang, jatuh x tau kemana"..
"anak ibu tu besar ke kecik"
"kecik je"
"apa nama anak mak cik tu, boleh sy tolong jeritkan, mana tau dia kluar"
mak cik ilang Anak kunci..

walaupun sya masih budak, sya juga mempunyai kemaluan rasa malu.. sya lari kuat2.. macam iklan biskut Tiger.. lalu sya tersepak benda yg besar.. DUP!, macam buah durian sya jatuh.. rupa-rupanya sya tersepak  sebuah peti besi yang tak berkunci.. sya pikir ni mesti yg ibu td punya neh.. 

sya pun bukak peti tu.. kreekkkk..dalam peti tu ada banyak kertas.. nasib baik cikgu dah ajar baca abc.. sya pun baca sikit2.. s.. u..r..a..t.. su..rat.. w..a..s..i..a..t.. wa..si..at.. surat wasiat.. dengan penuh rasa twaduk sya baca surat tu.. tekun sya membaca.. kemudian sya dengar satu bunyi dan tapak kaki yang kuat.. sya igt dinasour idung panjang.. rupanya gajah.. sya lari lintang puaka dikejar gajah itu.. 

sya rasa badan sya sungguh bertenga selepas  makan biskut harimau tadi.. sya lari dan lari.. lompat sini.. lompat sana.. lompat sini pulak.. degung degang sya lompat.. sya dengar sayup-sayup ada orang paggil nama sya.. semakin lama semakin kuat.. jelas.. cikgu memanggil nama sya..

"sempat lagi awak mengigau tengah hari buta ye.. sudah bangun berdiri atas kerusi sekarang"
sy kena denda smpai habis kelas.. 

sekian..

aku nak tag 3 bravo


ok.. harap menang ye.. hehe.. kredit tu Edi tag aku n penganjur.. hehe
pastu letak link korang kat link ni...



Sanggup nak menipu..

Salam..

Macam-macam karenah orang sekarang neh.. Sanggup buat apa saje asal, dapat penuhi kehendak diri sendiri. Emm.. Tahniah kepada yang berjaya mengesan kegiatan yang boleh dianggap tidak beretika ni. Aku tak nak citer banyak-banyak.. Korang bacalah kat blog ni... Klik

Bacalah....

UFO buat lawatan.

Salam...

UFO??? UFO datang buat lawatan lah... Kat menara KL.. Tak caye.. Korang tengok gambar neh... 

Sumber gambar dan berita KOSMO Online
Gambar ni dirakam oleh seorang penyelia kanan projek pembinaan pada hari Selasa yang lalu. Diceritakan masa dia rakam gambar tu dia tak sedar yang UFO ada kat situ. Aku rasa mungkin UFO buat lawatan sambil belajar kot. Sebab tu dia pilih Menara KL kan?? Hehe..

Dah banyak cerita UFO kat Malaysia neh.. Aku ambik sumber daripada KOSMO untuk korang baca er..

14 Mac 2010
Seorang pengurus sebuah syarikat perabot, Mohd Zulfakar Abdul Rahman, merakam gambar kemunculan UFO ketika hujan renyai di ruang udara untuk tempoh 15 saat di perumahan Kondominium Damansara Damai, PJ pada pukul 7.11 malam

17 Mac 2009
Seorang penduduk dan anaknya Zaid Zain dan Mohd Nauman melihat UFO mengeluarkan cahaya putih dan hijau berlegar-legar di ruang udara Stadium Larkin dari arah rumahnya di Larkin Perdana JB pada jam 8.30 malam

10 April 2009
Pereka grafik, Mohd Zamri Zain  mendakwa melihat UFO berlegar-legar di ruang udara Taman Dato' Onn Larkin Johor pada 8 April 2009 jam 10 malam.

27 Januari 2007
seorang penduduk, Azmi Lazim dari Sungai Siput, Perak, mendakwa terlihat UFO meluncur laju dilangit semasa melalui jalan utama Chemor Perak

Januari 2007
Pemandu teksi, Mohd Helmi Hashim mendakwa ternampak UFO yang mengeluarkan warna terang dan oren meluncur laju di langit dengan kelajuan lebih 500 kilometer sejam pada jam 6.20 pagi sewaktu beliau menghantar penumpang dari Medan Gopeng ke Pengkalan Gate, Ipoh Perak.

Aku pikir memang diaorang ni tengah buat lawatan kot kat Malaysia ni.. Hehe. Nak tahu lebih lanjut dapatkan KOSMO hari ni atau klik sini.

Sumber : Kosmo



Jawapan aku : Segmen TERJAH adewkyuyueaffens

Salam semua...

