klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Rupa Baru.

Salam..

Tahun baru. Wajah baru. Simple dan sederhana je tahun baru ni.. hehe.. Terima kasih tak terhingga kepada member aku yang membantu aku.. hehe.. kredit-kredit.. Ni link aku share blog die.. True DSLR Ada gambar-gambar menarik pengembaraan beliau.. Macam upin dan ipin..

Ada banyak lagi pengubahsuaian yang nak kena buat.. hehe.. Terima kasih kerana anda sudi membaca.. Selamat tinggal 2010.. Selamat Datang 2011..

KL ni dah tak ada kerja ke???

Salam semua…

JobWanted

Sebenarnya cerita ni berlaku sebelum aku nak balik cuti aritu, tapi tak sempat nak share dengan korang semua.. Hari tu, khamis, aku dengan beberapa orang kawan aku pergi ke Motor Show kat PWTC tu nak tengok-tengok kereta yang ada kat situ… Tengok punya tengok ketika nak balik, tingkap kereta kawan aku merangkap roomate aku kena pecah.. Memang **** punya perompak.. Banyak-banyak kerja yang halal kat muka bumi ni kerja yang haram jugak dipilihnya..

 504x_laptop_thief

Aku pelik! Kat KL ni memang dah tak ada kerja ke?? Setahu aku kutip tin tepi jalan pun boleh dapat income kalau ada inovasi dan kreativiti? Takkan nak mencuri dan merompak yang tentu orang akan menyumpah tak habis-habis. Dunia lagi dah tak tenteram, akhirat nanti Wallah wa’lam lah.. Bawaklah bertaubat wahai perompak. Kalau perompak-perompak macam korang ni tak ada, aman dunia ni. Tak perlu risau-risau. Kesian abang-abang dan akak-akak polis kena jaga siam dan malam. Diorang pun ada keluarga juga nak kena jaga.

 

Report dah dibuat. Nak dapatkan balik apa yang diambil tu memang tak dapatlah rasanya. Tapi harap orang yang bertanggungjwab dapat dibawa ke muka pengadilan. Kita bagi diaorang ni Power Of Justice. Baru diorang tahu macam mana duduk dalam lokap tu sedap ke tak. Tak dapat dunia, akhirat menanti bai.. So janganlah bongkak sangat kalau polis tak dapat tangkap. Orang-orang tua memang tak salah ketika memperkenalkan pepatah ni. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak.. Bila jatuhnya tu bukan kuasa kita.. Kita hanya berikhtiar, Dia yang menentukan.

Malaysia VS Indonesia



Tahniah buat pasukan Malaysia yang telah bersungguh-sungguh dalam melayakkan diri ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki. Malaysia menang ketika menewaskan Vietnam di Kuala Lumpur 2-0 dan bertahan 0-0 ketika di Vietnam.

Malaysia akan menentang Indonesia di pentas akhir Piala ini di Kuala Lumpur dalam perlawanan akhir pertama pada 26 Disember ini dan di Indonesia pada 29 Disember ini. Ayuh semua rakyat Malaysia tak kira kecik, besar, tua, muda, adik, abang, pak cik, mak cik, atuk dan nenek sokonglah pasukan kita ni... huhu...

Separuh akhir hari tu, satu rumah gamat sokong Malaysia. hehe.. Semangat tu penting, kalah menang tu jangan dikira lagi.. Ayuh berjuang..

Tak boleh selalu.

Salam semua..

Huhu.. akhirnya bru sekarang dapat update blog... Rindu... hehehe.. Bukan apa internet kat sini susah sikit. Kalau pergi CC mahal.. hehe.. Jimat.. Ni aku balik rumah mak cik aku.. Dapat jugak update blog neh.. Sorry la kawan-kawan yang ada tag.. Tak sempat nak buat.. hehe..

Oklah.. segala citer nanti balik aku citer... 

Salam

Teka Teki

Salam semua…

Aku tak tau sama ada apa yang aku nak kongsikan ni dikategorikan sebagai teka-teki atau soalan matematik di sekolah… Tapi soalan ni agak mencabar minda aku dan sesiapa yang membacanya.. Soalan ni aku dapat daripada seorang sahabatku melalui kiriman sms.. Soalannya berbunyi begini;

“ Pinjam dengan ayah RM25, Pinjam dengan mak RM25, jumlah keseleuruhan RM50, beli baju RM45 baki RM 5. Ambik RM1 bayar hutang ayah, ambik RM1 bayar hutang mak, baki RM3. Hutang ayah menjadi RM24 dan hutang mak menjadi RM24. RM24 + RM24 = RM48 + baki RM3 = RM51. Dari mana datangnya RM1 itu?”

