klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Facebook, Twitter, My Space dan sebagainya...

Salam semua...


Antara ketiga-tiga yang aku nyatakan kat atas, Facebooklah paling kerap dan paling reti aku guna. Twitter aku ada akaun tapi tak pandai nak guna. Myspace pun sama. Dia punya aplikasi bagi aku pelik sikit berbanding Facebook. Tapi aku akan belajar jugak.. haha.. NI semua tuk bisnes neh.. Bisnes la sangat kan.. haha.. Oklah,, Entri ciput je kali ni.. Nak belajar.. haha.. Betul nak study tuk exam.. Bukan stdy Twitter dan Myspace ye..

Bye... Sebelum tu layan lagu ni...



Bruno Mars - Just The Way You Are



Oh her eyes, her eyes;
Make the stars look like they're not shining.
Her hair, her hair;
Falls perfectly without her trying.

She's so beautiful;
And I tell her every day.

Yeah; I know, I know,
When I compliment her
She won't believe me.
And it's so, it's so
Sad to think that she don't see what I see.

But every time she asks me "do I look okay?"
I say:

When I see your face,
There's not a thing that I would change.
Cause you're amazing,
Just the way you are.
And when you smile,
The whole world stops and stares for a while.
'Cause girl you're amazing,
Just the way you are.

Yeah, Her lips, her lips;
I could kiss them all day if she'd let me.
Her laps, her laps;
She hates but I think it's so sexy.
She's so beautiful,
And I tell her every day.

Oh you know, you know, you know
I never ask you to change.
If perfect's what you're searching for
Then just stay the same.

So, don't even bother asking
If you look okay;
You know I say:

When I see your face,
There's not a thing that I would change.
'Cause you're amazing,
Just the way you are.
And when you smile,
The whole world stops and stares for a while.
Cause girl you're amazing,
Just the way you are.

The way you are.
The way you are.
Girl you're amazing,
Just the way you are.

When I see your face,
There's not a thing that I would change.
'Cause you're amazing,
Just the way you are.
And when you smile,
The whole world stops and stares for a while.
'Cause girl you're amazing,
Just the way you are.


More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/b/bruno_mars/#share



A.P.I- Pelita

Salam semua..

Sejak akhir-akhir ni makin kerap pulak aku update... hehe... Bekalan dalam cuti nanti... haha.. Ok, kali tentang muzik-muzik ini.. Sekarang semakin banyak muzik-muzik indie muncul dan berani mengetengahkan muzik mereka.. Satu perkembangan yang bagus dalam dunia muzik.. hehe.. macamlah aku ahli muzik..

Apa yang nak aku citer adalah pasal band A.P.I. Aku tak pasti ini merupakan kumpulan baru ataupun hanya nama dalam gabungan muzik mereka sebab mereka ni terdiri daripada gabungan penyanyi seperti Noh Hujan, Lan (Typewritter),Din Homatov (Estranged),Imran (One Buck Short),AJ (Pop Shuvit) dan LoQue (MonoloQue/ Butterfingers).

Satu lagu yang menarik minat aku adalah lagu Pelita.Lagu ni menjadi soundtrack dalam satu filem iaitu Hooperz. Korang dengarlah dan hayati lirik dia. Lagu ni adalah ciptaan salah seorang daripada anggota A.P.I iaitu Loque.



Verse_1
Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
slama ini,
Verse_2
Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,
slagi hayat di kandung badan,
Korus:
Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,
kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke srata dunia,
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir.
Verse_3
tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
stakat ini,
Verse_4
tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,
ulang Korus.
Bridge:
Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!
Ulang Korus x 2
Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Srata Dunia,
Seperti Cahaya…….
lagu oleh:LoQue
lirik oleh :LoQue
diterbitkan oleh:LoQue/Greg Henderson
A.P.I,sebuah kumpulan terdiri dari: Noh Hujan,Lan Typewritter,Din Homatov Estranged,Imran OBS,AJ Pop Shuvit dan loQue MonoloQue/ Butterfingers.
Hakcipta terpelihara:Pustaka Muzik Pancasona/Penerbitan Pancasona

Edisi Warung Kita

Salam korang semua...

Mesti korang semua nak cari kelainan dan nak mencuba sesuatu yang baru dalam menu makanan tengah hari korangkan. Hari ni setelah berpusing mencari tempat makan, aku teringat satu tempat makan yang pernah seorang cikgu aku bawa pergi makan kat situ. Lokasi kedai tu dalam area Pantai Dalam,Kuala Lumpur.

