klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Terima Kasih Kolej.. Terima Kasih....

Salam semua...

Pertama kali dalam hidup dapat Anugerah.. Tak sangka.. Walaupun aku terlibat secara langsung dalam event ni.. Tak tau la pulak depa pilih aku... Tak lupa jugak kepada orang yang mencalonkan aku.. Terima kasih, sekalung peghargaan untuk anda..

Tak mau citer panjang-panjang dah penat..

Memori SPM...

Salam semua...

Semalam telah diumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya dengan cemerlang. Semoga anda dapat mencapai apa yang anda impikan. Kepada yang tidak berjaya jangan anda berputus asa. Teruskan berusaha sehingga tercapai apa yang anda iginkan. Peluang masih terbuka luas untuk anda. Semunya terpulang pada anda sama ada mahu merebutnya atau tidak. Masih ada STPM dan sebagainya selepas SPM.. Fikir-fikirkanlah...


Adik aku pun ada ambik gak SPM tahun lepas.. Result dia kira ok daripada aku dulu.. Keluar keputusan SPM neh teringat masa aku nak ambik result dulu.. Bukan main semangat lagi.. Alik-alik apa yang diharapkan  hancur berkecai.. Tak tahu nak cakap apa masa tu.. Masa tu kitorang hanya mampu tadah telinga kaunselor yang suruh jual no pin UPU kat member-member yang dapat result yang tinggi.. Tapi aku tak jual.. Tekad aku nak cuba isi.. 

Masa isi puan aku taruhkan harapan yang tinggi.. Semua no pin yang dibuka aku beli... Daripada UPU, borang maktab, politeknik dan SPA8.. Dulu seingat aku tingkatan 6 dikira secara automatik bagi yang layak.. Dalam banyak-banyak yang aku isi, tiba hari pengumuman satu je aku dapat... Ituu pun bukan harapan aku, memang tak ada dalam senarai langsungg.. Tak terfikir pun aku nak masuk kat situ.. Maktab, upu, politeknik.... semua tak dapat... Yang dapat adalah tawaran ke tingkatan 6..

Aku terus buat rayuan.. Ramai-ramai yang mohon sekali dengan aku, aku je yang tak dapat ke mana-mana kecuali tingkatan 6.. Dulu orang cakap tingkatab 6 ni paling susah.. Itu jugak salah satu sebab untuk aku tidak mahu ke tingkatan 6... Tapi akhirnya setelah dinasihatkan oleh ibu kawanku.. aku mendaftar ke tingkatan 6 dahulu sementara menunggu keputusan rayuan yang aku pohon.. Sebulan aku tunggu, rayuan aku jugak tidak berjaya.. Lepas tu aku teruskan jugaklah.. Lama-lama lepas tu dah tak ingat apa dah.. Mungkin dah serasi dengan tingkatan 6 kot..

Masuk awal Januari.. Pukul 1 pagi, dapat mesej daripada politeknik.. Ambilan Januari.. Punyalah dekat dia tawarkan kat aku.. kat Kuching.. Memang aku tak pergi ar.. Kalau aku orang kaya tak pe.. Memikirkan dah setengah tahun aku belajar tingkatan 6, bukan pelajaran.. dah beratus duit habis beli pakaian takkan nak tinggalkan pakaian macam tu je..

Tapi alhamdulillah, berkat doa ibu bapa dan ajaran guru-guru.. aku berjaya dan berada di sini hari ini... Terima kasih.. Dulu pernah salah seorang daripada budak kelas aku, keputusannya lebih kurang aku jugaklah.. Tapi rezeki dia masa tu lebih baik daripada aku.. "Apa barang masuk kelas pakai uniform".. Mungkin tu jadi pembakar semangat aku.. Aku tak cakap apa-apa.. Macam biasa.. Aku pendiam orangnya.. Haha...

Mungkin entri ni sambungan atau lebih mendalam entri kat sini... Entahlah.. Baca jelah dulu.. bagi respon kemudian.. 


Susah nak senangkan hati semua orang.. Hati aku ada orang kisah ke??

Salam semua...

Kenapa la kat dunia ni masing-masing ada kepentingan diri.. Kalau ikutkan aku pun ada kepentingan diri aku.. Tapi kena consider dengan keadaan setempat.. Tahulah aku ni jenis yang tak suka nak lepas tangan.. Habis semua serah kat aku.. Orang lain macam mana... Tetap sama.. Kalaulah diorang semua neh berfikiran macam aku, tak ke senang macam neh..