Haha... Hari ni baru aku boleh menulis dengan jayanya. Inipun sepantas yang mungkin sesi terjah menerjah.. Ni owner contest ni.. Klik sini.. Tapi yang tag aku ni member seperjuagan aku di medan perang Mr. Edi. hehe klik sini lak yer.. Syarat dia.. korang kena follow molo blog adewkyuyue tu.. hehe pastu kopi  copy banner bawah ni.. haha


Haha.. syarat satu dan dua dah aku penuhi... Hehe.. Selepas itu, jawab soalan-soalan berikut: 




Tentang aku. 

Rasanya dah banyak aku cerita pasal aku. hehe..  Tapi sikit je la erk aku citer.. Asal kampung aku Qlate. Nama sebenar aku Mazwan yang dipanggil Mawe kat sini. Tak tahu kenapa.. Nak tahu lebih lanjut klik sini. Terperinci kat situ.. Hehe..

Social Network Aku

Nak cakap ada semua tu tak adalah. Aku pun ikut jugak perkembangan zaman ni.. hehe.. Orang ada tu, aku buat tu, orang ada ni, aku buat ni.. Tapi ada gak yang orang ada aku tak ada.. Semuanya kenalah buat yang elok-elokkan..Takkan nak memusnahkan diri sendiri gak kan. Okeh mengikut senarai di bawah ni, laman sosial yang aku ada..


Kenangan Pahit/Manis

Sepanjang kehidupan aku selama 20 tahun lebih ni, banyak sangat dah pahit manis yang aku lalui.. Yang aku rasa paling manis rasanya masa aku form 6 dan tinggal kat hostel..
Yang pahit lak.. Tak hingat.. hehe.. nanti aku ingat aku bagi tau,.. haha..
Ok tak..

Dah berapa lama aku blogging

Dah lama sebenarnya aku buat ni, malu je nak publish... Haha.. Budak bari belajar kan..
Sekarang ni pun aku malu agi. Yelah, nak dibandingkan dengan otai-otai bloger.. Huhu.. Siapalah aku..

Pengalaman blogging

Aku suka kalau....
Dapat duit dari Nuffnang.. Tapi tak dapat lagi.. hehe
Eh,. lari soalan.. Pengalaman aku, aku gembira kalau orang suka apa yang aku tulis..
Pastu tinggalkan komen.. Dan ada yang follow..
Terima kasih..

Aku nak suh orang lain lak buat ni..


Haha.. jawab-jawab..

Dikir Lagi : Fendi Kenali- Ku kene (Aku berkenan (suka))




ku kene (suka) padamu nak royat(bagi tau) ku malu
bimbe(bimbang) takut dirimu tak sudi padoku
sabit tu (sebab itu) ku diam walau mu(kau) ku saye (sayang)
ku nak berterus tere(terang) takut mu tak laye(layan)

HOoooo … HooOOoo … HooOOOO..

tokleh( tak boleh) nak lupo ko(kepada) demo(kau) sore(seorang)
comelnya rupo bilo ku pande(pandang)
seperti sinar cahayo bule(bulan)
sungguh comel benar tokleh nok tehe(tahan)
ku kene(suka) padamu nak royat(bagi tau) ku malu
bimbe takut dirimu tak sudi padoku

tokleh nak lupo ko demo sore
comelnya rupo bilo ku pande
seperti sinar cahayo bule
sungguh comel benar tokleh nok tehe
ku kene padamu nak royat ku malu
bimbe takut dirimu tak sudi padoku

mitok(mintak) demo(kau) setuju berkasih dengan ku
toksoh(tak usah) demo (kau) dok ragu percayolah padoku..
percayolah .. padoku…

Hujan yang dingin



Anugerah dari Ilahi,
Menurunkan rahmat ke muka bumi
Membasahi untuk menyuci
Segala kekotoran yang terjadi

Hujan yang dingin itu
Turun tanpa kata
Menurut perintah-Nya 
Dengan penuh erti

Baru aku sedar...

Salam..

Pada mulanya aku macam tak percaya tau.. Tapi bila aku cari dan tengok beberapa keping gambar, memang sah dah.. PROTON diberi penghargaan untuk jadi kereta peronda polis kat UK tu beb.. Selama ni yang aku tau kereta proton ada kat Indonesia dan dijadikan sebagai teksi. Itu pun dah kira satu promosi yang baik PROTON untuk meluaskan pasarannya di luar negara. Aku dapat cerita ni di blog bro Hafiz.net

Apa perasaan korang. Bangga tak.. Walaupun aku ni tak kerja lagi dan belum berkereta.. hehe.. Aku bangga beb. Bangga nama Malaysia ada kat luar. Kalau ada rezeki pergi UK nanti leh la aku kembang-kembang hidung, That our cars, being your police patrol car. Kalau salah sorry erk.. hehe.. Tak berapa fasih bahasa Inggeris.Korang tengok la gambar-gambar ni dan berikan respon korang.. 

