klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Semangat Merdeka.

Hmm.. Dah lama tak menjengah ke dalam dunia penulisan di alam maya ni. Dalam beberapa hari ni banyak benda berlaku di sekeliling aku. Beberapa hari yang lepas, aku mendapat berita sepupuku telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri dan dirahmati oleh Allah SWT. Amin.. Al-Fatihah untuknya. Al-Fatihah... Terkilan jugak rasanya tidak dapat melawat jenazah buat kali yang terakhir, tapi memandangkan jarak yang jauh dan keesokan harinya aku ada 'presentation', tak dapatlah aku balik kampung. Keluarga aku pun tak galakkan aku balik sebab aku sedang belajar. Yang pergi takkan kembali dan yang hidup ini hanya mampu mengirimkan doa untuknya di sana. 

Kebetulan bulan Ramadhan yang mulia ni juga merupakan bulan sambutan hari kemerdekaan bagi negara kita yang tercinta Malaysia. Dah 53 tahun negara ni Merdeka. Jika lihat sejarah, tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Husien Onn, Tun HS Lee, Tun Sambathan dan ramai lagi telah bersungguh-sungguh berusaha bagi mencapai kemerdekaan Malaya daripada pihak British. Perpaduan dapat dibentuk bagi meyakinkan British kita rakyat Tanah Melayu pada ketika itu, walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, kita boleh bersatu. Hasil usaha pejuang kemerdekaan dan doa rakyat Tanah Melayu pada ketika itu, maka persetujuan telah dicapai dan Tanah Melayu diishtiharkan Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setiap tahun kita akan menyambut hari kemerdekaan. Setiap bulan Ogos akan diadakan sambutan bulan kemerdekaan. Pengisian bulan kemerdekaan ini adalah bagi memperingati jasa dan pengorbanan pejuang tanah air serta memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat Melaysia. Antara usaha yang dijalankan oleh pihak yang berkenaan dalam program bulan kemerdekaan ini adalah kempen mengibarkan jalur gemilang. Tetapi, kempen ini bagai tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyat. Tak tahu kenapa. Jika ditanya, alasan sibuk bekerja pasti akan muncul di bibir manis mereka. Inilah sikap kita.

Jalur Gemilang


Kalau aku dulu, setiap kali tiba bulan Ogos ni, bulan nilah yang paling aku tunggu. Di setiap sekolah pasti ada meraikan dan menyambut bulan kemerdekaan ini. Tapi ada ke sambutan kemerdekaan di tempat kerja. Walaupun 31 Ogos diberikan cuti, namun berapa ramaikah yang pergi menyambutnya. Memanglah semangat patriotik kita bukan dizahirkan dengan menghadiri program kemerdekaan, tetapi sesuatu perkara itu mesti dizahirkan untuk membuktikan kita bersungguh-sungguh sayangkan negara ni. Banyak cara, terpulang pada kita bagaimana kita hendak meraikannya.

Budak ni nak jadi pemimpin kot


Kanak-kanak patut diberi pendedahan yang khusus tentang kemerdekaan ni, kalau tak sampai bila pun mereka takkan tahu dan tak dapat hayati apa erti kemerdekaan tu. Sekarang ni pun negara kita sedang dijajah secara halus oleh barat. Mana taknya, anak muda sekarang ni lebih pentingkan gaya hidup barat berbanding adat dan budaya sendiri. Katanya barat lebih moden dan trendy. Entahlah, aku pun tak faham dengan diorang ni.

Anak Merdeka.

Apapun selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-53 Malaysia. Kemajuan yang ada hari ini sematang usiamu. Merdeka! Merdeka !

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...