klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Hari yang bosan

Memang bosan kalu tak de apa yang nak dibuat neh. Roommate, kawan-kawan yang dekat tu semua bali. Rasa cemburu pulak. Yelah, kita bersusah-susah kena cari juadah, mereka-mereka ni dapatlah merasa maknan mak kan.. Sedih la jugak tak dapat merasa permulaan Ramadhan kali ni bersama keluarga. Haha.. Boleh jadi nostalgia ramadhan neh. Kalau aku buat drama ke, filem ke, agak-agak laku tak. Alah, Diari Ramadhan si budak rafique tu laku. Ramai lak orang tengaok. hehe.. nanti la aku lanti korang-korang semua jadi penulis skrip dan pengarah serta yang sekutu dengannya.. haha


Nak citer sal bosan ni.. BOSAN.. haha dua suku kata tu BO + SAN @ BOS + -AN.. haha pandai-pandai je aku kan.. nanti la aku rujuk balik.. hehe.. aku memang tido je.. nak buat apa.. takde benda nak buat walaupun pada hakikatnya ada la kan.. Opkos.. Asaimen memang tolak tepi.. Fobia.. haha.. sebenarnya aku leceh la kalau asaimen group neh.. Kalau aku bersungguh nak buat ada la orang tak bersungguh-sungguh nak buat.. Sungguh! Serius.. Kadang-kadang boleh jadi terbalik tu.. haha.. Tapi tak la macam sesetegah orangkan.. Aku kalau buat, aku buat betul-betul, tak main-main.. hehe

Nak baca buku, konpem tidur lepas tu. Bukan jenis ulat buku aku ni.. MUKABUKU rajin la.. Hari-hari.. Bukan aku je kan.. Korang pun sama je.. haha.. sampai setiap function dalam MUKABUKU tu korang hafal la.. Kan bagus kalau dalam MUKABUKU tu ada subjek yang kita belajar kan.. Tak la buang masa..  Aku bukan apa, pada dasarnya memang la aku buka MUKABUKU tu, tapi hakikatnya aku tak peduli pun.. haha ( ayat cover neh).. 

Apa lagi erk.. entahlah.. sunyi la jugak.. yang tiggal hanya tiga je ni.. K, S, J1, dan J2. J2 dah balik. Ha, mesti tak fahamkan.. Sat-sat.. Asalnya ada 8 orang, K1, K2, S,  J1, J2, J3, M dan SL. J3 balik 2 hari yang lepas. J2 baru balik hari ni. M pulak entah bila dia balik. K1 balik petang semalam. Jadi yang tggl K2, S dan J1. Andailah J1 tu balik maka tinggal la K2 dengan S yang memang tak boleh nak balik kerana jauh.. haha korang paham ke tak paham ke.. buat-buatla faham ye.. aku pun tak berapa nak faham gak neh.. haha

Puasa... Ha! Hari pertama puasa tu ada la nak cuba pegi bazar ramadhan kat Kerinchi. Ya Allah.. Punye lah jem.. Mungkin permulaan ramadhan kot. Orang ramai excited nak beli juadah berbuka + orang balik kerje lak. Maka bertambahlah jemnye. Kalau jem roti tu leh la makan-makan.. OPss puasa time tu.. tak boleh la.. haha.. tapi hari minggu ni, aku dapat berita tak jem.. orang tak kerje la ka.. mungkin isteri-isteri masak kot.. entahlah.. tapi aku tak pergi..

Daripada aku membebel entah apa-apa lagi, baik aku berenti.. haha.. bye..
Selamat meneruskan ibadah puasa.. kalu tak tak nikmat nak raya.. hehe
Assalamualaikum..

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...