Senang jugaklah nak cari kedai tu. Kalau dari jalan Bangsar terus lalu NPE dan keluar susur ke Pantai Dalam. Nama kedai tu Anis Putri N Rozita Cattering. Berbaloi jugaklah makan kat situ. Pilihan lauk pun banyak. Paling best gulai kawah die. Kebanyakkannya makanan adalah bercirikan masakan selera kampung kat Kelantan. 

Sambil makan korang leh dengar hiburan Pantai Timur... Apa lagi kalau bukan dikir barat.. hehe. Leh jugak lepaskan rindu kat kampung. Kadang-kadang ada show dikir barat jugak tau. Live dia buat tuk pengunjung yang makan tengah hari kat sana. Fuyoo... Menarik tak.. Aku lupa nak snap-snap gambar. Tapi ni yang aku cari dalam Google.. Terima kasih dan kredit jugaklah kepada pemilik gambar ni.. hehe





Kalau berkesempatan tu korang boleh pergi la try.. Mesti puas hati punye.. hehe.. Ini alamat die..

No. 4, Jalan Pantai Dalam, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
Tel: (+60) 19-282-6908

Selamat Mencuba...
Kredit gambar: 


15 Perkara Pelik Di Dunia Yang Fana Ini


Untuk relaks relaks..
  1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
  2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
  3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.
  4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.
  5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
  6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
  7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
  8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
  9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
  10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
  11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
  12. Semua beruang kutub adalah kidal.
  13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
  14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
  15. Hampir semua pembaca post ini akan cuba untuk menjilat sikunya.
Anda bagaimana?

Peraduan Inspector ATM AmBank Group @ 7 Eleven...

Salam.. 

Korang mahu memenangi hadiah-hadiah seperti Apple iPad & iPhone, telefon bimbit Nokia, kamera Canon dan pelbagai hadiah menarik. Apa lagi jom setai peraduan AmBank Inspector ATM di Facebook.


Caranya senang je. Korang kunjungi mana-mana AmBank ATM kat 7-E dan buat trasaksi menggunakan ATM kat situ. Selanjutnya tengok gambar kat bawah ni.

Kalau mahu maklumat lanjut mengenai peraduan ni, korang boleh pergi kat page AmBank Inspector ATM kat Facebook.

Selamat Mencuba.



Mode Exam

Wish me luck 4 exam today…

Bangun pagi dengar cerita dongeng...

Salam...

Pagi hari ni aku tulis entri.. haha.. Buku nak exam kejap lagilah aku sentuh.. haha.. Hari bangun awal, tolong penyelia aku.. Jadi terawal bangun hari ni.. 

Dalam perjalanan, dalam radio topik diorang hari ni cerita dongeng.. Balik bilik nak dengar online tak dapat.. ciss.. Tak leh dengar agi.. huhu.. Mesti korang semua pernah dengar cerita dongengkan.. Paling tidak pun masa kecik-kecik.. Cikgu aku pun citer bila time free masa tadika dulu.. Best gak... Ada yang berbentuk pengajaran.. Ada yang hanya hiburan.. Alah kanak-kanak, cerita sukalahkan...

Dalam radio tu topik dia cerita dongeng yang memberikan kesan kepada seseorang... Best jugak dengarkan.. Tapi apakan daya... Hasrat tak tercapai lagi neh, buffering lama giler...

Cerpen: Cintaku dalam diam...