Lelaki 'Pupus' di Latvia

Salam semua...

Cuba korang semua bayangkan, kalau dalam dunia ni di sesetengah tempay tak ada lelaki langsung, dan di sesetengah tempat pula tak ada perempuan langsung. Apa agaknya yang berlakau erk?? Fikir-fikir dan renung-renung... hehe.. Pasti tak lengkapkan. Sebab manusia dan setiap makhluk yang dicipta mempunyai pasangannya masing-masing. Cuma kalau manusia, dengan siapa je kita tak tahu, kalau yang belum berpunya ler... hehe

Hari ni aku nak kongsi pasal lelaki yang pupus di Latvia. Korang tahu mana Latvia. Aku pun baru first time dengar. Jom kita minta bantuan pak cik Google. hehe.. ni peta Latvia.. hehe


Menurut sumber Latvia ni pernah berada dalam pemerintahan komunis beberapa dekad yang lalu. Sejak kejatuhan komunis, kedudukan wanita di negara ni jauh lebih meningkat berbanding lelaki. hmm... Apa lelaku buat erk..?? Dikatakan golongan wanita di sini lebih berpendidikan dan kadar kematian dalam kalangan mereka juga rendah. Tapi tu semua tak melengkapi keperluan hidup seorang perempuan.

Betul jugak, tinggi mana pun status seseorang perempuan tu, mesti juga memerlukan seorang lelaki untuk melengkapi hidup. Lelaki di Latvia ni dikatakan cenderung memandu laju, mengambil lebih banyak alkohol dan bunuh diri yang mencatatkan peratusan paling tinggi di Latvia iaitu sebanyak 80 %. Keadaan ini juga membawa kepada peratusan ibu tunggal paling tinggi di Kesatuan Eropah.








Piala AFF Suzuki 2010



Pasukan negara bakal menentang juara kumpulan B Piala AFF Suzuki 2010 , Vietnam pada 15 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Vietnam telah berjaya menewaskan Singapura pada perlawanan akhir peringkat kumpulan dengan jaringan 1-0. 

Sebelum ini, Malaysia telah berjaya menundukan Laos dengan jaringan 5-1 sebelum melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Jadi sama-samalah kita menyokong pasukan negara kita.

Nak tengok, tapi dah balik kampung waktu tu... Ayuh berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. 
Malaysia Boleh!
hehe.. Semangat tu penting......

Tukar selera...

Salam semua...

Buat yang dah biasa mesti tahukan... Tak tahu?? Tengok sebelah kanan bahagian paling atas. hehe.. Terima kasih kepada Cikgu Abbam kerana banyak membantu. Bukan apa saje nak tukar selera. Otai-otai, akak-akak, abang-abang, rakan-rakan yang dah lama pakai benda ni minta tunjuk ajar erk.. hehe..

Tak ada benda nak citer sebenarnya. Tapi gembira sebab seksaan dah habis.. Seksaan??!! Tak adalah.. Aku baru habis exam hari ni... Jadi esok boleh balik kampung.. Maka tiada la update  selama tiga minggu selepas ini... huhu.. Rindu dengan dunia ni lepas ni.. Baru nak berjinak-jinak..



Pasti hidup aku tak keruan lepas ni.. Tak ada internet.. hehehe.. Tapi terima kasih kepada Perpustakaan Desa kampung aku yang menyediakan perkhidmatan internet percuma.. hehe.. Janji ada jugakkan.. Perkembangan terkini, budak-budak sekolah rendah pun dah ada Facebook.. Fullamak... Dah maju orang kampung akukan?? Walaupun pustaka ni bukak waktu pagi je, tapi orang kampung tak melepaskan peluang untuk gunakan teknologi yang selalu diiklankan dalam TV tu. Jalur Lebar.. Segalanya lebih mudah.. Lebih kuranglah tag line dia.. hehe


Oklah, nantikan sambungan cerpen ni lepas ni.. hehe..
Salam

Horay horay....




