klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Hari Merdeka

Alhamdulillah.. Tanggal 31 Ogos tiba lagi. Tarikh keramat ini memberi seribu makna buat sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mencapai tarikh ini. Menyingkap peristiwa sejarah disebalik tarikh 31 Ogos yang kita sambut saban tahun ini, tentunya ada peristiwa pahit manis, jerit perih yang telah dilalui oleh orang-orang terdahulu bagi memastikan anak cucu mereka dapat hidup senang dan merdeka. Tiada lain dalam hati dan jiwa mereka selain ingin memastikan nasib anak bangsa sentiasa terbela dan bebas daripada cengkaman penjajah.

53 tahun telah pun berlalu. Detik keramat menurunkan bendera penjajah tidak dapat disaksikan lagi, kecuali melalui rakaman yang dirakam pada waktu itu. Yang tinggal hanya catatan sejarah yang kian luntur dalam kalangan kita khususnya generasi muda. Sesuatu mesti dilakukan agar kedaulatan dan keamanan yang dikecapi pada hari ini berkekalan untuk generasi berikutnya.

SELAMAT HARI MERDEKA!

Animated



Kononnya nak buat yang animated. Tapi tak jadi, maka jadi ka macam ni je.

Kad Raya Aku

Eksklusif untuk semua yang singgah kat sini, haha.. Aku buat kad raya khas tahun ni. Siap ada gambar lagi tu. Tunggu dalam sedikit masa lagi, aku akan upload lak dalam facebook. Tapi sebelum tu, akan menjadi tatapan penyinggah laman ni. 


Semangat Merdeka.

Hmm.. Dah lama tak menjengah ke dalam dunia penulisan di alam maya ni. Dalam beberapa hari ni banyak benda berlaku di sekeliling aku. Beberapa hari yang lepas, aku mendapat berita sepupuku telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri dan dirahmati oleh Allah SWT. Amin.. Al-Fatihah untuknya. Al-Fatihah... Terkilan jugak rasanya tidak dapat melawat jenazah buat kali yang terakhir, tapi memandangkan jarak yang jauh dan keesokan harinya aku ada 'presentation', tak dapatlah aku balik kampung. Keluarga aku pun tak galakkan aku balik sebab aku sedang belajar. Yang pergi takkan kembali dan yang hidup ini hanya mampu mengirimkan doa untuknya di sana. 

Kebetulan bulan Ramadhan yang mulia ni juga merupakan bulan sambutan hari kemerdekaan bagi negara kita yang tercinta Malaysia. Dah 53 tahun negara ni Merdeka. Jika lihat sejarah, tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Husien Onn, Tun HS Lee, Tun Sambathan dan ramai lagi telah bersungguh-sungguh berusaha bagi mencapai kemerdekaan Malaya daripada pihak British. Perpaduan dapat dibentuk bagi meyakinkan British kita rakyat Tanah Melayu pada ketika itu, walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, kita boleh bersatu. Hasil usaha pejuang kemerdekaan dan doa rakyat Tanah Melayu pada ketika itu, maka persetujuan telah dicapai dan Tanah Melayu diishtiharkan Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setiap tahun kita akan menyambut hari kemerdekaan. Setiap bulan Ogos akan diadakan sambutan bulan kemerdekaan. Pengisian bulan kemerdekaan ini adalah bagi memperingati jasa dan pengorbanan pejuang tanah air serta memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat Melaysia. Antara usaha yang dijalankan oleh pihak yang berkenaan dalam program bulan kemerdekaan ini adalah kempen mengibarkan jalur gemilang. Tetapi, kempen ini bagai tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyat. Tak tahu kenapa. Jika ditanya, alasan sibuk bekerja pasti akan muncul di bibir manis mereka. Inilah sikap kita.

Jalur Gemilang


Kalau aku dulu, setiap kali tiba bulan Ogos ni, bulan nilah yang paling aku tunggu. Di setiap sekolah pasti ada meraikan dan menyambut bulan kemerdekaan ini. Tapi ada ke sambutan kemerdekaan di tempat kerja. Walaupun 31 Ogos diberikan cuti, namun berapa ramaikah yang pergi menyambutnya. Memanglah semangat patriotik kita bukan dizahirkan dengan menghadiri program kemerdekaan, tetapi sesuatu perkara itu mesti dizahirkan untuk membuktikan kita bersungguh-sungguh sayangkan negara ni. Banyak cara, terpulang pada kita bagaimana kita hendak meraikannya.

