klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Give me an Idea Please!

So hard to think what i want to write! Ha. Pertama kali ni speaking la sikit. Nak banyak tu tak la aku retikan. Tu pun tak tau la betul ke tak tuh. Agak-agaknya betullah tu. Bukan apa, bahasa omputih ni kata orang penting, tapi bagi aku penting-penting gak, bahasa kebangsaan tu yang kena agungkan. Aku sangat-sangat respect, siap boleh bagi tabik 'spring' yang bergetar-getar lagi kat negara-negara macam Jepun, Korea Selatan dan China. Diorang-diorang ni, guna bahasa ibunda mereka kat mana-mana je. Sampai kalau melawat negara orang pun terkongkang-kongkag nak tanya. Tapi diorang ni nak kata tak maju, maju beb. Boleh majukan negara guna bahasa sendiri je. tak perlu guna bahasa mat dan minah salleh pakai hari-hari tu nak maju. Tapi kita? Sampai bila la gamaknya..

Ish-ish. Da banyak melalut nih. Bukan apa, masa dalam kelas ada lak idea. Bila mengahadap benda alah ni, tak dak la pulak dia. Katanya lecturer aku tu, kadang-kadang ilham ni bila-bila masa je dia leh datang kat kita, terutamanya ketika sedang membuat pelaburan jangka pendek. Tak kira masa. Kau tak pikir pun dia memang datang. Kadang-kadang yang baik. Kadang-kadang yang tak baik. Terserahlah nak pilih yang mana satu. Lagi lama pelaburan yang dibuat, semakin menjadi-jadi hasilnya. Tapi kadang-kadang tu tak de langsung kan. Macam mana tuh.

Dikisahkannya la, takut anda-anda semua ni pening. Aku ni sebenarnya ditugaskan tuk tulis sebuah cerpen la kiranya. Tapi kan. Aku ni karangan SPM pun tak pernah dapat A. Ni kan pula nak buat sebuah cerpen yang mempunyai jalan cerita. Jadi sangatlah kekeringan idea aku ni. Tak tahu nak tulis apakebenda. Itu pasallah tajuk entri aku tu macam ala-ala Inggeris gitu. Haha.

Berdasarkan apa yang dikuliahkan. Katanya permulaan citer tu kenalah buat unsur-unsur saspen. Boleh buat pembaca.... JENG JENG JENG. Nak tahu apa yang terjadi seterusnya dan seterusnya dan seterusnya sampai la citer tu abis. Pas tu dia cakap, kalau nak mudah buat citer pasal ada kaitan dengan hidup kita. Peristiwa yang paling meninggalkan kesan dalam hidup. Mana la aku nak korek peristiwa yang meninggalkan kesan dalam hidup aku neh.

Takkan la aku nak citer pasal time masuk UM kot. tapi tak tinggal kesan kot. Cuma yang terkesannya aku ni menggalas harapan kedua ibu bapa aku. Tu paling besar. Tapi tak de la unsur-unsur saspen tu. Aiyo. Macam mana la penulis-penulis terkemuka tu menulis sampai boleh buat duit tu. Macam mana la diorang dapat idea nak tulis tuh. Macam mana la aku nak jadi macam diorang ni. Leh buat duit tu. Haha.

Ha. Ada satu part lecturer aku bagi petua. Kalau nak jadi penulis yang baik, kenalah jadi PEMBACA yang baik. AH. Ni yang paling aku... bukan tak suka tapi kurang. Nak kata aku ni tak baca. aku baca la jugak. Tapi time pembacaan aku tu ikut mood. Kalau aku rasa menarik nak baca tu baru aku baca. Kalau tak. Hum. Au buat tak tahu je lah. Melainkan terpaksa baca dan kalaulah ada orang bayar untuk baca kan best. Haha. Ada ke, kalau ada orang nak bayar aku nak. Haha. Leh jadi income tuk aku tuh. Disaat kekeringan duit sekarang ini.

Emm. Oklah tu kot. Idea pun tak dak. Nak tulis pun takdak modal neh. Kalau korang-korang ada idea nak "share-share" ke. Boleh la bagitau aku erk. Bukan apa, susah gak bagi aku yang tak reti nak menulis neh. Blog aku ni pun syok sendiri je aku rasa. Ye la. Aku sedar akan perkara itu. Haha. Tapi....! Ada aku Kisah! haha.

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...