Mari kita mari kita
Bergembira tepuk tangan sama-sama
Kita menari sambil langkah kanan kiri
Goyang badan goyang kaki
Hoore hoore hip hip hoore
Hoore hoore hoore hoore
Hip hip hoore hoore hoore
Bergembira
Bergembira ha ha ha ha
La la la la la la la la
Bergembira
Goyang pinggang goyang badan
Jangan malu dan segan
Kuat lompat jangan rapat
Biar cepat jangan lambat
Jangan sampai terperanjat
Sambil menari sambil menyanyi
Kita bersenang hati
Habis menari kita berhenti
Makan minum sudah ready
Janganlah tunggu lagi

RM 7, 500 seminit

Salam semua...

Siapa nak bagi kat kita RM 7, 500 seminit. Tapi ada ! Tak percaya. Beli Metro hari ni.. hehe.. Tak pun search online. Sebuah syarikat penyiaran dari negara bukan Komanwel membayar £1,500 bersamaan RM 7,500 seminit untuk mewawancara berkenaan dengan pertunangan Putera Diraja Britain. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Putera Williams dan pasangannya Kate Middleton.

WILLIAM dan KATE yang bertunang  bulan lau


Tak lama pun rakaman ni, sekitar 20 minit. Tapi mahal orang bayar. Agak-agak berapa orang nak bayar aku kalau minta diwawancara. hehe.. Tapi bayaran tu mengikut sumber akan digunakan untuk tujuan kebajikan. Bagus jugakkan. Mengikut laporan berita ni, wang bayaran tu akan digunakan untuk kebajikan Yayasan Putera William dan Putera Harry yang ditubuhkan setahun yang lalu. Ia termsuklah Tabung Bantuan Wira, badan kebajikan untuk mereka yang tidak mempunyai rumah, Centrepoint dan kumpulan hidupan liar, Tusk Trust.

Fuyyooo.. Apa aku nak buat kalau dapat duit sebanyak tu erk... Seminit RM 7,500 X 20 minit.. Berapa semuanya.. haha.. Kira sendirilah... hehe

Salam..

Tag Menge"tag"

Salam semua..



Actually.. (cis nak berbahasa Inggeris)... haha.. Aku tak berapa faham sebenarnya tapi aku cuba jugak demi tidak menghampakan harapan orang yang mengetaq aku ni. En. Eddy. Nak kenal En. Eddy.. hehe.. korang search la erk.. Tak pun leh add kat Facebook. Insya-Allah dia aprove kot.. hehe..

Dengan tak berapa faham, Mastermind di sebalik semua ?? Sape erk.. Cik Seha yang cerdik lagi pandai... hehe.. Dan tukang tag En. Eddy nak orang yang kena tag neh jawab 25 soalan maut. Maut ke?? Soalan subjektif pulak tu. Aku tak pernah lagi dalam sejarah jawab 25 soalan subjektif ni. Jawab 2 soalan retorik pun dah nak tercabut otak aku neh. Aku cuba la erk jawab 25 soalan tentang diri aku sebagai tanda sokongan kepada permainan ni. Terima kasih kepada Cikgu Abbam dan Ketua Pengawas Cikgu Seha kerana tolong beri penjelasan selaku pengawas peperiksaan kali ni.. 

Masa menjawab tak diberitahu pulak.. Leh tiru-tiru kan??? Aku terus bagi jawapan la.. Susah nak taip soalan panjang sangat. Lecterer pun tak suruh tulis soalan. Nombor je dia cakap. hehe

