Alhamdulillah.. Tanggal 31 Ogos tiba lagi. Tarikh keramat ini memberi seribu makna buat sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mencapai tarikh ini. Menyingkap peristiwa sejarah disebalik tarikh 31 Ogos yang kita sambut saban tahun ini, tentunya ada peristiwa pahit manis, jerit perih yang telah dilalui oleh orang-orang terdahulu bagi memastikan anak cucu mereka dapat hidup senang dan merdeka. Tiada lain dalam hati dan jiwa mereka selain ingin memastikan nasib anak bangsa sentiasa terbela dan bebas daripada cengkaman penjajah.
53 tahun telah pun berlalu. Detik keramat menurunkan bendera penjajah tidak dapat disaksikan lagi, kecuali melalui rakaman yang dirakam pada waktu itu. Yang tinggal hanya catatan sejarah yang kian luntur dalam kalangan kita khususnya generasi muda. Sesuatu mesti dilakukan agar kedaulatan dan keamanan yang dikecapi pada hari ini berkekalan untuk generasi berikutnya.
SELAMAT HARI MERDEKA!
Catat Ulasan