Budak ni nak jadi pemimpin kot


Kanak-kanak patut diberi pendedahan yang khusus tentang kemerdekaan ni, kalau tak sampai bila pun mereka takkan tahu dan tak dapat hayati apa erti kemerdekaan tu. Sekarang ni pun negara kita sedang dijajah secara halus oleh barat. Mana taknya, anak muda sekarang ni lebih pentingkan gaya hidup barat berbanding adat dan budaya sendiri. Katanya barat lebih moden dan trendy. Entahlah, aku pun tak faham dengan diorang ni.

Anak Merdeka.

Apapun selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-53 Malaysia. Kemajuan yang ada hari ini sematang usiamu. Merdeka! Merdeka !

Give me an Idea Please!

So hard to think what i want to write! Ha. Pertama kali ni speaking la sikit. Nak banyak tu tak la aku retikan. Tu pun tak tau la betul ke tak tuh. Agak-agaknya betullah tu. Bukan apa, bahasa omputih ni kata orang penting, tapi bagi aku penting-penting gak, bahasa kebangsaan tu yang kena agungkan. Aku sangat-sangat respect, siap boleh bagi tabik 'spring' yang bergetar-getar lagi kat negara-negara macam Jepun, Korea Selatan dan China. Diorang-diorang ni, guna bahasa ibunda mereka kat mana-mana je. Sampai kalau melawat negara orang pun terkongkang-kongkag nak tanya. Tapi diorang ni nak kata tak maju, maju beb. Boleh majukan negara guna bahasa sendiri je. tak perlu guna bahasa mat dan minah salleh pakai hari-hari tu nak maju. Tapi kita? Sampai bila la gamaknya..

Ish-ish. Da banyak melalut nih. Bukan apa, masa dalam kelas ada lak idea. Bila mengahadap benda alah ni, tak dak la pulak dia. Katanya lecturer aku tu, kadang-kadang ilham ni bila-bila masa je dia leh datang kat kita, terutamanya ketika sedang membuat pelaburan jangka pendek. Tak kira masa. Kau tak pikir pun dia memang datang. Kadang-kadang yang baik. Kadang-kadang yang tak baik. Terserahlah nak pilih yang mana satu. Lagi lama pelaburan yang dibuat, semakin menjadi-jadi hasilnya. Tapi kadang-kadang tu tak de langsung kan. Macam mana tuh.

Dikisahkannya la, takut anda-anda semua ni pening. Aku ni sebenarnya ditugaskan tuk tulis sebuah cerpen la kiranya. Tapi kan. Aku ni karangan SPM pun tak pernah dapat A. Ni kan pula nak buat sebuah cerpen yang mempunyai jalan cerita. Jadi sangatlah kekeringan idea aku ni. Tak tahu nak tulis apakebenda. Itu pasallah tajuk entri aku tu macam ala-ala Inggeris gitu. Haha.

Berdasarkan apa yang dikuliahkan. Katanya permulaan citer tu kenalah buat unsur-unsur saspen. Boleh buat pembaca.... JENG JENG JENG. Nak tahu apa yang terjadi seterusnya dan seterusnya dan seterusnya sampai la citer tu abis. Pas tu dia cakap, kalau nak mudah buat citer pasal ada kaitan dengan hidup kita. Peristiwa yang paling meninggalkan kesan dalam hidup. Mana la aku nak korek peristiwa yang meninggalkan kesan dalam hidup aku neh.

Takkan la aku nak citer pasal time masuk UM kot. tapi tak tinggal kesan kot. Cuma yang terkesannya aku ni menggalas harapan kedua ibu bapa aku. Tu paling besar. Tapi tak de la unsur-unsur saspen tu. Aiyo. Macam mana la penulis-penulis terkemuka tu menulis sampai boleh buat duit tu. Macam mana la diorang dapat idea nak tulis tuh. Macam mana la aku nak jadi macam diorang ni. Leh buat duit tu. Haha.

