Hari ni aku nak kongsi sikit puisi yang aku belajar dengan korang semua. Puisi ni tergolong dalam puisi lirik. Menurut lecturer aku tu, terdapat beberapa ciri kita nak kenal puisi lirik ni iaitu:
- Bersifat subjektif- biasanya mengambarkan perasaan penulis atau penyair itu sendiri. Selalunya dikaitkan dengan emosi yang negatif seperti kecewa, sedih. Sering juga dikaitkan dengan hati dan perasaan penulis
- Ada unsur alam
- Ungkapan, perasaan dan pemikiran penulis/penyair
- Autobiografi- puisi boleh mengambarkan keperibadian seseorang penulis/penyair puisi tersebut dalam karyanya. Kita boleh mentafsir bagaimana keadaan dan perasaan penulis pada ketika dia menulis puisi tersebut
- Perlambangan.- Dikaitkan dengan unsur alam yang enjadi perlambangan terhadap apa yang ingin disampaikan oleh penyair.
Contoh puisi:
Pantun Tiada Bernama
(Firdaus Abdullah)
Entahkan iya entahkan tidak
rahsia hati berhutan rimba
burung rendah mengembang kepak
gerangan di mana sarang tempua
Entahkan iya entahkan tidak
lautan hati alangkah dalam
apa upaya mengesan jejak
jejak ditimpa hujan malam
Entahkan iya entahkan tidak
memang hati bukannya batu
apakah daya menahan ombak
pantai dihempas berubah tentu
Entahkan iya entahkan tidak
hati muda ubah berubah
guruh ada hujannya tidak
dua tempayan air tertumpah
Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah merupakan pemegang kerusi karyawan tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Catat Ulasan