  1. Nama aku yang penuh Mazwan Izaidi. Yang tak penuh, orang KL panggil aku Mawe. Orang kampung paggil aku Iwe. Mana-mana pun boleh.. Haha.. 
  2. Jan @ Tina. Opkos la laki-laki atau Lelaki.. Aiya.. 
  3. Soalan ketiga ni.. Aku tgk blog tok dalang lain blog orang tag aku lain.. so aku buat soalan sendri.. haha.. Asal aku.. dari kampung kat Kelantan.. Menjawab soalan tak.. hehe
  4. Soalan popular, usia, umur, tarikh lahir : Dah lepas dah syarat nak mengundi.. 
  5. Sekarang ni aku buat apa erk, orang putih cakap study, orang kampung aku cakap ngaji. Ha~! Kat mana? Tengok profil Facebook aku.. hehe
  6. Apa yang suka erk. Sebenarnya lebih kepada main game Red Alert, Need For Speed dan yang sama waktu dengannya, serta melayari dunia yang tanpa sempadan ni, Internet. Rasa sengsara wei tak ada tenet neh..
  7. Tetiba teringat tentang warna. Aku suka biru muda yang ala-ala awan. Kadang cam laut kat tepi pantai. Ada ke?
  8. Dalam blog tukang tag ada satu soalan maut. Makwe!!! Jawapannya, hehe.. Malu ar.. haha.. Cis! haha..Nak tahu contact aku...
  9. Aku sama ngan Tok Dalang. Suka sangat berangan. Hobi kot. Duk je sorang-sorang mesti berangan. Dapat kereta sport. dapat kahwin ngan gadis idaman. Sape tu??? Dan yang penting aku dapat jadi Profesor. haha..Tok dalang, angan-angan aku sama ngan ko la.. haha boleh kan??
  10. Nak jawab tentang ni aku tengok kat tukang tag, aku pun lebih manja, tak lah.. Kalau ada apa-apa aku rujuk mak aku dulu sebelum abah aku.. hehe.. Akukan putera mahkota dalam rumah tu.. takut sikit dengan maharaja, aku jumpa permaisuri.. hehe
  11. Ada lima orang adik beradik dan adik aku fizikal lebih besar daripada aku.. Serius.. dia curi makanan aku masa kecik. Adik-adik yang lain pun dia curi gak.. haha..
  12. Bab TV lak. Dulu aku suka Power Rangers ngan Dragon Ball. Sekarang ni citer tu tak tak best. Aku tengok Detektif Conan ngan Doraemon (dari kecik lagi neh). Tom Tom Bak pun aku layan.. haha
  13. Muzik aku suka yang sedap-sedap ikut cita rasa semasa. Kononnya berangan (berangan lagi) jadi Dj, cakap sorang-sorang. Nasib baik orang tak de. Kalau tak cakap aku gila dah.. haha
  14. Idola aku dalam bidang penyiaran. Kononya bakal terjun la lepas ni. Rasanya tak kot... Tak tahu lah. hehe...Geng-geng Am Krew. Apa tu?? Dengar la Hot Fm pagi-pagi tu, time nak pergi kerja ke, pergi kelas ke... huhu
  15. Aku nak beli kereta bila dah kerja nanti. Apa la macam ni pun pasal diri aku ke.. Betul! Dah lama aku berhajat. Kereta impian Honda City yang baru tu. Tak pun Alphad (betul   ke eja neh).. Foyyoo..
  16. Cita-cita sebenar aku, nak jadi cikgu. Tapi tak dapat masa upu aritu. Mungkin ada orang nak tawar jadi Profesor terus kot lepas aku habis nanti... haha
  17. Dulu masa kecik aku nak jadi polis. Sebab Datuk Yusuf Haslam buat citer Roda-roda Kuala Lumpur. Nak naik motor tu.. Plezzzzzzzzzzzzzzz..... Kalau ada citer polis aku terus tengok. haha.. Aku terlalu obses ngan citer polis-polis neh.. CSI. NCIS semua aku tibai.. haha
  18. Time boring.. apa aku buat.. haha.. kat sini tak de la boringnya ada kekasih jantung hati INTERNET. Kat kampung, habis satu kampung aku ronda.. Ala-ala jadi security gitu... haha
  19. Aku juga suka amik gambar panorama dan landskap.. Tapi satu je silapnya.. Aku takde kamera orang putih cakap..Mana aku bedal kamera.. Tak ada la curi.. Aku guna roomate aku punye.. hehe.. Sama-sama photo shoot macam model hangat dipasaran... haha..Sape nak bagi hadiah birthday aku tu... Boleh bagi kamera tak??.. haha..
  20. Dan seperkara lagi.. Aku tak pernah pun sambut birthday aku.. haha... Korang pun tak boleh sambut.. haha time cuti.. hehe.. so geng Bang Bang Boom.. Tak boleh kenakan aku... haha.. Bagus jugak kan??? hehe
  21. Bila aku tak pernah sambut birthday tak adalah hadiahnya. Tapi dulu masa kecik mak cik aku hadiahkan jam tangan.. Hadiah puasa cukup.. haha
  22. Satu je aku tak suka. Orang mengata di belakang. Cakap-cakap belakang ni macam tikam pisau kat belakang.. Alang-alang kalau tak suka tu.. Tikam je la terus.. hehe.. Jangan.. Kita berdamai.. Tak suka cakap depan-depan,.. hehe.. Tapi kalau aku tak suka, aku diam je.. Baikkan??
  23. Sekarang ni, mode dengar lagu. haha.. Lagu apa?? Aku suka dengar lagu ni..(Klik kalau nak dengar)
  24. Kalau boleh nak balik dah ni.. Tapi ada exam yang belum abis agi neh... huhuhu.. Betul.. Nak duk kampung.. Jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.. Depa dah lama cuti kot...
  25. Semua ni betul tentang aku.. Serius! Cuma ada beberapa soalan yang ditapis oleh FINAS.. hehe.. Kalau ragu-ragu jangan segan-segan tanya.. haha.. tapi soalan akan ditapis satu Lembaga! Hah! LEMBAGA!... hehe
Penat aku pikir 25 tentang diri aku ni wei.. Terseksa batin neh... haha.. Tapi seronok gak.. haha.. Tok Dalang dah siap dah,,, Kini tibalah masanya nak mengetag orang... haha... Nak tag sape.. Tengok bawah neh... Tapi sebelum tu, ni syarat Tok Dalang. Entah menjawab ke tak apa yang aku tulis neh... Kira halal la erk..