Ha. Ada satu part lecturer aku bagi petua. Kalau nak jadi penulis yang baik, kenalah jadi PEMBACA yang baik. AH. Ni yang paling aku... bukan tak suka tapi kurang. Nak kata aku ni tak baca. aku baca la jugak. Tapi time pembacaan aku tu ikut mood. Kalau aku rasa menarik nak baca tu baru aku baca. Kalau tak. Hum. Au buat tak tahu je lah. Melainkan terpaksa baca dan kalaulah ada orang bayar untuk baca kan best. Haha. Ada ke, kalau ada orang nak bayar aku nak. Haha. Leh jadi income tuk aku tuh. Disaat kekeringan duit sekarang ini.

Emm. Oklah tu kot. Idea pun tak dak. Nak tulis pun takdak modal neh. Kalau korang-korang ada idea nak "share-share" ke. Boleh la bagitau aku erk. Bukan apa, susah gak bagi aku yang tak reti nak menulis neh. Blog aku ni pun syok sendiri je aku rasa. Ye la. Aku sedar akan perkara itu. Haha. Tapi....! Ada aku Kisah! haha.

Puisi Karya Firdaus Abdullah


Hari ni aku nak kongsi sikit puisi yang aku belajar dengan korang semua. Puisi ni tergolong dalam puisi lirik. Menurut lecturer aku tu, terdapat beberapa ciri kita nak kenal puisi lirik ni iaitu:
  1. Bersifat subjektif- biasanya mengambarkan perasaan penulis atau penyair itu sendiri. Selalunya dikaitkan dengan emosi yang negatif seperti kecewa, sedih. Sering juga dikaitkan dengan hati dan perasaan penulis
  2. Ada unsur alam
  3. Ungkapan, perasaan dan pemikiran penulis/penyair
  4. Autobiografi- puisi boleh mengambarkan keperibadian seseorang penulis/penyair puisi tersebut dalam karyanya. Kita boleh mentafsir bagaimana keadaan dan perasaan penulis pada ketika dia menulis puisi tersebut
  5. Perlambangan.- Dikaitkan dengan unsur alam yang enjadi perlambangan terhadap apa yang ingin disampaikan oleh penyair.
Contoh puisi:

Pantun Tiada Bernama
(Firdaus Abdullah)

Entahkan iya entahkan tidak
rahsia hati berhutan rimba
burung rendah mengembang kepak
gerangan di mana sarang tempua

Entahkan iya entahkan tidak
lautan hati alangkah dalam
apa upaya mengesan jejak
jejak ditimpa hujan malam

Entahkan iya entahkan tidak
memang hati bukannya batu
apakah daya menahan ombak
pantai dihempas berubah tentu

Entahkan iya entahkan tidak
hati muda ubah berubah
guruh ada hujannya tidak
dua tempayan air tertumpah

Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah merupakan pemegang kerusi karyawan tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya Kuala Lumpur.


Hari yang bosan

Memang bosan kalu tak de apa yang nak dibuat neh. Roommate, kawan-kawan yang dekat tu semua bali. Rasa cemburu pulak. Yelah, kita bersusah-susah kena cari juadah, mereka-mereka ni dapatlah merasa maknan mak kan.. Sedih la jugak tak dapat merasa permulaan Ramadhan kali ni bersama keluarga. Haha.. Boleh jadi nostalgia ramadhan neh. Kalau aku buat drama ke, filem ke, agak-agak laku tak. Alah, Diari Ramadhan si budak rafique tu laku. Ramai lak orang tengaok. hehe.. nanti la aku lanti korang-korang semua jadi penulis skrip dan pengarah serta yang sekutu dengannya.. haha


Nak citer sal bosan ni.. BOSAN.. haha dua suku kata tu BO + SAN @ BOS + -AN.. haha pandai-pandai je aku kan.. nanti la aku rujuk balik.. hehe.. aku memang tido je.. nak buat apa.. takde benda nak buat walaupun pada hakikatnya ada la kan.. Opkos.. Asaimen memang tolak tepi.. Fobia.. haha.. sebenarnya aku leceh la kalau asaimen group neh.. Kalau aku bersungguh nak buat ada la orang tak bersungguh-sungguh nak buat.. Sungguh! Serius.. Kadang-kadang boleh jadi terbalik tu.. haha.. Tapi tak la macam sesetegah orangkan.. Aku kalau buat, aku buat betul-betul, tak main-main.. hehe

Nak baca buku, konpem tidur lepas tu. Bukan jenis ulat buku aku ni.. MUKABUKU rajin la.. Hari-hari.. Bukan aku je kan.. Korang pun sama je.. haha.. sampai setiap function dalam MUKABUKU tu korang hafal la.. Kan bagus kalau dalam MUKABUKU tu ada subjek yang kita belajar kan.. Tak la buang masa..  Aku bukan apa, pada dasarnya memang la aku buka MUKABUKU tu, tapi hakikatnya aku tak peduli pun.. haha ( ayat cover neh).. 

