Wah..!! Tajuk nak gempak.. Kembara la kononnya, mana taknya.. bermula tepat jam 6.45 petang di bilik, aku menaiki motosikal sahabatku untuk ke Stesen Universiti kat tepi Federal Highway tu la. Ha.. tunggu lima minit maka datangla LRT yang 2 koc.. Aku jangka yang 4 koc.. Bersesak-sesak la aku dalam LRT tu semalam. Giler nak sampai Wangsa Maju kat tempat saudara aku tu jauh amat dan kelenguhan. Aku sampai Wangsa Maju terus je memulakan penerokaan gara-gara mals nak call sepupu aku tu. Nasib baik aku ada belajar Geografi dulu, Cikgu geografi aku pernah kata, "kalau ko masuk utan ke, bandar ke, ko kena ingat petanda yang mudah ko ingat, baru ko jumpa jalan keluar, tak pun orang senang nak cari ko" . Senang citernye, aku teringat la masjid masa first time aku pergi rumah saudara aku tu.
Servey punye servey, cari dan cari, akhirnya aku jumpa gak blok kat Seksyen 2 Wangsa Maju tu. Ha.. Aku pergi nak makan buah yang makcik, pakcik dan nenek aku yang datang bawa dari kampung. Tak pergikan serba salah lak. Orang datang dari jauh semata-mata nak bagi kita makan buah takut tak sempat nak makan dikhuatiri habis sebelum cuti raya. Jadi aku pun pergilah. Durian, rambutan, manggis, salak dan apa lagi entah. Aku tak makan sangat sebenarnya. Jadi seadanyalah aku makan. Mak cik aku suh bawak balik buah-buah tu sikit tuk di bahagi-bahagikan kepada kawan katanya.
Balik tu pak cik aku yang Shah Alam pulak call. Semalam lagi die suh pi rumah die. Ni pasal orang yang nak hantar notebook tu. Aku pergi tak lama, dalam tengah hari aku balik UM balik. Tu la kembara aku satu hari satu malam la jugak kan. Dalam pengembaraan tu pelbagai la kononya pengalaman. Haha..
Antaranya: Mesti korang semua masih lagi ingat tentang pelancaran Koc Komuter khas untuk golongan wanita. Kalau tak ingat cuba korang baca Berita Harian ni. Pas tu korang tengok gambar-gambar ni. Gambar ni bukan aku yang tangkap, aku amik dari Mr. Google je. Maklum la tak de kamera canggih.
Ni logo die kat koc tu |
Ni la kot rupanya.. |
Ni la yang nak aku citer.. |
Panjang lebar aku duk membebel sal kembara, ni dalam kembara tu jugak la. Masa nak balik ke Malaya dari Shah Alam. Ha! gambar atas tu memang la pinjam ngan pak cik Google. Tapi cerita die benar-benar terjadi depan mata aku. Seperti bijak pandai dan budak sekolah darjah satu baca Koc Wanita @ Ladies Coach.Sah-sah la koc tu untuk perempuan @ wanita. Yang laki menggatal nak masuk tu pehal. Tapi setakat ni, apa yang aku tahu la, lelaki memang tidak dibenarkan untuk masuk koc wanita, tetapi wanita bebas tuk menentukan pilihan sama ada nak masuk koc tuk diorang ke nak masuk koc biasa yang campur. tapi yang meluatnya tengok pasangan anak muda yang berkasih-kasihan tanpa segan dan silu. Aiseh... Aku pun malu beb. Kalau isteri pn ada had jugak nak tayang-tayang, ni kan pulak yang tak de pape. Hish! Apa nak jadi.
Langkah yang diperkenal KTM tu baik sebenarnya, tapi keprihatinan masyarakat tu yang rendah. Takkan nak kena denda baru nak buat kot. Macam pahat ngan tukul je. Haih. Apa la! So nak tak nak KTM kena kuatkuasa denda la nampaknya. Takkan nak letakkan kaki tangan 24 jam kot. Mereka pun ada tugas lain yang lebih penting kiranya. Hal yang simple jangan dirumitkan. Kita tu yang kena prihatin.
Yang wanita pulak, dah ada koc tuk awak tu, pandai-pandai la masuk koc yang disediakan, barulah terjamin keselamatan. NI nak menggatal gak masuk koc yang biasa. Apapun semuanya terletak pada hati masing-masing. Tanya hati dan renung-renungkanlah...
Catat Ulasan