klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Syukuri nikmat Merdeka 55 Tahun.

Salam kemerdekaan dan salam Aidilfitri....

Sudah 55 tahun Malaysia merdeka. Pengorbanan generasi terdahulu harus dikenang dan disemat dalam hati agar masa depan negara ini tidak tergadai pada masa hadapan.

Selamat Hari Merdeka Malaysia.

Pengembaraan Korea : Bahagian 1

Salam...

Ketibaan

Alhamdulillah, kami dengan selamatnya tiba di Korea selatan dengan penerbangan Air Asia X D7 504 pada jam 4.20 petang waktu korea. Penerbangan mengambil masa 6 jam 20 minit secara terus dari Terminal Penerbangan Murah LCCT ke Incheon International Airport ke Korea.

Setibanya di airport, kami dijemput oleh petugas khas daripada INHA University yang sedia menunggu kami di Pintu 12 Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Kami meneruskan perjalanan ke kampus dengan menaiki bas. Apa yang menariknya, lapangan terbang tersebut berada di sebuah pulau yang khusus iaitu di  Yeongjong Island . Kami merentasi jambatan Incheon yang panjangnya 21.38km.

Tiba di Inha Dormitory


Setelah menmpuh perjalanan lebih kurang 30 minit dari airport, kami tiba di hostel  pertama Inha. Setelah itu, kami berbuka puasa yang disediakan oleh pihak hostel yang menyajikan makanan korea. Nak rasa makanan Malaysia memang tak dapatlah. Nasib baik dah pergi bazar sebelum datang sini. 

Hari Kedua di INHA@Incheon.

Kami sebenarnya tiba awal dua hari daripada tarikh yang sepatutnya. Kesempatan tu, kami gunakan untuk melawat sekitar INHA. Hostel atau di sini diorang panggil Dormitory tu tidak jauh daripada kampus. Oleh kerana Korea sekarang ini sedang mengalami musim panas, cuaca di sini agak menganggu perjalanan kami dengan suhu purata dalam lingkungan 30-35 darjah celcius. 

Main Building

Memorial Library

Simbol INHA University





Hari yang berikutnya

29 Julai, Majlis pembukaan Summer School Program di Hana Hall, Main Building, INHA University. Satu perkara yang menarik perhatian aku, majlisnya ringkas dengan protokal yang minima tidak seperti mana-mana majlis perasmian yang pernah aku hadari di Malaysia. Mungkin budaya kerja orang-orang sendiri yang sentiasa cepat, dan berkesan.

Maka, bermulalah minggu pertama dengan kelas-kelas yang telah UM daftarkan untuk kami. Tiga kelas yang diambil ialah Bahasa Korea, Kebudayaan Korea dan satu kelas elektif, Teknologi Moden ke arah Masa depan.




Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...