“…Saat kau menghampiri diri ku
Ku ingin engkau tahu
Sebenarnya aku diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin tahu diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin kau tahu..”
Bait-bait lagu Tilu yang kudengar di radio memang kena dengan jiwaku pada malam ini. Lagu itu mengungkapkan perasaan yang sedang aku alami waktu ini. Namun aku tidak mempunyai kekuatan untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hatiku ini padanya. Biarlah masa dan takdir yang menentukannya.
Aku hanya mampu tersenyum dan melihatnya dari jauh. Walaupun kami masing-masing sudah kenal-mengenal antara satu sama lain, tapi itu hanya sekadar perkenalan sebagai teman biasa sahaja. Aku mahukan lebih dari itu. Menjadi permaisuri dalam hatiku dan bidadari di sana nanti. Aku hanya mampu menyandarkan harapan yang tinggi menggunung dan cintaku hanya dalam diam padamu.
Aku takut nanti akan timbul pelbagai fitnah antara kau dan aku nanti, biarlah aku pendam rasa ini sehingga ke saat yang sepatutnya. “Buat masa sekarang lebih baik begini daripada ber’couple’,” fikirku. Aku merenung jauh masa depanku. Masih samar-samar lagi hala tuju. Aku hanya mampu merancang, selebihnya aku serahkan pada yang Maha Kuasa. Dia-lah yang Maha Menentukan.
Mengimbau kembali saat pertama kali aku menjejakkan kakiku ini di kota metropolitan ini, sayu, syahdu mengingatkan pengorbanan ayahanda dan bonda yang telah berpenat lelah untuk memastikan aku dapat menjejakkan kakiku disini. Saat bonda melambaikan tangan dengan segunung harapan agar putera kesayangannya mampu mengubah nasib kami sekeluarga.
Berlinang air mata tatkala melangkah keluar dari rumah pusaka, melangkah memikul harapan dan tanggungjwab yang besar. “Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini, tidak tertanggung beratnya tanggungjawabku ini terhadap kedua ayah dan bondaku. Hanya pada-Mu aku mengharapkan bantuan dan pertolongan. Kau kasihilah kedua ibu bapaku yang telah berkorban harta dan benda untuk membesarkanku sehingga ke tahap ini. Murahkanlah rezeki mereka, dan panjangkanlah umur mereka untuk melihat kejayaan anak mereka ini. Amin.”
Jika sebelum ini, pernah sekali aku datang ke sini bersama dengan teman-teman sewaktu zaman sekolah rendah dahulu, sudah lapan tahun berlalu. Kuala Lumpur hari ini sudah tidak sama dengan apa yang aku lihat lapan tahun yang dahulu. Semua telah banyak berubah. Landskap di sini bila-bila masa sahaja boleh berubah. Aku khuatir aku tidak dapat mengawal diriku, berubah seperti arus perubahan kota metropolitan ini. Bagai lalang yang ditiup angin, sekejap di atas sekejap di bawah.Terumbang ambing dalam arus.
“Semua pelajar diminta berkumpul di dewan tepat jam 2.00 petang, sila bawa bersama fail dan alat tulis yang dibekalkan,” kedengaran suara dari pembesar suara yang meminta kami berkumpul. Minggu suai kenal atau di sini dikenali sebagai Minggu Jalinan Mesra atau MJM . Minggu yang paling ditakuti sebenarnya. Mengikut cerita, di sini memang terkenal dengan budaya ragging. Macam-macam cerita aku dengar sebelum aku masuk ke sini. Aku hanya mampu berdoa dan mengharapkan semua itu tidak berlaku.
Kami diberikan taklimat mengenai perjalanan MJM oleh fasilatator yang terlibat. Panjang lebar. Mengikut taklimat yang diberikan, tujuan MJM diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan bantuan kepada pelajar baru mengenai kehidupan di maktab. Disamping itu juga, MJM diadakan untuk menyelesaikan segala urusan pendaftaran pelajar baru dengan pihak institut.
Aku terpandang akan seorang hamba Allah. “Subhanallah, indahnya ciptaan-Mu tuhan,” hanya itu yang mampu terungkap di bibirku. Sejuk mata memandang apabila melihatnya. Aku rasa, dia pasti menjadi idaman setiap lelaki yang mahukan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat. Jauh aku mengelamun.
“ Assalamualaikum, saya Azman. Boleh saya duduk di sini”, tersedar aku dari dunia yang penuh khayalan. “ Wa’laikummussalam, silakan. Saya Hazwan,” jawabku ringkas. Perbualan kami terhenti setakat itu sahaja kerana program hendak bermula. Aku masih memandang akan wajah itu. Entah mengapa, hatiku menjadi tenang apabila melihat wajahnya.
Seminggu telah berlalu, kini bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar dan bakal guru di Institut Bahasa Melayu ini. Sememangnya telah menjadi impianku sejak di bangku sekolah lagi untuk berkhidmat kepada anak bangsa sebagai pendidik. Satu taklimat khas akan diberikan oleh Pengarah Institut dan kami akan diberikan kelas masing-masing selepas mengisi borang pendaftaran kursus.
Memandangkan kursus perguruan telah dinaik taraf daripada program diploma kepada ijazah sarjana muda, maka kami dikehendaki memilih jabatan minor untuk mencukupkan syarat graduasi. Borang telah siap aku isi, cuma sedang menunggu Azman yang belum siap mengisi borangnya. Sekali lagi aku terserempak dengannya, segan untuk aku menegurnya. “ Tak apalah, kalau ada jodoh nanti jumpa lagi,” bisik hati kecilku.