Apa lagi erk.. entahlah.. sunyi la jugak.. yang tiggal hanya tiga je ni.. K, S, J1, dan J2. J2 dah balik. Ha, mesti tak fahamkan.. Sat-sat.. Asalnya ada 8 orang, K1, K2, S,  J1, J2, J3, M dan SL. J3 balik 2 hari yang lepas. J2 baru balik hari ni. M pulak entah bila dia balik. K1 balik petang semalam. Jadi yang tggl K2, S dan J1. Andailah J1 tu balik maka tinggal la K2 dengan S yang memang tak boleh nak balik kerana jauh.. haha korang paham ke tak paham ke.. buat-buatla faham ye.. aku pun tak berapa nak faham gak neh.. haha

Puasa... Ha! Hari pertama puasa tu ada la nak cuba pegi bazar ramadhan kat Kerinchi. Ya Allah.. Punye lah jem.. Mungkin permulaan ramadhan kot. Orang ramai excited nak beli juadah berbuka + orang balik kerje lak. Maka bertambahlah jemnye. Kalau jem roti tu leh la makan-makan.. OPss puasa time tu.. tak boleh la.. haha.. tapi hari minggu ni, aku dapat berita tak jem.. orang tak kerje la ka.. mungkin isteri-isteri masak kot.. entahlah.. tapi aku tak pergi..

Daripada aku membebel entah apa-apa lagi, baik aku berenti.. haha.. bye..
Selamat meneruskan ibadah puasa.. kalu tak tak nikmat nak raya.. hehe
Assalamualaikum..

Menunggu Cuti

Hehe.. Tajuk! Bukan apa, sudah tiga bulan kot aku kat KL ni.. Rasa rindu lak kat Mak Ayah kat kampung tu. Apapun Ramadhan mengajar erti kesabaran. Setelah ku menggatal buat researh pasal Ultraman ni entri aku yang kedua pada hari yang sama.. Haha.. walaupun aku tak tahu nak tulis pasal apa sebenarnya.. Lagipun aku ni bukannya macam otai-otai blogger yang lain kan..

Ha.. Buat kali yang entah keberapa kalinya.. Aku nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramdhan ni.. Sekali lagi kita dipertemukan dengan Ramadhan. Semoga kehadiran ramadhan kali ini menjadi lebih baik untuk kita mempertingkatkan amal ibadah kita. da jadi macam ustaz da..

Seperti biasa, menjadi fobia bagi aku dan rakan-rakan.. tiket raya.. Aku sangat bernasib baik kali ni kerana aku dapat tiket pergi dan balik.. Aku tersangatlah heran.. Belum puasa tiket dah abis tu sektor pntai timur.. Ramainya orang-orang kampung aku kat KL ni... Memang panas gak ar kalau tiket abis.. takkan nak beraya kat stesen bas, stesen keteapi kor..


Setahu aku, sekarang ni tiket bas masih ada.. Tiket keteapi tu aku tak konpem.. rasa-rasa abis dah kot.. Aku pun dapat kelas dua je ni... Agak mahal jugak la disini berbanding dengan tiket biasa yang aku selau ambik.. huhu.. mahal pun tak pe.. janji leh balik kampung tuk raya.. haha.. orang sanggup buat apa saje janji leh balik raya kan..


Aku ada la cadangan tuk orang-orang kampung aku yang tak de tiket tu. Apa kata:


  1. Korang ambik bas pegi kuala lipis. Bas ke Kuala Lipis ni sentiasa ada rasanya. Coz die macam bus shuttle antara bandar. So jangan risau pasal tiket bas tu.. harga tu tak pasti la.. Korang tanya la kwan-kawan yang kat lipis tuh..
  2. Keduanya korang naik la tren ke kelantan.. kan-kan.. kete api pegi kelantan ada dalam pukul 1 kat lipis.. hehe.. tapi tak tau la sekarang kut time berubah.. heh
  3. Ha.. Lastly.. korang pastila kena gerak awal pagi lagi.. kalau tak plan ni tak jadi..
  4. Oppss.. rasanya ada jugak bas dari gua musang ke lipis.. so boleh la naik kan


"Charger" buat hal...

