klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Buat pelita buluh

Salam...

Hari ni tetiba aku jadi rajin dan teringin nak buat pelita.. Haha... Buat sendiri tuh.. Dulu pak ik aku pernah buat pelita neh.. Masa tu aku kecik lagi, sekadar tengok dan tolong yang mana patut je lah.. Haha..

Dah hampir nak siap, sentuhan terakhir petang neh la.. Dah tengahhari, panas.. Haha.. gambar nanti lepas raya aku upload.. Kabel tertinggal dalam bilik kat KL la plak... Hehe..

Selamat Hari Raya ;)

->>> Tunggu saudara mara pulang ke kampung...

Dah 'start' dah....

Salam...

Dam dum dam dum... Benda ni dah lama jadi trend agaknya.. Bila tiba raya je, mulalah bunyi benda ni.... Bahaya dik oii..

"Alah, relaks ar, bukannya mercun yang besar pun. Ni yang biasa je pun," 

Tu bila korang start main, orang lain akan main. Lepas tu mula la lawan-lawan sape paling kuat. Dah tahu sangat dah manusia ni macam mana. Tak boleh lari daripada perlumbaan. Haha..

Aku main jugak dulu.. Dalam hutan je lah.. Halau En. dan Cik B dalam hutan tuh.. Senang sikit nak menoreh getah..

Nak main, main jauh-jauh.. Jangan menganggu ketenteraman awam.. Benda haram ni, semakin ditegah semakin dibuat.. Haish...

->>>> Baik duk luar main bunga api.. :)

Pesanan penaja: - Jangan susahkan orang lain kalau nak berseronok

Bandar Terapung ...









Haram : Colour Crystal Ball

Salam...

Aku rasa dulu benda ni jadi fenomena dah.. Harga pun taklah mahal sangat. Orang buat hiasan dalam pasu bunga.. Rasanya benda ni bekalkan air kepada bunga untuk menyegarkan kerana ia diperbuat seperti agar-agar dan semakin mengembang jika semakin banyak air di;letakkan.

Tapi KPDNKK telah mengharamkan pembekalan dan penjualan Colour Crystal Ball (Bebola agar-agar berwarna) atau pelbagai nama lain kepada orang awam.

Benda ni tak bahaya dari segi bahan kimia yang ada padanya, tapi bila direndam dalam air, ia mampu mengembang sehingga 444 peratus.

Baca lanjut di sini dan sini.

Kad Raya : Nostalgia zaman sekolah

Salam...

Dah tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan nak melabuhkan tirai.. Perantau-perantau pun dah ada yang mula mengorak langkah pulang ke kampung halaman masing-masing.. Hati-hatilah ye.. 

Kalau dulu ada aku tulis pasal kad raya bergelut dengan teknologi kan.. Hah tengok kat sini... Tapi kad tu masih lagi ada dan tetap menjadi tradisi sebelum menjelangnya aidilfitri..

Masa zaman sekolah dulu, aku rasa zaman yang paling aktif hantar-menghantar kad raya.. Haha.. Paling tak boleh blah, sekelas je pun.. tak pun kelas sebelah.. Haha..

" eh, aku hantar kad raya kat kau, kau balas balik erk nanti.." Haha... Ayat ni tak boleh tahan, nampak sangat tak popular.. Haha..

Kalau yang hensem-hensem dan cun-cun tuh, ada la terima kad raya dari secret admire katanya.. Kategori diorang ni, konpem tak balas.. Haha.. tak tahu sape yang hantar.. hehe..

Ayat-ayat yang biasa ditulis korang tengok kat sini.. Haha... Betul-betul sebijik.. Kadang-kadang dua tiga kad tulis benda yang sama je.. Tak tau nak tulis apa.. Haha.. Maklumlah, bukannya member yang lama tak jumpa., member yang hari-hari jumpa.. Haha...

Kenangan-kenangan..

Iklan : Tinted untuk raya. Klik SINI

Perogol Bersiri diburu !!!

Salam..