Memang benar, jodoh pertemuan ketentuan Tuhan. Kami berada dalam kelas yang sama. Aku dapat rasakan degupan jantungku semakin kencang apabila dia berada di depanku. Kelas pertama kami tamat dengan pengagihan kumpulan untuk membuat tugasan. Kali ini Azman berada dalam satu kumpulan dengannya, dan aku pula berada dalam kumpulan yang berlainan.
“ Wan, aku ada benda nak cerita dengan kau ni,” Azman memulakan bicara. Kebetulan selepas MJM tempoh hari, kami ditempatkan dalam satu bilik. Mudahlah bagi aku kerana Azman merupakan orang pertama yang aku kenal di institut ini. Orangnya mudah mesra dan pandai menarik perhatian orang.
“ Apa cerita kau kali ni, lembu Pak Ali kampung kau terjun parit, kereta sorong sepupu kau enjin dia dah rosak,” perliku. Azman memang selalu buat lawak dengan semua orang yang dia kenal. Kadang-kadang aku buat tak endah dengan lawak dia. Tapi dia bukan jenis orang yang suka ambik hati dengan benda-benda remeh macam tu.
Ish, apa pulak ke situ kau ni. Kali ni aku serius,” jawabnya menyungguh. Melihat akan kesungguhan Azman, aku menghentikan kerjaku seketika untuk melayan ceritanya itu. “Habis tu apa dia?” tanyaku.
Azman bercerita panjang mengenai gadis yang berada dalam satu kumpulan dengannya. Ya! Gadis itu. Aku mengiyakan sahaja apa yang dikatakan Azman. Mungkin gadis itu bukan jodohku. Mungkin dia untuk Azman. Aku terbaca satu status dalamFacebook “Mencintai tidak semestinya memiliki”. Mungkin benar akan kata-kata itu, kerana yang Maha Mengetahui hanyalah Dia Yang Satu. “Wan, aku nak usha la budak tu, dah ada ke belum,” sambung Azman. “ Emm, eloklah tu,” jawabku ringkas.
Seperti biasa, sebelum balik ke bilik, aku singgah ke kantin untuk menikmati makanan tengah hari. Kebetulan, gadis itu berselisih denganku. Senyumannya yang manis itu dilemparkan kepadaku. Di suatu sudut, aku melihat Azman yang kelihatan sugul.
“ Apa hal kau ni Man?,” tegurku. “ Qalesya,” jawabnya dengan rasa kecewa. “Qalesya! Siapa Qalesya tu? Kenapa kena mengena si Qalesya dengan kau sampai kau jadi macam ni?” tanyaku lanjut. “Qalesya, tolak hasrat aku Wan. Aku akan tunggu kau sampai kau terima aku Qalesya.”
*******
Empat tahun sudah berlalu. Pelbagai perkara telah berlaku. Macam-macam ragam sahabat-sahabatku institut yang telah aku lihat. Tahun terakhir aku disini. Segala yang aku impikan sebelum ini akan tercapai dalam masa terdekat ini. Tidak sabar rasanya untuk menjemput kedua ayah dan bonda untuk menyaksikan majlis graduasi puteranya nanti. Aku sangat menantikan saat itu. Itulah yang mereka harapkan sebelum ini.
“Assalamualaikum Wan, jauh kau termenung, teringat awek eh?” teguran Qalesya telah menyedarkan aku dari lamunan. Senyuman Qalesya benar-benar mendamaikan. Menghilangkan resah di jiwa. Ditambah pula dengan lesung pipit di pipinya. Sungguh ayu ciptaan Tuhan ini.
“Wa’alaikummussalam, Eh, Qalesya, Humairah. Tak adalah, Cuma terkenangkan masa mula-mula masuk di institut ni je. Sedar tak sedar kita dah berada di tahun akhir.” Jawabku. Sudah menjadi kebiasaan Qalesya untuk membawa sahabat baiknya Humairah ketika keluar ke mana-mana.
“Em.. Betul jugak erk.. Tinggal beberapa bulan saja lagi. Tak lama lagi En. Hazwan kita ni akan bergelar Cikgu Hazwan la Humairah,” balas Qalesya sambil tertawa. “ Aku je ke yang jadi cikgu, kau pun sama. Sama-samalah kita berdoa agar kita lulus dengan cemerlang nanti. Kau berdua ni nak kemana,”
“ Kami nak ke perpustakaan, nak pulangkan buku, Eh, Wan, aku nak mintak tolong sikit dengan kau ni. Laptop aku ada problem, tak tahu kenapa. Kau tolong tengok boleh tak?,” ujar Qalesya. “ Nanti, kau bagi aku, tengok apa penyakit dengan laptop tu, senget macam tuan dia kot. Hehe..”
“Ish kau ni, nanti aku bagi kau. Oklah, kami gerak dulu,” ujar Qalesya sambil beredar meninggalkanku. Sempat juga dia menoleh kebelakang sambil tersenyum. “Qalesya, aku sanggup buat apa sahaja untuk kau. Aku takut. Aku malu untuk aku luahkan apa yang terbuku dalam hatiku ini pada kau Qalesya. Bagaimana jika aku luahkan, dia menolak cintaku. Apa yang akan terjadi antara aku dan dia selepas itu. Jika dia terima, perhubungan akan menjadi lebih serius. Tiada lagi hubungan mesra, gurau senda dan hilai tawa yang sering kami lakukan. Oh Tuhan, berikanlah aku petunjuk, apa yang harus aku lakukan,” bisik hatiku yang berkecamuk.
Terlalu lama aku memendam rasa ini. Pelbagai perkara bermain di fikiranku. “ Adakah dia sudah berpunya. Jika ya, kenapa pandangannya seolah-olah dia menantikan sesuatu dari aku? Ahh..”