  1. R.U.L.E
  2. "Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you. At the end,choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If i tag you,its because i want to know more about you."


Seyha Ketua Pengawas





Salam Maal Hijrah 1432H

Salam semua..


Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam yang berada di Malaysia. Semoga kedatangan tahun baru hijrah ini dapat membawa diri kita ke arah kebaikan di dunia dan akhirat.

"Satu Malaysia Satu Ummah"
1432 Hijrah



Kahwin "Free"

Salam semua...

Sape nak kahwin free... Ni bukan kes jadi pak turut atau pak sanggup ye tuan-puan.. Ni kes baik punya.. 

"Berita baik buat pasangan yang inign berkahwin khususnya rakyat Kelantan. Kerajaan Kelantan melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri menyediakan peruntukan RM300,000 bagi membiayai 100 pasangan pengantin miskin yang ingin berkahwin di bawah Program Perkahwinan Perdana yang akan dilancarkan Sabtu depan." (Berita Harian)


Ini merupakan langkah yang diambil bagi menangani masalah penceraian yang begitu tinggi dalam kalangan pasangan yang berkahwin di ngeri itu serta bagi mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja... Ha!.. Mana-mana yang tak mempunyai wang yang mencukupi nak kahwin tu bolehlah mendaftar ye... Terhad 100 orang je tu... Bantuan yang dia bagi tu siap ada wang hantaran RM1000 untuk pihak lelaki, bantuan kenduri kahwin, peralatan dan tempat kahwin. Pakej lengkap tu. Siapa nak??

Langkah ni bagus jugakkan.. Terutama untuk remaja-remaja yang gatal-gatal. Daripada buat maksiat baik kahwin terus. Budak-budak zaman sekarang ni bukannya tahu malu. Tak tahulah nak jadi apa. Nak tahu lebih lanjut korang leh tengok skuad terjah menerjah dan jadi pen"SPY" dalam mendedahkan kegiatan tak bermoral. Tempat makan, hospital, apa mereka peduli. Janji dapat memuaskan serakah. Nau'zubillah.. Mintak dijauhkan..

Jadi yang nak kahwin, cepat-cepatlah ye daftar. Aku! Tunggu bantuan berikutnya.. haha

Salam..

Ada 'stalker' ke??

Stalker !! Dalam bahasa Melayu ni pengintip atau bahasa kampungnya pengintai. Sama je maknanya. Dalam dunia yang guna teknologi ni macam-macam boleh jadikan. Takut jugak bila ada orang menyamar nak intip kita. Haha.. Statement macam artis popular...haha.. Betul! Tak semestinya artis je tau kena spy-spy ni. Orang biasa pun ada. Lagi-lagi tanpa sedar dia stalk.

Kalau intip sekadar nak berkenalan tu takpe. Takut nanti macam-macam akan jadi. So kenalah hati-hati jugak kan. Lagi-lagi dengan kemajuan dan perkembangan teknologi yang begitu canggih dan manggih hari ni. Yang laki boleh jadi perempuan, yang perempuan boleh jadi laki dalam dunia maya ni kan?? Tak mustahil tu boleh berlaku.