Memang dugaan ar hari ni... Tengah-tengah shok buat presentation, tiba-tiba pulak padam.. maka bergegaslah kawan aku pergi amik charger tu. Lepas cucuk tu tak sampai lima minit padam pulak... dugaan bulan puasa agaknya.. bersabar je lah..


Setelah aku selidiki, laptop aku dalam keadaan baik, charger die je buat hal ni.. Agak mahal jugak charger neh... tapi memang terpaksa kena beli la jugak kerana asaimen-asaimen sedang beratur menunggu aku untuk membuatnya...

Mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan charger aku rosak:
  • Mungkin aku biarkan terlalu lama charger itu berada di "plug" tanpa memadamkan suisnya.
  • Terlalu kerap menggunakannya tanpa padam
  • Biarkan mcam tu je
  • memang dia dah nak rosak kot
  • Dia nak aku sedekahkan kepada tauke kedai komputer di Digital Mall atau Low Yat
  • Tak mahu aku online kerap sangat kot
Apapun semua masalah ni mesti diselesaikan segera... Kalau tak tak dapatlah aku bukak komputer aku kan?
So.. BIla tu tak tahu la lagi.. Mungkin..... entahlah....

Kembara




Wah..!! Tajuk nak gempak.. Kembara la kononnya, mana taknya.. bermula tepat jam 6.45 petang di bilik, aku menaiki motosikal sahabatku untuk ke Stesen Universiti kat tepi Federal Highway tu la. Ha.. tunggu lima minit maka datangla LRT yang 2 koc.. Aku jangka yang 4 koc.. Bersesak-sesak la aku dalam LRT tu semalam. Giler nak sampai Wangsa Maju kat tempat saudara aku tu jauh amat dan kelenguhan. Aku sampai Wangsa Maju terus je memulakan penerokaan gara-gara mals nak call sepupu aku tu. Nasib baik aku ada belajar Geografi dulu, Cikgu geografi aku pernah kata, "kalau ko masuk utan ke, bandar ke, ko kena ingat petanda yang mudah ko ingat, baru ko jumpa jalan keluar, tak pun orang senang nak cari ko" . Senang citernye, aku teringat la masjid masa first time aku pergi rumah saudara aku tu. 

Servey punye servey, cari dan cari, akhirnya aku jumpa gak blok kat Seksyen 2 Wangsa Maju tu. Ha.. Aku pergi nak makan buah yang makcik, pakcik dan nenek aku yang datang bawa dari kampung. Tak pergikan serba salah lak. Orang datang dari jauh semata-mata nak bagi kita makan buah takut tak sempat nak makan dikhuatiri habis sebelum cuti raya. Jadi aku pun pergilah. Durian, rambutan, manggis, salak dan apa lagi entah. Aku tak makan sangat sebenarnya. Jadi seadanyalah aku makan. Mak cik aku suh bawak balik buah-buah tu sikit tuk di bahagi-bahagikan kepada kawan katanya. 

Balik tu pak cik aku yang Shah Alam pulak call. Semalam lagi die suh pi rumah die. Ni pasal orang yang nak hantar notebook tu. Aku pergi tak lama, dalam tengah hari aku balik UM balik. Tu la kembara aku satu hari satu malam la jugak kan. Dalam pengembaraan tu pelbagai la kononya pengalaman. Haha..

Antaranya: Mesti korang semua masih lagi ingat tentang pelancaran Koc Komuter khas untuk golongan wanita. Kalau tak ingat cuba korang baca Berita Harian ni. Pas tu korang tengok gambar-gambar ni. Gambar ni bukan aku yang tangkap, aku amik dari Mr. Google je. Maklum la tak de kamera canggih.

Ni logo die kat koc tu
Ni la kot rupanya..


Ni la yang nak aku citer..