Seperti biasa, pada waktu malam setelah aku menyelesaikan semua tugasan , aku membuka laman sosial popular dekad ini Facebook. Cukup sekadar aku ketahui Qalesya sedang online, lepas rinduku padanya. Aku takut untuk berchatting dengannya. Mungkin dia sedang asyik berchatting dengan kekasihnya atau mungkin juga tidak. Biarlah setakat itu sahaja. Namun, tiada warna hijau di facebook chatnya itu. Dia tidak online malam ini.
Aku membiarkan sahaja akaun facebook aku dalam status online. Bagi aku tiada apa-apa dalam facebook itu selain untuk mengetahui makluman mengenai kuliah dan informasi mengenai institut. Ada baiknya juga facebook ini. Bagi aku yang paling penting adalah bagaimana kita menggunakan dan memanfaatkannya. Memang benar, banyak buruknya jika kita tidak pandai dalam memanfaatkannya. Semua bergantung pada diriku bagaiamana untuk kita menggunakannya.
“ Ai.. kuat facebook nampak, dengan awek ke?” celah Azman sambil menepuk bahuku. “Ish.. kot ye pun bagillah salam. Nasib baik aku tak sakit jantung. Kalau tak mati aku terperanjat dek kau,” balasku. “ Opss, hehe.. Assalamualaikum, apa kau buat tu?” Azman menyambung kembali pertanyaannya.
“ Tak ada apa-apa, aku bukak facebook tengok kalau-kalau ada apa-apa maklumat yang budak-budak ni post. Maklumlah zaman sekarang ni semua facebook.” Jawabku.
“ Ooo.. eh kau ada terserempak dengan Qalesya dan Humairah tak hari ni,?” Sudah lama Azman tidak membangkitkan soal Qalesya. Tiba-tiba hari ini nama Qalesya meniti di bibir Azman hari ini.
“ Kau dengar tak apa yang aku cakap ni Wan?” Azman meninggikan suaranya apabila melihat aku mengelamun di hadapan laptop. “Hah ! Apa kau cakap tadi?” tanyaku kembali.
“Ish kau ni, apalah yang kau menungkan tu. Aku tanya, kau ada jumpa Qalesya dan Humairah tak hari ni?” Azman mengulang pertanyaannya buat kali yang kedua.
“ Ada pagi tadi. Diaorang nak pergi library tadi. Aku jumpa dekat dengan Pejabat Pengarah. Kenapa? Kau rindukan Qalesya eh.?” Aku cuba menyembunyikan kegusaran dan kegelisahan hatiku di sebalik senyuman yang aku berikan kepada sahabat baikku itu. Di dalam hati ini berbeza dengan apa yang dilafazkan oleh bibir. Dalam hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Tak adalah, aku ada sesuatu nak bagi Qalesya, kalau tak sekarang pun, mungkin nanti. Tapi aku kena bagi jugak, soal hidup dan masa depan aku,” balas Azman. “ Apa dia?” soal ku kembali. “ Adalah…,” Azman menjawab ringkas soalanku tadi, lalu meninggalkan aku dengan membawa kelengkapan mandinya ke bilik air.
Sedang aku merenung skrin laptopku itu, satu komen menghiasi wall facebook ku itu. “Cikgu Hazwan, bila anda mahu melihat-lihat jantung hati saya itu.” Coret Qalesya. Aku terlupa bahawa, laptop Qalesya ada masalah.
“ Saya terlupa Cikgu Qalesya. Malam esok boleh..? Malam ini saya ada sedikit urusan mahu dibereskan” balasku. “ Baiklah Wan, esok aku tunggu kau kat bawah, sengsara aku laptop rosak neh… Ni pun aku pinjam dengan roommate aku, oklah, esok aku callkau. Salam.” Memang tak pernah panjang perbualan kami, baik menerusi chatting, sms ataupun telefon. Kami hanya bercakap mengenai perkara yang berkenaan sahaja.
Seperti yang dijanjikan, Qalesya menunggu aku di Taman Didik. Di sini merupakan tempat semua pelajar-pelajar institut melepak pada waktu malam. Entah kenapa pada malam ini tiada seorang pun yang melepak di situ. Mungkin memberi peluang kepada aku untuk bersama Qalesya.
“Assalamulaikum.. Kau sorang je ke? Mana Humairah?” sapaku. “Wa’alaikummussalam.. Ada dia pergi koperasi. Kejap lagi datang la tu,” balasnya lembut. “Mana dia laptop kau tu,” Kami tidak banyak bercakap. Dia asyik membelek-belek handphonenya itu. Aku meneruskan kerjaku memeriksa laptopnya.
“Emhh, sikit je ni, tapi esoklah aku bagi kau,” aku memecahkan kesunyian kami berdua. “Esok? Tak boleh online lah aku malam ni, ujar Qalesya dengan suara manjanya. “ Alah.. Esok je pun, bukannya lama,” balasku lanjut. Kelihatan kelibat Humairah menghampiri kami berdua di Taman Didik itu.
“Macam mana Isya, dah ok ke laptop kau?” tanya Humairah dengan termengah-mengah ekoran daripada menaiki tangga dari koperasi itu tadi. “Entah, cikgu kita ni cakap esok baru siap,” balas Qalesya.
“Tak pe la Wan, dah siap nanti kau bagi tahu aku. Kami naik dulu. Apa-apa nanti mesej erk,” Mereka meninggalkan aku sendirian bersama Dell nya itu.
***
Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk kami menghabiskan hari-hari terakhir di institut ini. Segala borang persediaan untuk posting selepas tamat pengajian telah siap aku isi. Cuma yang tinggal beberapa boring perjanjian dengan kerajaan sahaja. Peperiksaan akhir semester ini juga harus aku habiskan dengan jayanya. Kalau tidak, semua yang aku lakukan ini akan menjadi sia-sia jika aku terpaksa extend pengajian.