Minta semua berhati-hati terutamanya anak-anak gadis.. Polis sedang mencari seorang lelaki yang disyaki telah merogol 19 orang gadis...

berita lanjut seperti berikutt :

Gambar UTUSAN MALAYSIA

KOTA BHARU 24 Ogos – Seorang lelaki yang dikategorikan amat berbahaya kini diburu polis kerana dipercayai telah merogol seramai 19 gadis selain terlibat dalam beberapa kes cubaan merogol di negeri ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan pihaknya mendapati, lelaki terbabit sering menjadikan pelajar dan pekerja yang tinggal di asrama sebagai mangsanya.

Menurut beliau, perogol bersiri berusia antara 20 hingga 30 tahun itu aktif melakukan jenayah itu sejak tahun lalu di negeri ini.

“Dalam kes terbaru di Tanah Merah, suspek dikatakan memecah masuk asrama mangsa, mengikat tangan dan mengugutnya dengan pisau sebelum merogol mangsa.

“Polis berjaya mengesan identiti suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berhampiran asrama tersebut dan kita sedang berusaha memburunya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mazlan berkata, kebanyakan kes rogol berlaku di rumah yang tidak berkunci dan pada tingkat atas bangunan asrama tersebut.

Berdasarkan modus operandi yang sama, katanya, polis percaya semua kes ini dilakukan oleh orang yang sama.

Kes ini tambah beliau, disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Nor Hafizah Nor Hamid di talian 017-6900714.


Jom Heboh 2011 di Kelantan

Salam...

Aku duk tengok lintas langsung dalam TV je.. Tak pernah pergi pun jom-jom heboh neh... Haha.. Apa diorang jual pun aku tak taulah.. Yang aku tahu malam ada konsert.. Haha.. Tengok TV jelah.. Tu pun kalau tak de citer best dlm astro yang ada berpuluh-puluh channel tuh..

Oktober neh Jom Heboh akan berada di Kelantan.. Lokasinya rasanya macam biasa kot.. Stadium Sultan Muhammad IV.. Tak leh nak gi jenguk eh.. Dah balik KL dah.. Haha.. Masa buat kat KL aku kat kampung balik.. Haha...

Layan sini jelah...

Iklan Raya

Salam...

Setiap kali tiba musim perayaan, akan muncullah pelbagai iklan berkaitan perayaan tu.. Kat TV boleh tengok macam-macam iklan raya.. Antara iklan yang buat aku tertunggu-tunggu nak tengok ialah iklan raya Petronas, TNB, TM dan ....  

Sebabnya, ada cerita pendek.. Haha.. Tak lah bosan tengok iklan.. Macam tengok drama.. Iklan Petronas dah keluar, TM dah, TV3 aku tak pasti.. TNB pun.. Haha.. layan je lah iklan CST Production neh.. Haha..

Perkahwinan dan perceraian : Berat badan bertambah ?

Salam semua...

Para penyelidik Persatuan Sosiologi Amerika membentangkan penyelidikan bahawa perkahwinan dan perceraian boleh menyebabkan peningkatan berat badan.

Terdapat peningkatan berat badan dua tahun selepas perkahwinan atau perceraian berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap 10,071 orang responden.

Wanita yang baru berkahwin berisiko tinggi untuk bertambah berat badannya, malah boleh mengakibatkan masalah pada kesihatan mereka.

Kajian yang dijalankan dari tahun 1986 sehingga tahun 2000 memantau berat badan ideal (BMI) dan taraf perkahwinan responden.

Sumber : BBC News

Mati dipanah petir !!

Salam...

Rasanya baru je dengar anak gadis mati disambar petir. Kali ni melibatkan pekerja-pekerja ladang di Selangor. Difahamkan, diorang ni lari untuk berteduh di rumah kongsi berhampiran dengan tempat kerja mereka. Menurut saksi, mereka melihat rakan-rakan mereka berteduh sambil menjulurkan kaki ke dalam air dan kemudiannya kilat tiba-tiba menyambar.

Sumber : Harian Metro

Safee dengan Apek (K.Fahmi) main EPL ??

Salam..

1Malaysia dah tahu Tan Sri Tony Fernandes beli kelab liga Inggeris Queens Park Rangers (QTR). Makin lebar dah sayap dia. Makin jauh dah dia terbang. " Now Everyone can fly" bak katanya.