Sumber : Klik sini


Humberside Police YX53KLZ

18/10/08. Queens Gardens Police Station, Hull. A Proton Impian.
Sumber : Klik sini



Humberside Police Proton Impian 

YX56ESN in the snow in Bridlington.

Sumber : Klik sini




Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)

Bravoo!! The 101

Salam semua..

Terima kasih kepada semua yang jadi follower aku.. Hehe.. Ni merupakan sasaran kedua untuk bulan ni.. Sasaran yang berikutnya lebih tinggi daripada yang aku kecapi hari ini.. Terima kasih yer.. Aku terharu hari ni.. Hehe.. Ini merupakan tanda sokongan korang.. Ni yang buat aku bersemanngat neh.. Huhu


Terima Kasih Daun Keladi, ada masa datang la lagi yer..

Jiwa Kacau...

Salam..

Tadi jiwa gua sikit kacau. Bukan apa banyak kerja yang nak kena selesaikan dan ditambah dengan tajuk esemen yang belum dicari lagi. Aku pun pening neh.. Mana nak dapatkan manuskrip-manuskrip lama erk. Kat perpustakaan tu bukan tak ada, cuma persaingan untuk mendapatkannya cukup tinggi. Gaya macam da buat tesis untuk master dan phD je... Haha.. Belajar-belajarkan. Mana tau satu hari nanti bakal bergelar Profesor ke... Berangan je lebih..

Tapi sekarang jiwa gua dah OK da... Tak payah risau-risau kepada yang amik berat pasal gua terutama sahabat-sahabat gua.. Gua punya jiwa kacau kejap je.. Tak lama... Sama jugak kalau gua marah ke apa ke?? Hati gua ni lembut.. Yeke?? Haha.. Entahlah.. Aku pun tak tau nak habaq betul ke idak.. Haha.. Selamat menjamu mata kepada yang mahu tidur.. Selera bagi yang nak makan dan segala-galanya... Sudi baca sudi-sudilah komen yang mana patut erkk... Terima kasih semua....

Dah terbukti ke??

Salam..

Macam-macam aku dengar kat laman yang menjadi kegilaan seluruh rakyat Malaysia hari ni. Rata-rata kecoh mengatakan FB akan di shutdown pada 15 Mac ni. Masing-masing dah gelisah dah... Ada yang tak leh chaing ngan awek. Dah tak leh skodeng gambar pelik. Kalau aku alasan yang aku guna nak tanya nota ngan member, baik tak?? Tak kisahlah apa jua kegunaannya. Tapi ada baik buruknya jugaklah. Kalau ada pun ok. Kalau tak ada rasanya lagi ok kot. Sape setuju dengan aku?? Angkat nak tengok..

Sekarang ni segenap lapisan masyrakat da FB. Dah jadi fenomena yang tak asing dah. Baik di kampung dan desa-desa pedalaman. Kalau kat bandar lagi la advance, macam-macam tau. Kalau budak sekolah lagi bahaya. Aku yang dah lama tinggak sekolah pun boleh hanyut dengan benda ni (masa baru berkecimpung dalam FB ni), inikan budak sekolah lagilah. Tapi kalau yang tahu dan reti (sama je) apa yang sepatutntya benda yang perlu didahukukan. Mereka pasti tak hanyut agaknya.

Banyaka la pro dan kontra pakai benda ni. Kalau yang menghadap 24 jam tu memang dah tahap kritikal tu. dah ketagih. Tak bukak rasa tak boleh nak hidup pun ada. Hehe.. Cakap macam pengalaman sendiri je.. Memang pun.. Haha.. Aku sekarang ni sedang mengurangkan penggunaan FB ni. Setelah beberapa insiden dan perkara-perkara yang melibatkan akademik berlaku. Haha..

Tapi khabar angin yang mengatakan FB tu kena tutup adalah tak benar. Pemiliknya Mark tu cakap takkan shutdown 15 hb.. Mana satu nak percaya pun aku x tau.. Yang kata nak tutup pun cakap Mark yang umumkan. Yang bukak pun Mark yang cakap. Entahlah... Wait N See soon.. Bagi aku bagus kalau ........... 

Axel Rudi Pell - Broken Heart



[Music: Axel Rudi Pell]
[Lyrics: Axel Rudi Pell]

I'm lost in a dream, with a mind's full of sadness,
I remember the good times, that we had in our madness,
frozen tears with illusions of fire,
all of my life was filled with desire

Oh I wish we could go back to where we started,
Love, lost love, you're so cold, cold hearted,
the fire in your eyes gets me out of my mind,
how could it be, that you're so blind

Hunting the shadow, that was lost in the past
like a soldier of fortune, who's life couldn't last,
falling tears, from a love's not in vain
time tells no lies, could our love come back again

[Repeat Bridge]

Don't leave me alone
with my broken heart
can't you see, that I've loved you from the start
Don't leave me alone
with my broken heart
can't you see, that I've loved you from the start

[Repeat Chorus]

Pelajar SPM pun hutang along ke???