Malam itu aku coretkan warkah khas untuk Qalesya. Mungkin ini cara yang terbaik yang harus aku lakukan. Aku malu untuk berdepan dengannya. Takut aku akan dihampakan. Akan aku serahkan warkah buat Qalesya ini pada hari konvokesyen nanti. Semua yang tersirat dalam hatiku ini akan aku persembahkan ke dalam warkah ini. Selepas ini mungkin kami tidak akan bersua lagi. Membawa haluan masing-masing bersama takdir yang telah ditentukan oleh-Nya.
“ Wan, kami bangga dengan kamu. Kamu telah buktikan kesungguhan kamu hari ini. Tahniah Wan,” ucap ibuku. Hari ini merupakan detik yang paling bersejarah untukku. Majlis Konvokesyenku. Memang detik ini yang aku tunggu selama ini. Detik yang aku janjikan untuk membawa kedua ayah dan bondaku ke sini untuk melihat kejayaan anak mereka. Jelas terpancar riak kepuasan dan kegembiraan di wajah mereka.
Sedang aku menghampiri Qalesya, Azman baru sahaja beredar meninggalkannya. Ku lihat suatu bungkusan di tangan Qalesya. Mungkin inilah yang dikatakan oleh Azman tempoh hari. Dia mahu mengotakan kata-katanya mahu memberi sesuatu pada Qalesya. “ Cikgu Qalesya,” sapaku. “Ya saya. Oh.. Cikgu Hazwan rupanya,” balas Qalesya sambil tersenyum. “Mana kedua ibu bapa kau,” tanyaku. “Mereka tak dapat datang. Nenek aku sakit kat rumah tu. Lagi pun dekat je kan,”jelasnya. “Oh.. Aku bersimpati degan kau. Jom aku perkenalkan dengan mak dan ayah aku,” ajakku.
“Mak, ayah, ini Qalesya, kawan Wan,” perkenalku kepada ayah dan ibuku. “Apa khabar mak cik, pak cik,” sambung Qalesya. “Eh, Wan kau ajak la Qalesya dan mak ayah dia datang rumah pak cik kau malam ni, pak cik kau tu beria benar nak buat kenduri untuk kau,” ujar ibuku. “Aah, betul tu Wan, ajak kawan-kawan kamu yang lain jugak,” sambung ayahku.
“Tak apalah pak cik, mak cik,mak dan ayah saya tak dapat datang hari ni, nenek kat rumah tu tak sihat. Saya terpaksa balik dahulu, mak bimbang dengan kesihatan nenek tu, itulah sebabnya saya seorang sahaja datang hari ni” balas Qalesya dengan penuh lemah-lembut. “ Saya minta diri dulu ye pak cik, mak cik,” sambungnya.
Aku dan Qalesya pergi ke satu sudut meninggalkan kedua ibu bapaku, “ Isya, aku ada sesuatu nak bagi engakau,” ujarku. “ Apa dia, hehehe, mesti hadiahkan, sorry la wan aku tak sempat nak beli apa-apa untuk kau. Kau tahukan nenek aku sakit sebelum ni,” ujar Qalesya bersungguh-sungguh ingin mengetahui hadiahnya itu. “Tak pe lah Isya. Aku tak harapkan balasan harta benda pun. Tapi aku ada satu syarat sebelum aku serahkan pada kau. Kau kena bukak hadiah ni bila kau sampai di rumah nanti. Janji !” sambungku. “Baiklah,” Qalesya aku dengan syaratku. Aku serahkan bungkusan berwarna biru laut yang sememangnya menjadi kesukaannya.
****
Malam itu, setelah memberikan ubat kepada neneknya. Qalesya membelek-belek hadiah yang diterimanya hari ini. Pelbagai jenis hadiah berada dalam bilik tidurnya. Tidak kurang juga bunga-bunga dan kad ucapan yang diterimanya sebelum majlis konvo itu lagi. Kelihatan sebuah bungkusan merah yang diberikan Azman pagi tadi.
“Alamak! Untuk Humairah ni,” Qalesya bergegas meluru keluar dari biliknya mencapai telefon di ruang amu rumahnya itu. “ Tet.. tet.. tet.. Hello Irah kau kat KL lagi kan,” ujar Qalesya tercunggap-cungap. “ Aaah.. Kenapa,” balas Humairah. “ Nasib baik, Azman ada bagi sesutu kat kau. Dia cakap malu nak berdepan dengan kau,” sambung Qalesya. “Owh, apa dia, aku kat restoren ni, nanti aku pergi rumah kau,” ujar Humairahh. “ Aku tak tau, ok aku tunggu kau,” Qalesya meletakkan ganggang telefon. Hilang resahnya. “ Nasib baik, kalau tidak, tak tahulah apa aku nak cakap dengan Azman nanti,” bisik hatinya.
Sedang menunggu Humairah, Qalesya terlelap di atas sofa buatan Jerman yang baru dibeli oleh ayahnya bulan lepas. Keletihan selepas seharian melayan rakan-rakannya. “Assalamualaikum, Isya… Isya.,.” kedengaran suara memanggil Qalesya.
Qalesya bangkit dalam keadaan mamai. “ Waalaikumussalam. Kejap?” Qalesya membuka pintu rumahnya. Humairah menunggu di hadapan pagar rumahnya itu. “Owh Humairah. Masuklah dulu,” pelawanya. “ Tak apalah Qalesya, dah lewat malam ni, mana hadiah tu,” ujar Humairah. “Emm, ni dia. Aku tak tahu apa bendanya. Berat jugak tu, emas kot, hehe..” ujar Qalesya. “Ish kau ni, mamai pun boleh lagi buat lawak,” seloroh Humairah. “Oklah, aku balik dulu, maaf ganggu kau, nanti ada masa aku datang lagi,” sambung Humairah. “Oklah, baik-baik jalan,” pesan Qalesya kepada sahabat baiknya itu.
Setelah mengunci pintu. Qalesya menuju ke biliknya untuk menyambung tidurnya. Namun isi hatinya pula memberontak mahu mengetahui apakah isi hadiah yang diberikan Hazwan tadi. Qalesya menggagahkan matanya untuk membuka bungkusan berwarna biru laut itu. Warna kesukaannya.
Perlahan-lahan Qalesya mengangkat sebuah bebola Kristal yang di dalamnya terdapat dua ekor Swan. Sungguh cantik apabila digoncangkan. Swan itu aku berputar-putar mengalunkan irama muzik yang sungguh indah. Namun bukan sekadar itu sahaja. Di sebalik swan itu terdapat helaian kertas yang berwarna biru.

