klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Hampir genap 3 tahun (1)

Salam muhibbah..

Terlebih dahulu, meraikan sambutan Hari Guru yang disambut setiap tahun segenap lapisan masyarakat terutama warga pendidik pada tanggal 16 Mei. Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia. Terima kasih, terima kasih diatas jasa dan keringat bakti yang dicurahkan untuk anak bangsa.

3 tahun, sememangnya impian adalah untuk menjejakkan kaki di sini. Medan ilmu tertinggi. Pada waktu itu, tidak kira di mana sahaja, asalkan mahu berjaya ke situ. Pernah juga aku merasa berada di zon yang selesa. Zon yang membuatkan aku bersuka-ria selama dua tahun setelah berpenat lelah tiga tahun semata-mata untuk mengambil peperiksaan yang hanya mengeluarkan transkripsi semata-mata.

Pendek akal barangkali pada waktu itu. Walhal, yang paling utama, hidup mata adalah yang perlu ditempuh dalam tempoh 2 tahun itu. Ya.. Tiada sijil itu tiada gunanya menghabiskan 11 tahun di sekolah. Menghampakan ibu bapa sudah pasti, memusnahkan harapan guru sudah tentu, mengecewakan semua guru yang berpenat lelah membantu bermulanya dari kenal tulis, baca dan mengira. 

Namun, alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Keputusan aku tidak seteruk itu. Masih lagi mampu berjalan ke peringkat yang seterusnya. Peringkat kalah mati. Bagi aku keputusan pada waktu itu agak teruk. Berderai air mata jantan mengenangkan nasib diri yang tidak layak ke mana-mana institut pengajian tinggi hatta ianya hanya program diploma. Tidak ramai yang sanggup mengambil risiko kalah mati ini.
Bagi mereka pusingan kalah mati ini agak sukar. Lebih baik mereka mengambil lencongan ke politeknik, ataupun uitm yang menawarkan diploma. Aku hampir putus harapan. Mendaftar tingkatan 6 ketika itu hanya semata-mata mengikut rakan dan masih mengharap keputusan yang baik menyebelahi aku. Ketika itu politeknik yang masih belum diumumkan keputusannya.

Seminggu kemudian baru keputusan politeknik diumumkan. Sebahagian meninggalkan gelanggang keramat, dan sebahagian masik kekal disitu. Ada yang sudah membulatkan tekad. Ada yang masih samar-samar. Ada yang hanya mengikut arus, membiarkan diri dipukul ombak. Baik anginnya, baiklah hasil tangkapannya.

6 bulan pertama gelanggang keramat tidaklah sesukar mana melainkan satu subjek yang memang seratus peratus lari daripada medan asal yang kononya mengharap dapat menjadi saintis terulung. Mengenangkan saat terpilih ke aliran sains pada ketika zon honeymoon, gelaran yang diberikan guru kanan aku dulu. Jalan mahu meninggi, padahal, hampas lebih banyak daripada santan. Malas sudah tentu. Terlalu terikut rakan.

Kalau diikutkan, kejayaan PMR adalah hasil usahasama seorang sahabat yang selalu mengajak kami untuk stay up sampai lewat malam. Bangun awal untuk study. Kemudiannya beliau berjaya menapak ke SBP. Di situ rasa kehilangan sahabat untuk belajar. Cuba mencari teman untuk belajar, namun sejujurnya semua masih dalam mood honeymoon, sehingga ke tahun berikutnya. Tahun penentu SPM.



Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...