Salam semua...

Sekarang ni bukan hanya orang yang dah kahwin, orang yang berniaga hutang dengan pak cik ah long tu, tapi pelajar SPM pun ada. Mula-mula baca tu aku pun tak percaya tapi memang betul.. Benar-benar berlaku. Aku ingatkan tadi kot-kot student univeristi.. Yelakan, mana tau kesempitan hidup.. Rupa-rupanya budak lepasan SPM..

Diceritakan budak ni kalah judi akibat terpengaruh dengan kawan-kawannya sejak beberapa bulan yang lalu. Mak dia pun halau dia dari rumah.. Apa nak jadi la ni..KOrang baca lanjut kat sini erk.. Tak mau citer panjang-panjang hari ni..

Salam..

Buat Majalah...

Salam...

Kali ni aku nak citer pasal salah satu kursus wajib univerisiti yang aku ambik untuk semester ni. Haha.. Macam tak de citer je.. hehe.. Agak menarik jugaklah kursus ni. Boleh belajar bagaimana proses editing dalam majalah, bagaimana proses mencari bahan dan banyak lagi la.. Aku pun baru je masuk citer penuh. Hehe.. Kena tunggu 10 minggu lagi kot baru dapat citer penuh.. 

Memandangkan aku ni suka menjahanamkan sesuatu.. Makasud aku gatal tangan dalam edit-mengedit neh.. haha.. Setakat ni aku enjoy kursus ni.. Setelah seharian kepenatan berkejaran dari satu fakulti kesatu fakulti yang lain dan akhirnya dapat enjoy-enjoy kat kursus ni.. Tak adalah straigt and formal sangat.. Hehe..

Aku rasa setakat tu je kot dulu.. Haha.. Entri kilat.. Ni aku dah gatal buat cover page paper.. Model member aku.. Haha.. Harap dia ok dapat promosi percuma..


Semua jalan kena lepas ni...

Sumber: Utusan Online.


JPJ kini berkuasa di semua jalan



ALOR GAJAH 9 Jan. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan termasuk jalan kampung dan kawasan perumahan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, ia berikutan pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang telah diluluskan oleh Dewan Negara, 22 Disember lalu.

Katanya, penguatkuasaan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan Persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran.

"Namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan."

"Malah semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan, kita boleh ambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup program Satu Komuniti Satu JPJ kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna negeri, Datuk R. Perumal yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam merasmikan majlis itu.

Program itu disertai seramai 494 orang yang berjaya memperoleh lesen menunggang motosikal.

Ismail memberitahu, di bawah pindaan sama, pemilik kenderaan yang gagal memaklumkan pertukaran alamat kepada jabatan itu dalam tempoh dua bulan akan dikompaun RM300.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi mengelakkan pemilik kenderaan menggunakan alasan bertukar alamat sebagai helah tidak menerima saman daripada JPJ.

"Melalui peraturan baru ini, pemilik kenderaan tidak lagi boleh menggunakan helah bertukar alamat sebagai punca surat saman tidak sampai ke tangan mereka.

"Jika lewat (pertukaran alamat) dimaklumkan kepada JPJ, pemilik kenderaan akan dikompaun RM300," katanya.

NOTA;

  • Semua orang kena ikut undang-undang jalan raya dah lepas ni.
  • Tahniah buat pemenang-pemenang AJL semalam.

Cerpen: Cintaku dalam diam.. (Kenangan Semalam)


Hampir sebulan aku meninggalkan institut.Terbit rasa rindu kepada teman-teman seperjuangan di institut dulu.Bagaimanakah mereka sekarang ini?Adakah mereka sudah mendapat panggilan untuk melaporkan diri di sekolah atau masih lagi menunggi seperti aku.Sementara menunggu panggilan dari kementerian, aku bekerja sambilan sabagai jurujual di kedai runcit di kampungku.Pendapatannya tidaklah seberapa, sekadar cukup untuk buat belanja untuk seorang.Sekurang-kurangnya aku tidak membebankan kedua ibu bapaku.

Kadang-kadang ada juga aku pergi menolong ibu dan ayahku di kebun.Itupun sewaktu hari minggu. Tauke kedai bagi aku cuti rehat katanya. Sejak akhir-akhir ini hujan semakin menjadi-jadi.Sukar untuk meramal cuaca.Kadang-kadang panas di sebelah pagi kemudiannya hujan di sebelah petang.Apapun itu merupakan rahmat Allah.Menyejukkan bumi.