Kadang-kadang nak je aku buat dek.. Tapi kalau aku betul-betul buat memang tak bergerak ar.. Takpelah dah nasib badan.. Terima aje lah.. Moga terbuka hati-hati mereka ini... Amanah tu penting.. Kritikan jugak membina diri bukan menjahanamkan diri.. Kritikan adalah untuk memperbaiki apa yang kita lemah ke arah untuk lebih baik.. Kenapa kita harus menolak sedangkan di depan ia baik untuk kita...

Tak faham aku... Susah nak senangkan hati orang neh.. Hati aku, aku telan dalam-dalam.. Dah biasa sejak dulu lagi...

Belajar guna automatik post

Salam semua…

Dah lama aku dengar mengenai update blog atau post entri secara automatik neh.. Cuma kali ni baru aku nak cuba. Ini adalah percubaan aku meng’update’ blog dengan menggunakan Windows Live Writer. Tulis apa sahaja yang korang mahu dan kemudian setkan satu tarikh..

Biasanya blogger yang aktif dan tak mahukan pembacanya ternanti-nanti bila entri terbarunya keluar guna benda ni.. Macam aku ni cuma nak belajar-belajar guna.. Idea pun tak ada sangat nak update.. Kesibukan kuliah membataskan lagu aku nak menulis.. Tapi aku bukak jugak tengok kot-kot ada orang buat blogwalking kat blog aku.. Aku balas kunjungan diorang..

Tu je kot.. sampai ketemu lagi…

Kata-kata Minggu Ini



"Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda"

Letih.. Tapi aku belajar benda baru...

Salam semua...


Letih la sikit minggu ni.. Relaks 2-3 hari lepas tu letih lagi... Maklumlah kita hidup kena belajar walaupun bukan dalam akademik. Kemahiran insaniah jugak perlu. Kata orang setiap hari adalah pelajaran. Setiap hari kita akan melalui dan menempuhi pengalaman yang baru dalam hidup. Bukan kata-kata aku, tapi seoranng ahli akademik.. Lupa pulak nama dia.. Hehehe.. Kalau aku ingat nanti aku bagi tahu.. 

Betul jugak dia cakap. Setiap yang kita tempuhi itu ada cabaran adn rintangan. Cabaran dan rintangan itulah yang menagjar dan mendidik kita secara tidak langsung. Sama ada kita perasan atau tidak, apa yang kita tempuhi akan kita analisa untuk apa yang bakal kita lakukan pada masa hadapan. Aku tak tahu sama ada ayat yang aku guna ni betul atau tak.

Senang citer aku bagi contoh. Kalau korang buat program contohnya, ada banyak masalah dan ramai orang komplen, masalah dan komplen inilah yang dijadikan sebagai pengajaran supaya kesilapan yang sma tidak aku berulang. Harap memahami.. hehe..

Betul tak apa yang aku cakap. Semua ni takkan kita dapat dalam bilik darjah semata-mata KECUALI kita sendiri yang melalui pengalaman itu. Lain program lain caranya. Program motivasi takkan sama dengan perasmian atau seminar. Melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang kita sertai itu, kita akan belajar sedikit demi sedikit daripada orang yang tahu mengendalikan majlis itu.

Hari ni dan 2-3 hari yang lalu, aku belajar benda baru. Walaupun itu bukan bidang yang aku pelajari secara akdemiknya, tapi aku suka kerja ni. Ada cabarannya walaupun tidak ramai yang mengetahuinya kerana kerja ini dibelakang tabir. Tanpanya, tidak berfungsi sesuatu majlis itu walau segah manapun majlis itu. Nak tahu tunggu selepas ini... Haha...

Gerak Usahawan IPT 2011




Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan pelajar, siswazah dan masyarakat luar kampus mengenai projek-projek keusahawanan menerusi pakatan simbiotik di bawah pengelolaan PUSMAL sekaligus menarik penyertaan lebih ramai siswazah dari seluruh negara.

Gerak Usahawan IPT 2011 turut mengalu-alukan penyertaan pemain industri dan syarikat yang bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam yang mempunyai potensi tinggi untuk dikembangkan dengan membuka ruang bagi penglibatan golongan siswazah.

