klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Dari mana datangnya Nasi Goreng USA tuh??

Salam...

Bab makan lak kali ni.. Dah lama aku makan tapi tak tahu dari mana datangnya USA ni pada nasi goreng.. Waktu-waktu hujan macam ni, kalau makan ni, best neh... Aku rasa semua dah tahu macam mana rupanya Nasi Goreng USA ni kan. Ha!.. Ni gambar dia.. Aku pinjam ngan pakcik Google kejap.. 

Kredit kepada pemilik gambar


Kalau tengok nasi goreng neh kat kepuluan Asia je ada.. Kat Amerika dan eropah neh takde... Diorang makan fastfood.. Berdasarkan searching aku dalam hal nasi goreng ni.. Nasi goreng ni asalnya makanan orang tiongha. Diorang ni tak suka makan-makanan yang dingin-dingin, jadi gorenglah nasi yang tak habis. Rasanya orang Melayu pun macam tu kan?? Emm apapun asal usul nasi goreng ni, yang aku pelik kenapa diberi nama Nasi Goreng USA? Sape orang pertama yang beri nama ni?..

Nama-nama nasi goreng lain boleh diterima lagi ar, Nasi Goreng cina, Nasi Goreng Pataya.. Sebab nama tu, memang orang-orangnya makan nasi.. Hehehe.. Sape tahu?? Kita sama-sama cari.. Jom.......



4 Responses to Dari mana datangnya Nasi Goreng USA tuh??

  1. siapa la yang mencipta nama nasi goreng ni.. kedai makan wajib ada menu ni..

  2. A-Chik says:

    sal nasi goreng ni..aku pun dah lama nak tau dari mana asal usulnyer..

  3. Tanpa Nama says:

    Nasi Goreng USA = Nasi Goreng Udang Sotong Ayam

  4. Tanpa Nama says:

    dalam tahun 1997, dalam akhbar new strait times mula sebut ttg nasi goreng usa yang masa tu terkenal di kedai makan di area bukit bintang....dan pada masa itu, penulis menceritakan ttg nasi goreng usa adalah sebenarnya ringkasan untuk Udang Sotong Ayam yang diperkenalkan di area KL pada masa itu...

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...