Aku membelek-belek album kenanganku sewaktu belajar di institut.Wajah-wajah yang sering bermain di sekitarku sewaktu pengajian dulu.Di satu halaman, wajah yang sudah tidak asing bagiku.Apa khabar dia sekarang ini? Adakah dia sudah melihat suratku yang aku berikan padanya dulu. Mungkin aku akan berasa malu untuk berjumpa dengannya selepas ini. Qalesya…

“Wan, turun makan, ayah dah tunggu ni,” suara ibu menyedarkan aku dari khalayanku sewaktu bersama dengan teman-temanku.

Aku segera turun mendapatkan ibu dan ayahku yang sedang menunggu di dapur.
“Mak, Ayah, dah lama tunggu,” tanyaku. Kebiasaannya ayah akan pulang lewat dari surau.
Maklumlah jadi ahli masyarakat kampung kena juga ambik tahu perkembangan semasa kampung.
Mai turun, ayah kau balik awal hari ni,” pelawa ibu.

Perlahan-lahan aku menuruni tangga dapur.Sememang masakan ibu adalah masakan paling istimewa di dunia ini.Teringat menu yang selalu aku makan masa study dulu.Kalau ada lebih dapat makan makanan yang sedap-sedap.Itupun sebulan sekali.Kalau tak, maggi dan nasi kosong sajelah makanan utama kami.Kesempitan mengajar erti kehidupan.
Aku bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki dapat mengalas perut sewaktu menuntut dulu.Banyak dugaaan dalam mencari ilmu.Hasilnya telah aku kecapi.Waktu ini aku hanya perlu menunggu. Benarlah apa yang dikatakan penantian itu satu penyiksaan. Semakin lama menunggu semakin tinggi pengharapannya.Adakalanya jawapannya nanti adalah satu kekecewaan.

Gulai ikan Patin dan tempoyak sudah terhidang. Ditambah pula dengan ulam-ulaman yang segar dari kebun. Melihatnya saja telah membangkit selera aku untuk makan.

“Macam mana posting kamu Wan, tak ada apa-apa berita lagi?” tanya ayahku memulakan perbualan kami anak beranak.Bukan sahaja ayahku yang merasakan terlalu lama aku bercuti menunggu keputusan penempatan guru lepasan pengajian.Aku sendiri pun sudah tidak sabar lagi mahu menjadi pendidik anak bangsa.Rasa teruja.Namun hakikat dan kenyataan yang tersirat di sebaliknya masih belum aku tempuh.

“Tak tahu macam mana lagi ayah, dengar citer minggu depan. Kita tunggulah dulu,” jawabku.
“Bagaimana kerja kamu di kedai Pak Sudin, dia masih nak pakai orang ke. Ayah tengok makin maju kedai dia sejak kamu kerja dengan dia.”

“Tak adalah, Wan cuma aplikasi apa yang Wan belajar dulu, boleh tolong Pak Sudin majukan kedai dia. Katanya nak tambah lagi dua tiga orang, dia nak besarkan lagi kedai dia. Nak jadi pemborong runcit pulak katanya,” balasku lanjut.

“Eloklah jugak tu, bukak peluang kerja kat anak-anaku muda yang takde kerja tu,” ibuku mencelah.Memang benar kata ibu, kalau setakat kerja lading tak menentu pendapatannya. Kedai Pak Sudin bagaikan sumber pendapatan baru budak-budak kampung ni.

Dulu Pak Sudin merupakan seorang pekerja di Jabatan Pertanian. Selepas bersara dia memulakan perniagaan runcit di kampung ni secara kecil-kecilan bermodalkan wang pencenya. Akhirnya sekarang ni Pak Sudin sudah boleh bernafas lega dengan kedai runcitnya.

* * * *
“Ibu… Ayah… Ibu… Wan dah dapat bu, ayah!” Tidak dapat aku gambarkan betapa gembiranya di saat menerima suratposting daripada pihak kementerian. Aku berlari mendapatkan ibu dan ayahku di kebun.Sukar untuk aku gambarkan perasaanku ini.

“Kamu dapat apa Wan?” tanya ibuku kehairanan.
Posting..bu, ayah. Wan dapat posting kat Kedah.”
“Bila kamu kena pergi tu?” soal ayah.
“Minggu depan yah…,”

Sebelum aku berangkat ke Kedah lusa, ayah dan ibu membuat sedikit kenduri kesyukuran.Tidaklah secara besar-besaran, cuma memanggil ahli keluarga, jiran-jiran terdekat dan ahli surau.Pak Sudin pun ada datang.

“Berat, aku nak lepaskan kamu Wan. Entah macam mana kedai Pak Cik lepas ni. Kau dah banyak tolong Pak Cik majukan kedai tu,” kata Pak Sudin.

“Tak apa pun Pak Sudin. Saya cuma apa apa yang termampu je. Nanti cuti saya tolong-tolong Pak Sudin jaga kedai,” balasku menyenangkan hati lelaki separuh abad itu. Pak Sudin tinggal sebatang kara setelah kematian isterinya. Anak tunggalnya telah meninggal dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu.Tiada siapa yang dia boleh harapkan selain menumpang kasih kami sekeluarga.Kami sekeluarga menganggap Pak Sudin sebahagian daripada ahli keluarga kami.