Yang menarik:

1. 30 gerai jualan daripada wakil usahawan mahasiswa universiti-universiti semalaysia (20 IPT,10 UM)
2. 24 gerai pameran wakil-wakil industri
3. 12 gerai pameran agensi-agensi keusahawanan
4. Pendaftaran latihan industri keusahawanan (pelajar tahun akhir)
5. Pendaftaran Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS)-Siri 4

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Tel:03 - 7967 7783 / 7793
Email: pusmal@gmail.com

FESENI'11: Manifestasi Puisi 10

Salam semua..

Nak citer sikit neh.. First time masuk acara dapat nombor... Tahun ni ada improvement dari tahun lepas. Pasukan Puisi KK10 dapat nombor 5 daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian.. Walaupun kejayaan itu nampak tidak sebesar mana, tapi kami puas dan bangga. Kejayaan yang besar buat kami tahun ni..

Maklum sajelah, masing-masing ada komitmen yang tersendiri. Kami berlatih pun dalam masa 4 hari. Hari pertama baru nak buat step, hari kedua masih lagi percubaan, hari ketiga baru nak ingat step yang dah tetap. Itupun ada lagi pembaharuan dan perubahan. Hari keempat habis-habisan ingat step. Walaupun tak banyak.. hehe..

Tahniahlah buat rakan-rakan puisi, terutamanya saudara Shahrul Sopian dan Mastini Ahmad. Suara anda memang WOW! Tak lupa jugak buat teman-teman Phantom of Opera Black & White. TAHNIAH SEMUA...

               

Tajuk: kedamaian
Oleh: Syed Hamid Albar ( kumpulan puisi Merenung jendela hidup, DBP 2007)


Kedamaian bukan boleh dijual beli dengan dinar
Harganya kemanusiaan dan keadilan
Gelora dan sengketa membantut pencapaian
Harapan insan untuk hidup di taman taman tersusun
Dibawah dedaun rendang
Sesama berbicara dunia jauh dari kemelut yang tiada akhir
Kedamaian dalam hati dan budinya
Kasih tidak mahu melakukan kerosakan
Kedamaian membawa ketenangan
Manusia ada kejujuran dan keikhlasan
Tiada curiga berasa was was
Menunggu perbalahan yang akan mencetuskan derita.

Di hamparan peta terlukis kata kata suka, riang gembira
Mengibarkan bendera kedamaian
Mendirikan alam tanpa sengketa
Membawa bebas kedamaian
Negara dan jelata berkehendakkan kedamaian
Mehu menghirup udara kedamaian
Untuk menjalankan obor mesra dan deras
Harmoni dan kesepakatan
Mereka bahagia dalam pengisian damai
Ketenangan menghala kepada harapan
Walaupun berbeza beza kedudukan
Walaupun berpuak berkaum dan berbangsa
Tidak seharusnya merenggangkan kemanusiaan
Yang berada di gedung , mahligai dan istana
Tidak terkecuali membawa panji panji kedamaian.

Jika manusia tidak berusaha tanpa harapan
Pudarlah kedamaian
Kita akan lemas di air sungai yang merah dengan sengketa
Bahagia dan sejahtera hanya satu impian dan ilusi
Yang tidak dapat dimiliki
Kedamaian adalah jawapan kepada keadilan dan kemanusian.

Mana satu aku.. Hahaha

Pemuisi..

Bersedia untuk berentap...

Lega dah... haha

Tag line.. ADIK...ADIK... ADIK...

Kita cuba tahun depan lak.. Berlatih empat hari dapat nombor 5.. Jadi kita kena berlatih berapa hari GENG.. haha




Pengisian Jiwa

Kem Motivasi Menjana Cita 2011

Salam semua...

Lama dah tak menulis.. Nak kata sibuk tu tak lah sangat. Cuma dalam dua tiga hari ni je. Ada kem motivasi yang   dianjurkan oleh kolej aku.. Jadi fasilitator kononnya... Tapi tak lah jadi fasi sepenuhnya.. Tugas aku tangkap-tangkap gambar dan pasangkan benda alah sound system..