Assalamualaikum…
Kehadapan sahabatku Qalesya. Di saat ini mungkin aku sudahpun pulang ke kampung halamanku bersama orang tuaku. Aku harapkan kehadiran warkahku ini tidak menganggu dirimu dan hidupmu.
Sesungguhnya lima tahun kita di institut merupakan satu pengalaman terindah yang tidak dapat kita beli dengan wang ringgit. Lima tahun yang sukar untuk digantikan. Lima tahun yang tidak akan kembali lagi selepas ini.
Aku mengharapkan agar aku dapat mengundurkan masa agar pengalaman terindah kita bersama akan terus dan sentiasa berada dalam genggaman kita. Akan tetapi, kita hanya manusia biasa, tidak berupaya mahu mengubah ketentuan-Nya. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.
Qalesya, sejak hari pertama aku melihat dirimu semasa Minggu Jalinan Mesra, hati ini berkobar-kobar ingin berkenalan denganmu. Waktu itu, aku ingatkan kita tidak akan bertemu lagi, namun seprti yang aku katakana tadi, semuanya ketentuan Tuhan. Kita dipertemukan dalam satu kelas yang sama.
Mungkin pada awalnya, kau lebih suka bersendiri. Aku pula malu untuk menegur dirimu walau hatiku mahu berbuat demikian. Aku tidak punyai kekuatan untuk berhadapan denganmu. Kini, setelah lima tahun berlalu, kaulah sahabatku yang akan aku ingati sampai bila-bila.
Qalesya, aku tahu bukan jodoh kita untuk bersama. Walau hatiku ini mahu menjadikan kau lebih daripada seorang sahabat, namun aku tahu hatimu telah pun dimiliki selama ini. Sungguh bertuah lelaki itu.
Aku tahu Azman juga ada menrauh hati padamu. Namun aku tetap gagahi juga jari jemariku untuk menulis warkah ini padamu. Aku memandam perasaanku. Tetap menyukaimu dan mencintaimu dalam diam.
Maafkan aku kerana tidak dapat berdepan denganmu. Maafkan keran malu untuk berdepan denganmu. Maafkan aku kerana takut untuk menghadapi kenyataan. Maafkan aku Qalesya.
Mungkin selepas hari ini, kita tidak akan berjumpa lagi seperti sedia kala. Aku dengan haluanku. Engkau dengan haluan kau. Semua yang akan berlaku terserah pada takdir. Jika jodoh dan persahabatan kita masih panjang, kita akan bertemu lagi.
Qalesya, sebelum aku mengundurkan diri. Aku harap kau kenang persahabatan kita selama lima tahun ini. Seribu kemaafan aku pohon daripadamu di atas segala kekhilafan yang telah aku lakukan sepanjang persahabatan kita ini. Cuma satu yang aku ingin kau tahu. Aku mencintaimu dalam diam selama ini.
Sebelum pena ini berhenti, ingin aku kongsikan puisi yang aku ciptakan khas buatmu Qalesya..