“Aa..Wan, kau ambik ni buat belanja,” sambil menghulurkan cek kepada aku.

“Banyak ni Pak Sudin. Kalau ikutkan dah lebih dari duit gaji saya kerja sebulan ni.”Terperanjat aku dengan jumlah yang begitu besar ditulis di atas cek itu.

“Kamu ambik sajelah Wan. Lagi pun memang layak kamu ambik wang ni. Kamu kerja pun bukannya terus dapat gaji. Kena tunggu jugak sebulankan? Dalam sebulan tu kamu nak makan apa?,” kata Pak Sudin.

Demi tidak mahu menghampakan hati Pak Sudin aku menerima pemberiannya. Namun tekad aku, akan aku simpan wang ini untuk kegunaan di waktu kecemasan nanti. Duit saku yang diberikan oleh ayahku sudah mencukupi untuk aku meneruskan kehidupan di sana nanti.

Setelah semuanya selesai, aku duduk berehat di anjung depan rumahku. Teringat akan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Bagaimana dengan Qalesya dan rakan yang lain? Sudahkah mereka mendapat tawaran atau masih menunggu?Hanya Allah sahaja yang mengetahui semua jawapan kepada persoalan aku ini. Kerana Dia Maha Mengetahui.

Teringin aku mahu mengetahui perkembangan mereka terutama Qalesya.Tapi apakan daya.Kampung aku ini jauh terperuk di pedalaman.Handphone yang aku beli semasa di institut aku gunakan untuk bermain game sebelum tidur. Entah bila hendak ada talian telefon.Sekurang-kurang telefon rumah.

Pilhan raya sudah banyak kali diadakan.Pemimpin silih berganti.Tapi tak ada pun yang sudi datang ke sini.Sudah banyak dengar khabar angin nak masukkan talian. Tapi sampai sekarang tetap macam ni jugak. Orang kampung sangat mengharapkan semua ni. Mudah hendak hubungi sanak saudara yang berada di luar kampung.Sekali sekala nak jugak melepaskan rindu pada anak-anak yang merantau di bandar.

Aku memeriksa kelengkapan yang bakal aku bawakan ke sana esok. Ayah dan ibu bersama dengan Pak Sudin yang akan menghantarkan aku ke Kedah. Pak Sudin yang beria-ria menawarkan diri hendak menghantarku.Bak kata orang-orang tua, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

* * *
            “Cikgu apa hal ni, saya tak pernah pun jentik anak saya, cikgu pandai-pandai nak rotan dia. Saya saman cikgu dan sekolah. Kita jumpa di mahkamah nanti,” marah Murshid, bapa kepada Amirul.Salah seorang pelajarku.Selama tiga tahun aku berkhidmat, ini merupakan dugaan yang paling besar aku hadapi.

            “Sabar En. Murshid, dengar penjelasan saya dulu,”
            “Ahh… Saya tak mahu dengar cikgu… Kita jumpa di mahkamah nanti.”Belum sempat aku memberikan penjelasan, Murshid telah memotong percakapanku.Timbul salah faham disini. Mungkin lain apa yang dikhabar oleh anaknya.

            “Tak apalah, nanti bila dah reda marahnya, aku pergi jumpa dia bagi penjelasan,” bisik hati kecilku.Begitu besar cabarannya menjadi pendidik.Kalau dulu, aku buat salah kena pukul dengan cikgu, balik rumah kena lagi dengan ayah aku.Benarlah kata orang, zaman dah berubah. Anak-anak zaman ini tak sama dengan aku masa kecik-kecik dulu. Ibu bapa pula terlalu manjakan anak-anak.

            Setelah memberi penjelasan yang panjang lebar, akhirnya masalah itu dapat diselasaikan di luar mahkamah. Berkat kesabaran dan doa yang dipanjatkan serta restu yang diberikan oleh ayah dan bondaku, Alhamdulillah aku dapat mengharungi dugaan ini dengan hati yang tabah.

            Seperti biasa, aku pergi ke sekolah dengan menggunakan motosikal Ex5 seconhand yang aku beli sewaktu mendapat gajiku yang pertama.Selebihnya aku berikan wang gajiku kepada kedua ibu bapanya.Tiba di sekolah, terpandang pada satu kelibat yang aku rasakan aku mengenalinya.Akibat kesuntukan waktu, terpaksa aku membatalkan hasratku untuk mengejar kelibat tersebut.