Ada best dan tak bestnya.. Bestnya tak kena bercakap banyak.. Tak bestnya bila tiba part nak habis program.. memang sah-sah dah budak-budak tu tak kenal.. Mungkin siap cop tukang ambik gambar je kot.. haha.. Tak kisahlah, asalnya pengisian dan apa yang nak disampaikan tu dapat diterapkan dan diamalkan oleh mereka-mereka ni..

Hah! Lupa nak bagi tahu.. Yang kita orang panggil adalah adik-adik dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, Melaka. Seramai lebih kurang 70 orang bakal-bakal calon STPM 2011 menyertai kem ni.. Huh! Penat! Perkara biasa dalam kem.. Kem mana yang tak penat!...

Penat masa nak jalani je.. Lepas dah balik rumah, sekolah, masing-masing pasti bercerita pahit manis semasa kem.. Aku gerentinye.. haha

Apapun.. Selamat menduduki peperiksaan minggu hadapan.. (kalaulah ada diorang terbaca).. Good Luck in the real exam. STPM 2011. Kami menanti disini jika anda berhasrat mahu kesini. Buat yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, dan guru-guru.. Anda mampu jika anda mahu..



Jangan anda anggap bahawa STPM ini sebagai pilihan yang kedua kerana gagal memasuki matrikulasi, gagal dalam memohon program diploma di univeristi atau politeknik. Anggap ini adalah peluang kedua untuk anda memperbaiki dan mempertingkatkan kemampuan serta kemahuan untuk mencari dan menuntut ilmu.

Aku dan kawan-kawan kat sini jugak pernah lalui STPM ni.. Banyak suka duka kat sekolah.. Pernah dulu aku rasa macam dah tak ada harapan dah.. Dunia aku gelap masa terima keputusan SPM dulu.. Ada antara kawan aku yang ambik SPM sama dengan aku dapat matrik, ada yang dapat diploma kat universiti dan politeknik.. aku je yang tak dapat ke mana-mana selain ke tingkatan 6. Satu-satunya perkataan TAHNIAH daripada sistem tu yang aku dapat. Yang lain semuanya DUKACITA dimaklumkan......

SPM dulu aku ambik aliran sains.. Punyalah bangga dalam sekolah aku tu hanya ada satu kelas je aliran sains. Masa tu tak tau apa.. Tingakatan 4 cikgu aku cakap tahun bulan madu.. Memang SAH! Bulan madu... Akibatnya naik tingakatn 5 mula terkejar-kejar sampai dah putus harapan.

Bukan nak salahkan kawan, tapi diri sendiri yang ikut kawan tu yang menyebabkan hasil yang aku tuai SPM tak menjadi.. Memang teruk.. Aku menangis depan mak aku.. Mak aku suruh cuba masuk tingkatan 6 walaupun tawaran yang aku dapat tingkatan 6 aliran Sastera. Terima kasih jugak kepada mak kepada seorang member aku yang banyak bagi nasihat kepada aku dan anaknya.

Aku ingat lagi kata-katanya. "Pergi semua tempat pun belajar benda baru, U dengan tiket SPM hanya DIPLOMA, STPM dapat Ijazah. Mana lagi baik.. Usaha dulu, jangan ikut orang.."

Maka mendaftarlah aku ke tingkatan 6 pada tahun 2008.. dan akhirnya berkat doa ibu bapa dan guru-guru yang telah banyak berkorban, aku bersyukur jugaklah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada 28 Jun 2009. Nak tau perasaan aku masa dapat tawaran ni, tunggu update berikutnya... Tapi tak tau la bila ada masa terluang neh...

Jadi kesimpulannya, kita tak tahu apa rezeki kita pada masa depan.. Mungkin baik dan mungkin juga tidak.. Tapi kita diminta supaya usaha dan terus berusaha disamping diiringi oleh doa dan tawakal kepadanya. Doa tanpa usaha tiada gunanya. Paling penting hormatilah kedua ibu bapa, guru dan rakan seperjuangan. Jangan lalai, dan teruskan istiqamah untuk terus fokus apa yang kita impikan.

Do not think it is hard, if you never try to do it. Force your self to aim what do you want!!!

Good Luck!!!

Semoga berjaya buat semua adik-adik Program Persediaan Universiti
SMK Seri Tanjong Melaka.


Abang dan rakan-rakan mendoakan kejayaan adik-adik semua.


Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...