Panjang lebar aku duk membebel sal kembara, ni dalam kembara tu jugak la. Masa nak balik ke Malaya dari Shah Alam. Ha! gambar atas tu memang la pinjam ngan pak cik Google. Tapi cerita die benar-benar terjadi depan mata aku. Seperti bijak pandai dan budak sekolah darjah satu baca Koc Wanita @ Ladies Coach.Sah-sah la koc tu untuk perempuan @ wanita. Yang laki menggatal nak masuk tu pehal. Tapi setakat ni, apa yang aku tahu la, lelaki memang tidak dibenarkan untuk masuk koc wanita, tetapi wanita bebas tuk menentukan pilihan sama ada nak masuk koc tuk diorang ke nak masuk koc biasa yang campur. tapi yang meluatnya tengok pasangan anak muda yang berkasih-kasihan tanpa segan dan silu. Aiseh... Aku pun malu beb. Kalau isteri pn ada had jugak nak tayang-tayang, ni kan pulak yang tak de pape. Hish! Apa nak jadi.

Langkah yang diperkenal KTM tu baik sebenarnya, tapi keprihatinan masyarakat tu yang rendah. Takkan nak kena denda baru nak buat kot. Macam pahat ngan tukul je. Haih. Apa la! So nak tak nak KTM kena kuatkuasa denda la nampaknya. Takkan nak letakkan kaki tangan 24 jam kot. Mereka pun ada tugas lain yang lebih penting kiranya. Hal yang simple jangan dirumitkan. Kita tu yang kena prihatin. 

Yang wanita pulak, dah ada koc tuk awak tu, pandai-pandai la masuk koc yang disediakan, barulah terjamin keselamatan. NI nak menggatal gak masuk koc yang biasa. Apapun semuanya terletak pada hati masing-masing. Tanya hati dan renung-renungkanlah...

Kau Hadir



video


Kau Hadir

Album: Insan Istimewa
Munsyid : Deahearty
http://liriknasyid.com



Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman 
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa 

Kuterima segala 
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba 

Lagu : Yasin Sulaiman (Hush Entertainment)
Lirik : Yasin Sulaiman (Hush Entertainment)







Cari Templete Terbaik...

Memandangkan aku free hari jadi aku pun menge"search" la tenet ni nak tengok templete-templete terbaik tuk blog aku yang tak seberapa neh. Bukan apa kadang-kala nak gak jadi bloger yang aku knal ni macam senior aku yang blog die agak gempak. Nama die orang panggil Mail. So nak la jugak aku meg"improve"kan diri aku ni tuk jadi bloger yang baik walaupun pada hakikatnya tak de apa input yang nak aku kongsikan melainkan merapu dan rapu dan alik-alik makan kayu penyapu. Haha...

Apapun aku akan cuba gak memastikan blog aku neh penuh dengan informasi yang sesuai tuk segenap lapisan masyarakat di Malaysia ni. Ha memandangkan kawan aku si Ain ada gak blog. Jadi aku nak la jadikan persaingan yang tidak sihat ni dgn die. Haha.. Kemenangan dikira berdasarkan kehendak aku la sebab aku yang buat contest ni. Akan aku upgrade kan blog ni lpas ni. ( Kalaulah masa aku ada tuk benda-benda ni semua) AHHHHH.. tak kira nak jugak... Akan aku pastikan yang terbaru, terbaik, dan terhangat hanyalah di............... 

HAHAHAHAHHA.............. 

TAHNIAH...

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Graduan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya khususnya yang akan berkonvo esok. Haha.. formal punye ayat. Apapun Tahniah kepada senior-senior yang aku kenal tu. Taknak la sebut nama, nanti penuh lak entri ni dengan nama-nama senior aku tu..

Semoga anda semua kan berjaya di alam pekerjaan dan apa jua bidang yang akan anda semua.. haha ni lagu tuk anda..

No Title...

Asal pelik lak " No Title" tu tajuk ape?? Pape je lah. Aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya kali ni. Aku punye presentation tuk minggu ni sudah diselesaikan. Teramatlah kega di dalam hati sanubari aku neh. Mana taknye, tension gak kalau ada soalan yang tak patut di tanya masa present tu. Agak-agak ar nak tye pun. Da lecture suh ulas buku, tye la soalan pasal buku, ni tye soalan yg takdak kaitan langsung. Haih!! Manusia ni banyak tul ragamnya. Bila nak aman.... Tak kisahlah, janji aku da selesai present.. Nanti sampai turn die, aku lak nak mengarut, ingat aku tak boleh nak karut...