            Ah… Perasaan aku je kot, tak mungkinlah,” bisik hati kecilku.Kelas bakal bermula dalam masa 15 minit sahaja lagi.Aku terus masuk ke bilik guru mengambil segala kelengkapan mengajar. Biasanya aku akan bersarapan dahulu sebelum masuk ke kelas, tapi hari ini kelas aku bermula awal. Tanggungjawab mendidik itu lebih penting daripada kepentingan diri sendiri.Untuk anak bangsa, aku rela berkorban masa dan tenaga aku.

            Berakhir kelas yang pertama hari ni. Perut pun dah mula menyanyikan lagu dan iramanya.Aku terus ke kantin. Seperti biasa, menu yang aku pilih untuk sarapan, Nasi Lemak Telur Mata. Memang dah jadi favourite aku sejak dari zaman belajar lagi makanan ni. Dulu tiap-tiap malam kedai mamak jadi sasaran semata-mata nak cari nasi lemak. Sanggup merantau mencari kedai-kedai sekitar Kuala Lumpur.

            Kadang-kadang tersenyum sendiri mengenangkan pahit manis zaman belajar dulu. Semua sudah menjadi kenangan. Hari mendatang perlu ditempuhi walau apa jua cabaran dan rintangan yang mendatang. Lengang kantin hari ni. Kebanyakkan guru ada kelas masing-masing.Aku menggunakan masa yang terluang ini untuk mengisi perutku.Selepas ini, kelasku penuh sehingga waktu balik.

            “Assalamua’laikum… Ai..sorang je ke?,” suara yang pernah aku dengar dahulu telah mengejutkan aku dari lamunanku. Suara yang tidak asing lagi bagi diriku.Aku bagaikan tidak percaya yang suara itu berada berhampiranku pada ketika ini.Berdebar bagaikan mahu luruh jantung ini dari jasadku mendengar suara itu. Qalesya…

            “Wa’alaimussalam…” tergagap-gagap aku menjawab salam yang diberikan Qalesya. Sememangnya aku sukar untuk mempercayainya.Qalesya berada di hadapan mataku kini.Sekali lagi kami dipertemukan di sini.Suratan atau kebetulan.Hanya Dia sahaja yang tahu.

            “Cikgu Hazwan, takkan dah tak kenal saya lagi kot,” tegur Qalesya yang melihat aku seakan kelu untuk berkata-kata.

            “Kau baru pindah kat sini ke?” aku menggagahkan diri untuk berkata-kata.Entah kenapa aku rasakan mulutku seakan berat untuk berkata-kata.Lidahku kelu. Mungkin kerana penangan surat yang aku berikan padanya sewaktu di institut dulu.

            “Tak nak jemput duduk ke Cikgu Hazwan,?” perli Qalesya sambil menarik kerusi di hadapanku.

            “Eh,..silakan duduk Qalesya,”
            “Dah lama ke kau mengajar kat sini. Kau apa khabar sekarang ni Hazwan. Dah tiga tahun sejak keluar dari institut kita tak jumpakan.”Bertalu-talu persoalan yang dilemparkan Qalesya.Mungkin kerana sudah lama tidak bersua.Ingin mengetahui perkembangan masing-masing.Qalesya yang dahulunya pendiam bertukar menjadi seorang yang periang. Mungkin sifat mendidiknya yang mengubah perwatakkannya.

            Namun, semua tentang Qalesya kebanyakkannya tidak berubah kecuali sifatnya yang periang sekarang ini.Banyak yang kami bualkan sehingga berakhir waktu rehatku.Aku meninggalkan kantin bersama Qalesya, tapi berbeza haluannya selepas itu. Aku menuju ke kelasku.Qalesya menuju ke bilik guru.Sesuatu yang berbeza dapat aku rasakan berbanding sebelum ini.Aku menjadi lebih bersemangat untuk berjuang kali ini.

            Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mataku. Fikiranku terbayangkan wajah Qalesya yang sungguh manis itu. Jauh fikiranku melayang, sehingakan kami berkahwin dan mempunyai seorang putera dan dua orang puteri. Aku terlena dalam angauku…

            Kebiasaannya, pada hujung minggu aku menghabiskan masaku di rumah.Membuat apa-apa yang patut.Rakan serumahku Hazif selalu balik kampung pada hujung miggu.Kampungnya pun tidak jauh dari tempat kami mengajar.Dapat jugak balik kampung.Aku, perlu menunggu cuti pertengahan penggal baru boleh pulang menemui ayah dan bonda.Rindu pada mereka, bagaimana keadaan mereka sekarang.
           
“Tet.. Tet…. Tet.. Tet..”
“Hazwan, hari ni boleh temankan beli barang rumah tak?Maklumlah saya masih kurang arif disini… hehe..” mesej dari Qalesya.

Tanpa berfikir panjang, aku bersetuju untuk menemaninya. Bukan apa, apa sahaja boleh berlaku di tempat yang kita tak biasa pergi. Pekan yang paling hamper dengan kawasan ini adalah Pekan Sik. Itu pun sejauh 15 Kilometer. Dari sini ke Alor Star sejauh 70 kilometer yang mengambil masa 2 jam. Di atas persetujuannya, aku membawanya ke Alor Star, ibu negeri Kedah.