Pertama kali ku melihat dirimu aku terpaut
Tika itu, masih lagi dalam suasana ta’ruf
Tapi tidak berkesempatan untuk bersua
Bertanyakan nama
Ku memandangmu dari jauh
Tingkahmu ku perhatikan
Senyummu, tawamu,
Mengubat hatiku ini yang duka
Tika ku terkenang ayah dan bonda tercinta
Ku ingatkan kita takkan bersua lagi
Walau kita di bawah satu bumbung
Ku masih tidak mnegenalimu
Ku malu tapi ku mahu
Ku mahu tapi ku malu
Cintaku di dalam diam
Hanya gambaran potretmu di mindaku
Anganku bersamamu
Tidak di dunia, akhirat menanti
Menghias Firdausi yang kekal abadi
Cintaku dalam diam
Tidak ku tahu tentang dirimu
Masihkah lagi bersendiri
Aku takut akan realiti
Menghadapi kenyataan ini
Cintaku dalam diam
Walau kita bersua
Hanya sekadar teman biasa
Tetapi mesra
Ku rasakan kedamaian
Tika bersamu
Kaulah penyejukku
Kaulah penyeri
Dengan impian melayar bahtera
Harapan untuk bahagia dunia dan akhirat sana
Bersama mengharungi onak dan noda
Bersama berpimpin tangan
Menuju bahagia yang hakiki
Disana nanti
Kaulah cintaku dalam diam…
Terima kasih kerana sudi meluangkan masamu. Terima kasih kerana mengotakan janjimu. Terima kasih di atas keikhlasan persahabatan kita selama ini. Terima kasih Qalesya. Dalam diam aku mencintaimu.
sHazwan..

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...