Dengar-dengar citer, kelab yang dibeli sedia uji pemain kita. Siapa lagi kalau bukan penyerang dan penjaga gol sensasi negara, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek).

Menurut ahli lembaga pengarah QTR, Datuk Kamarudin Meranun, pemilikan kelab EPL tu bukan sahaja nak untuk tujuan komersil, tapi jugak untuk pembangunan sukan bola sepak Malaysia. Menurutnya juga, ia bukan hanya ingin mengetengahkan pemain kebangsaan sahaja, tetapi juga memberi pendedahan kepada lebih ramai pemain muda pada masa akan datang.

"Now everyone can play" :-)


Nak buat blog masak-masak lah...

Salam...

Apa khabar semua ???  Hehe.. Bulan puasa ni mungkin ramai yang pergi bazar nak cari juadah mengikut selera masing-masingkan. Tak kurang juga yang masak sendiri juadah memenuhi selera untuk berbuka puasa nanti. Takkan nak makan makanan jenis yang samakan. Mesti dah bosan..

Haha.. Aku terpikir nak buat blog masak-masaklah.. Sebabnya... Sebagai manusia kita kena makan dan aku rasa rakyat Malaysia suka makan.. Termasuklah aku.. Haha..

Kad Raya VS Teknologi.

Salam...

Raya dah nak dekat... Teringat zaman aku kecik-kecik dulu, tak sabar-sabar tunggu bapak aku balik bawa kad raya yang dikirim oleh saudara-mara. Kad yang diterima akan dibalas. Seingat aku, kali terakhir aku terima kad raya adalah daripada teman-teman sekolah aku.. Kami bertukar-tukar kad raya untuk menyerikan lagi kedatangan Syawal.

Lepas tu dah tak de dah.. Malam raya, berpuluh-pulus SMS masuk pengganti kad raya.. Kad raya sedang bergelut dengan teknologi.. Bagi aku, kad raya lebih bermakna berbanding dengan SMS. SMS boleh kita padam, kad raya boleh simpan, tak pun buat hiasan di dinding..

Mungkin masa kot jadi penyebab ramai orang guna SMS. Tidak dinafikan, memang masih ada yang hantar kad raya sebagai penganti diri di hari lebaran. Semoga tradisi ini tidak pupus ditenggelami arus teknologi.

Iklan hari raya : Klik sini dan sini


:::~ Tak dapat kad raya, sms pun jadilah..

Pasar bukan Bazar...

Salam...

Dah lama terabai blog aku neh.. Dah bersarang agaknya.. Haha.. Aku jenguk-jenguk mcam tu je.. Yang tegur masa jalan-jalan tu terima kasih daun keladi, silalah datang lagi.. Tak sempat nak balas kunjungan anda semua.. Banyak sangat kerjanya.. hehe..

Sekarang ni dah masuk ke pertengahan ramadhan dah.. Lagu raya pun dah berkumandang kat radio.. Emm.. Bukan nak citer pasal raya.. Pasal raya nanti lepas ni.. Banyak lagi masa.. Haha.. Tahun ni, memandangkan cuti semester dipanjangkan sehingga ke bulan September, maka dapatlah berpuasa selama sebulan di kampung halaman tercinta..

Istimewanya kat rumah ni, kita boleh plan nak makan apa.. Nak makan, masak.. Hahaha.. Makan pun puas hati.. 

Cuma kat kampung ni, ada pasar je seminggu sekali.. Tak ada bazar.. Pasar yang seminggu sekali tu pun jual barangan kelengkapan dapur dan pakaian-pakaian serta bahan-bahan mentah.. Cukup berbeza dengan bazar yang seratus peratus jual barangan bermasak...

Mungkin dah tak ada peluang dah nak berpuasa di kampus lepas ni.. Akan ku rindui saat berkonvoi motor mencari juadah berbuka di saat warga kota mahu pulang ke rumah.. Bersesak-sesak di jalan raya dan bersesak-sesak mencari juadah..

Apapun bersyukur dengan apa yang ada.. Pasar pun meriah macam bazar jugak..

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...