Walaupun sudah tiga tahun aku mengajar di Kedah, jarang sekali aku menjejakkan kaki di Alor Star.Kalau ada pun, itu di atas urusan rasmi.Langkawi yang dah dekat pun tak pernah lagi aku pergi.Ingat lagi dulu, masa zaman sekolah, ada cikgu tawarkan pergi lawatan ke Langkawi.Tapi, ayah aku tak bagi kebenaran mengikuti lawatan tersebut.Waktu itu, hujan, tanaman semua tak menjadi.Hasil menoreh pun tak dapat.Kami kekurangan kewangan ketika itu.

“Apa yang menarik kat Kedah ni erk?” tanya Qalesya. Agak sukar untuk aku menjawabnya.Semenjak aku berkidmat dengan kerajaan, aku tak pernah keluar bercuti. Cuti panjang aku akan balik ke kampung. Kalau dulu, zaman belajar, satu Kuala Lumpur aku ronda.
“ Aku pun tak pasti. Aku dah jarang sebenarnya keluar sejak dah start kerja ni... hehe,..Langkawilah paling popular,” jelasku.

“Takkan nak pergi Langkawi kot hari ni. Tak ada ke tempat yang boleh rileks-rileks tenangkan fikiran.”Jawapanku tadi seakan tidak memuaskan hati Qalesya.

“Lepas beli semua barang nanti, kita pergi satu tempat,” sambungku lagi.
Setelah habis membeli semua kelengkapan barang Qalesya.Aku membawanya ke Pantai Merdeka. Ingin aku bertanyakan tentang surat itu. Namun biarlah aku menunggu waktu yang sesuai.

Ketenangan di Pantai Merdeka setenang aku melihat wajah Qalesya yang ceria.Deruan angina laut mendamaikan jiwa sedamai Qalesya bersamaku.Alangkah baiknya jika perasaan ini berkekalan sehingga ke akhirnya. Namun, hakikatnya tiada siapa yang mengetahui…

Selalu macam ni..

Salam semua..

Selalu macam ni.. Tiap-tiap tahun dan tiap-tiap kali aku nak balik cuti.. Ada je masalahnya. Tiket-tiket..! Kenapa kau habis cepat sangat.. Ramai sangat ke yang tergila-gilakan kau! Popular ke kau tiket.. ha! Selalu kau jadi rebutan.. Musim cuti, musim perayaan. Orang setia macam aku ni kau tak tunggu.. Oh tiket...

Ehsan gambar En. Google


Sebenarnya aku baru dapat tahu tiket keretapi untuk ke seksyen Pantai Timur untuk cuti pertengahan semester ni dengar khabar anginnya sudah habis terjual.. Alamak! Kalau betul alamatnya tak tau la Cheq.. Cheq paling setia menggunakan perkhidmatan KTMB. Mudah dan terus sampai kampung berbanding dengan bas. Tapi satu je masalahnya. Cepat habis walaupun banyak koc-koc yang ditarik.. Aku pun heran.. Tiap-tiap tahun..!

Harap ada lagi.. Mungkin esok aku akan pergi merebutkan si tiket tuh.. Kalau lambat... Jawabnya.. Tak tau lagi plannya.. hehe..

Lagi tentang AJL 25

Salam AJL 25..



Hehe.. Aku tengah perasan jadi macam media rasmi je.. Haha... Tak lah, cuma nak  kongsi apa yang sedang hangat diperkatakan dalam seminggu neh... Hari ni mengenai pengacara-pengacara yang pernah mengacarakan sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 1986 sehinggalah sekarang... Dah 25 tahun dah anugerah mengenai muzik ni diperkenalkan rupanya.. Hehe.. Antaranyalah:..

1986
Abas Bakar & Habsah
1987
Karim Muhammad & Noorkumalasari
1988
N.D. Lala & Charmine Agustine
1989
Azwan Ali & Charmine Agustine
 Azwan Ali & Charmine Agustine
1991
Azwan Ali, Melissa Saila, & Intan Rozila
1992
Azwan Ali & Rina Khan
1993
1994
Azwan Ali & Amy Mastura
1995
Azwan Ali, Shamsul Ghau-Ghau, & Fauziah Ahmad Daud
1996
1997
1998
1999
2000
2001
Aidil Abd. Ghafar & Zalina Azman
2002
Intan Suraya & Ary Malik
2003
2004
2005
2006
2007
2010

Untuk AJL 25 ini pihak penganjur masih mengekalkan hos musim sebelum ini iaitu Cheryl Samad, Ally Iskandar dan Faizal Ismail.



Kredit untuk sini


Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...