klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Debaran MHS 2010/2011

Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk menanti saat berlangsungnya Minggu Haluan Siswa (MHS), Universiti Malaya (UM) bagi sesi 2010/2011. Pastinya debaran dalam kalangan Pembantu Mahasiswa (PM) UM kian terasa khususnya bagi mereka yang pertama kali terlibat dengan MHS. Mengendalikani MHS sebagai PM adalah tidak semudah ketika apa yang dilihat semasa kita menjalani MHS sebagai pelajar ataupun freshie. Hal ini kerana, sebagai seorang PM mereka harus mempersiapkan mental dan fizikal mereka bagi menghadapi pelbagai kemungkinan yang mungkin berlaku sepanjang perjalanan Minggu Haluan Siswa itu berlangsung.

PM juga bertanggungjawab sepenuhnya keatas setiap pelajar baru dalam menangani masalah yang mereka hadapi terutamnya dalam urusan pendaftaran universiti. Walaupun tugas ini agak berat namun amanah yang diberikan oleh pihak universiti dan kolej kediaman harus dipikul dengan penuh amanah dan istiqamah. Tiada yang mustahil jika semua ahli pasukan bersatu. Inilah semangat yang ada dalam setiap PM kolej-kolej kediaman dan PM Sentral yang bertanggungjawab secara langsung dalam membantu universiti. Apapun ini adalah pengalaman yang tidak ternilai harganya jika kita melakukannya dengan penuh iltizam dan semangat berkerja dalam satu pasukan.

Sepanjang MHS ini berlangsung pelbagai aktiviti dan program dirancang oleh pihak universiti bersama-sama PM bagi memastikan MHS pada kali ini lebih bermakna kepada pelajar baru. Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan pada MHS kali ini ialah acara tradisi dalam menyambut freshie atau sukan interaksi iaitu acara pukul bantal diatas tasik varsiti. Acara ini dicetuskan oleh Datuk TNC HEPA sewaktu majlis perasmian penutup Kem Induksi PM di Ulu Yam baru-baru ini. (Perincian mengenai aktiviti ini akan dilakukan selepas berakhirnya MHS.)

Apapun aku sangat berdebar ubtuk menanti saat ini. Walaupun kami mengendalikan Pelajar Antabangsa khususnya pelajar dibawah program pertukaran pelajar, namun kehangatan dan kemeriahan MHS kali ini tetap kami ikuti bersama pelajar tempatan dalam beberapa aktiviti. Tradisi UM yang tidak boleh dilupakan apabila tibanya MHS adalah tradisi lawan cheers antara kolej-kolej kediaman UM. Saat menjalani MHS sebagai pelajar tidak dapat dilupakan apabila Dewan Tunku Canselor digegarkan dengan cheers setiap kolej.

Kepada bakal junior kami, jangan takut untuk menghadapi minggu orientasi. Minggu orientasi sebenarnya adalah minggu pengenalan dan persediaan untuk anda mengahadapi hari-hari mendatang tanpa bergantung pada orang lain. dalam erti kata lain lebih berdikari. Jika selama ini, pelajar khususnya pelajar sekolah lebih bergantung kepada guru dalam melakukan pelbagai urusan. Jika tabiat ini diteruskan ketika berada diuniversiti, seseorang pelajar itu tidak boleh pergi dengan lebih jauh jika mereka tidak berdikari.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA PM.
SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI MALAYA.


Setahun di Bumi Malaya.

Sedar tak sedar, rupa-rupanya hari ini tanggal 28 Jun 2010 merupakan tarikh keramat aku menjejakkan kaki ke bumi Malaya ini. Walaupun pada awalnya hatiku sedikit kecewa kerana tidak mendapat apa yang aku inginkan, namun setelah melaui pelbagai suka dan duka akhirnya hatiku kini telah sebati dengan bumi Malaya ini. Aku berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada anggota Malaya yang telah terbukti sebagai yang terbaik di peringkat Dunia, Asia dan merupakan yang pertama di Malaysia. Rankingnya yang berada di tempat 180 dunia dan tangga ke- 38 Asia, menjadikan aku lebih bangga dapat berpijak di bumi Malaya ini. Pelbagai cabaran dan halangan aku telah tempuhi dalam masa setahun ini.

Mengimbau detik aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk berada di bumi Malaya ini, aku hanya ditemani oleh ayahku sahaja. Ibu dan adik-adikku tidak dapat hadir kerana aku dan ayahku menumpang kenderaan saudaraku yang kebetulannya pulang bercuti pada waktu itu. Aku tahu jauh dari sudut hati, mereka juga ingin melihat kejayaan anaknya memasuki universiti, namun apakan daya, kami tiada kemampuan itu. Namun aku bersyukur dan berterima kasih kepada saudaraku yang banyak membantu untuk aku berada di bumi Malaya ini.

Minggu Haluan Siswa (MHS). Sebagaimana biasa, bagi memberi pengenalan tentang Universiti Malaya (UM), minggu orientasi atau lebih dikenali sebagai MHS diadakan oleh pihak pentadbiran UM dengan dibantu oleh Kolej-kolej Kediaman seluruh UM dan Pembantu Mahasiswa (PM). Perkara yang pertama aku fikirkan sebelum menjalani MHS ini adalah ragging. Perkara ini normal dan sentiasa berlaku dimana-mana tempat sama ada universiti, sekolah dan kem-kem latihan. Namun setelah seminggu menjalani MHS ternyata perkara ini tidak berlaku dan kami diberikan penerangan mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menegah mahasiwa untuk melakukan ragging. Bahkan MHS di UM ini ternyata menyeronokkan dengan sorakan cheeers setiap kolej kediaman.

Di UM aku ditempatkan di Kolej Kediaman Kediaman Tun Ahmad Zaidi. Keunikan kolej ini adalah pada namanya iaitu nama Yang di Pertua Negeri Sarawak sempena mengiktiraf sumbangan kerajaan Negeri Sarawak dalam kos pembinaan kolej ini. Di sini aku banyak aku temui rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama tinggal sebumbung dan berjuang dalam medan ilmu yang terlampau banyak disini. Aku ditawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Di sini bnayak aku temui tokoh-tokoh hebat dalam bidang bahasa dan sastera. Perasaan teruja dan bangga membuatkan aku lebih menyayangi bumi Malaya ini.

Diharapkan UM akan terus maju kehadapan dan terus membanggakan penghuninya. UM is One. Kata-kata keramat yang membangkitkan semangat anggotanya untuk terus meletakan Malaya ke depan walau apa jua rintangan dan cabarannya. 

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...