Haha... aku ni tak de la jahat sangat... jangan di risau.. perkara itu mungkin tak akan berlaku.. Ha pasal entri kali ni.. wlaupun tajuknya "No Tittle" aku nak citer sal Festival KOnvo yang berlaku kat UM neh.. Da masuk dua hari festival ni berlangsung. Macam-macam ada. Apa yang korang nak. Makanan, kuih-muih, biskut, bunga, patung, gift2 nak bagi kat orang kovo, dan banyak lagi. Tapi aku pun tak abis pusing lagi.. Tadi pun pusing sebelah DTC je. Kat KPS tak sempat agi.. Letih giler. Nanti la bila-bila aku free nak gi sambung kat KPS lak.

HA! Perkara paling penting sebagai rakyat Malaysia. Daftar pemilih! Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih. Jika belum, cepat2 la pegi daftar. Sempena FESKUM ni gak diorang ada bukak kaunter tuk daftar pemilih. So da takder alasan lagi tuk korang taknak daftar ye. Satu undi menentukan masa depan negara. Jangan lupa ya.!

Apa lagi erk.. entahlah.. aku pun da tak tau nak tulis apa. Sebabtulah aku tak leh nak jadi blogger pro.. Tak tau nak tulis apa-apa.. Kadang2 ada rasa "menyegat" nak tulis tu, aku tulis, tyme malas tu memang malas giler ahh... Asaimen aku pun tak tau nak buat macam mana neh. Nak kena tulis cerpen. Dah la daya imaginasi aku ni igt sal Otemen, doremon ngan Detective Conan je. Kadang2 sal power rangers. Haih! macam mana neh.. Aku baca cerpen yang org tulis bapak punye gempak... ada cerpem tu boleh buat pembaca ikut emosi penulis yang menulis cerpen tu. Kalu cerpen tu sedi, sedih la pembaca tu.. Aku kalau boleh nak jadi macam diorang la... tapi tak tau la cek.. Dapet ko tak neh... Coba lah dulu.. Lau tak jadi pun takpo.. Namo pon blajo kan.. 

Aku da buntu dah ni.. K lah.. kalau ada input nnti aku tulis scra formal lak.. cita-cita nak ambik Phd. so kenalah byk membaca dan menuliskan... haha.. Insya-Allah..

Macam-macam berlaku.

Dalam tempoh seminggu neh, macam-macam perkara telah berlaku. So aku akan ceritakan satu persatu dari awal hingglah ke akhirnya. Cerita pertama: Seluruh warga UM dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajar PASUM (Pusat Asasi Sains UM) mati terjatuh dari bangunan. Fisrt2 aku tau citer ni macam aku tak caya lak. Tapi citer ni betul2 berlaku setelah disahkan. Al-Fatihah untuk arwah. Dengar-dengar citernye arwah tertinggal barang di dalam bilik kawannya dan ingin mengambil balik barangnya itu. Versi sebenar citer hanya arwah, kawan-kawan terdekat yang tahu dan Allah sahaja yang tahu.

Semasa berlakunya peristiwa ini.aku dan rakan-rakan aku sedang buat persiapan untuk program HATI @ Hari Interaksi APM. Nak kata terkejut tu memang terkejut la kan. Tapi kerja mesti diteruskan. Setelah selesai persiapan kami pun tunggulah hari kejadian berlangsungnya HATI ni. Alhamdulillah HATI berlangsung dengan baik wa;aupun aku sedikit bosan kerana tak dapat nak join aktiviti kerana hal-hal teknikal. Nak buat macam mana dah tugas aku. So tak dapatlah aku beramah mesra dengan junior-junior tu dengan baik. Apapun sekalung tahniah dan penghargaan buat Team Hati 2010/2011.



Sekarang ni pulak sedang berlangsung Festival Konvokesyen UM atau ringkasnya FESKUM. Feskum ni diadakan untuk meraikan graduan-graduan yang telah berjaya menamatkan sesi pengajian mereka. Tahniah kepada semua graduan UM yang telah berjaya terutamanya kepada senior-senior aku kat APM tu. TAHNIAH. Rasa macam cepat je masa berlalu. Sedar tak sedar aku dah masuk tahun kedua dah.  Harap-harap aku dapat menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang. Chaiyok!!


Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...