Langkah pencegahan dan keber'hati-hati'an tu penting. Kena tengok dulu dengan siapa kita kawan. Terutama dalam laman-laman sosial yang menjadi kegilaan ramai sekarang ni kan.. Nak berkawan tu kenalah ikhlas. Baru ada keharmonian dalam persahabatan. Betul tak.

Ok.. Cau dulu. 

"Hati-hati. Dunia sedang memerhatikan anda." 

Proton Generasi Baru

video

Giler Gempak..

Salam semua...


Aku pasti semua rakan-rakan bloger meng'hapdet' blog masing-masing dengan pengenalan kereta-kereta baru keluaran proton. Ya serius!.. Tak caya tengok blog member aku ni. Tulis entri pasal kereta proton baru ni.. Nak tengok klik ni.. Aku rasa minyak naik pun tenggelam dengan kereta-kereta ni.



Tapi memang kelaslah kereta-kereta baru ni. Kereta-kereta ni merupakan jenama yang di upgrade menjadi jenama baru yang dinamakan sempena lima pahlawan Melayu. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu, dan Kasturi. Hebat! Sekali tengok macam kereta buatan luar negara. Tak caya tengok gambar dalam blog member aku atau korang boleh search kat mana-mana blog yang tulis entri pasal ni.

Nantilah, kalau ada peluang aku nak tengok kereta ni live depan mata. Baru best! Oklah aku cau dulu.. Kereta ni akan berada di pasaran tak lama lagi dan dijangka akan mendapat sambutan yang hangat daripada pembeli. Aku pun minat gak. Tapi apakan daya, tiada kesempatan lagi. hehe..

Bye.. 

Wajah baru bila Tiney berbicara...


Salam semua..

Saje je tolong promote blog member... hehe... Dia dah tukar wajah baru blog die nak link tekan sini.

Kalau nak tukar template blog tu kan. Senang je. Hari ni aku nak share cara nak tukar template selain yang dah ada dalam blogspot neh. Otai-otai blogger nyang datang melawat, kalau ada salah dan silap sila tegur erk.. Bukan apa aku pun baru je terjun dalam bidang yang luas ni.. Banyak lagi yang nak kena belajar.. hehe.. Tapi apa salahnya kita berkongsi ilmu.. Ye tak??? 

Langkah yang pertama:

Korang download template pilihan korang tu..  Macam-macam boleh pilih kot., Kat Google banyak.. pilih je mana satu yang berkenan di hati.. hehe..
Contonya macam ni...


Lepas tu:

Pergi dashboard blogspot, pergi halaman design dan edit html.. macam kat bawah ni


Kemudian upload apa yang korang download sebentar tadi kat sini..


Ikut setiap step dari no satu sampai empat..
  1. Untuk korang rasa lebih selamat baik korang download template yang sedang korang pakai sekarang ini. Mana la tau terkenang ke apa ke kan lepas ni dan taku-takut tak jadi pulak kan?? hehe
  2. Pilih template yang telah korang pilih sebelum ini pastu upload
  3. Ha.. pas upload tu korang save template. dah jadi. Kalau dis suruh simpan apa-apa widget yang korang guna tu, rasa nak guna simpan, kalau tak nak tak payah. hehe
Rasanya macam tu jelah. Mintak pandangan otai-otai. hehe


Bye...



Ada aku kisah...

Ada aku kisah.... Aku dah tak kisah dah lepas ni.. Malas nak layan.. haha.. Aku nak tulis je lepas ni.. Dah patah hati dengan hasil yang aku dapat.. Lebih baik aku biarkan je... Buat tak tahu.. Mana tahu lama-lama nanti jadi bukit.. Dah boleh semai.. haha.... Motif nak cari keuntungan lak..

Tak adalah, dalam sesuatu perkara niat tu pentingkan.. So kenalah setting niat tu baik punye.. Jangan nak mengharapkan balasan disebalik apa yang kita buat kan.. Yang penting ikhlas untuk berkongsi apa yang kita tahu.. Orang putih kata sharing is caring.. Sejauh mana caring orang yaang men'sharing' tu pun aku tak tahu.. 

Oklah.. haha.. kali ni edisi patah hati,.. nak layan lagu Sudirman lepas ni.. Bye-bye.. tata.. titi... tutu..


Word of the day:
"Sharing is caring"

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...