klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Kisah budak itu...

Salam...

Baru habis kem.. Haha.. Penat belum hilang lagi neh.. Update blog sebelum balik.. Aku nak buat post auto pun tak tau nak tulis apa.. Lagi pun sekarang ni musim cuti.. Ramai yang bercuti.. Oh.. Lupa.. Sepatutnya esok kena pergi kenduri kahwin kakak kawan aku.. Tak sempat nak balik.. Tiket habis... Minggu ni penuh dengan kenduri kahwin.. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada semua yang melangsungkan perkahwinan di musm cuti neh...

OK.. Berbalik kepada topik.. Dulu masa aku form 5, kononya senior la masa tu.. Kehidupan kat hostel ni penuh dengan warna warna.. Dulu sebelum aku naik sekolah menengah, mati-mati aku tak mau masuk hostel.. Waktu tu gejala buli menjadi-jadi dalam hostel.. Antara sebab aku tak nak masuk hostel adalah sebab buli.. Hehe.. Tapi form 1 aku masuk hostel jugak.. Jauh dari kampung aku.. Kat Bachok... Masa tu jugak, Black Mental menular dalam kalangan remaja, dan masing-masing ingin melebarkan benda tu... Aku bernasib baik kiranya.. Kerana aku sakit... sebulan aku tak pergi sekolah kemudiannya aku pindah sekolah untuk menerima rawatan kat hospital yang dekat kampung aku... Haha.. masa ni dah duduk kat rumah.. lang alik ke sekolah... Aku suka, tapi mak ayah aku tak suka.. Hehe..

Dah jauh melalut.. Kali berikutnya aku masuk masa Form 3... Itu pun sebenarnya tak nak mulanya.. Desakan mak dan ayah aku dan dorongan kawan aku.. Maka masuklah aku ke asrama sebulan sebelum exam.. 

Keduanya masa form 5.. Masa inilah senioriti aku bermula.. Haha.. Aku tak membuli... Betul.. Bukan jenis aku membuli.. Tapi aku suka bergurau.. Bermulalah kisah budak itu.. Aku tak ingat sangat macam mana aku boleh rapat dengan budak ni.. Tapi dia selalu berada dalam kumpulan budak-budak senior.. Merupakan seorang pelajar UPSR yang cemerlang.. Tak tau kenapa dia tak masuk sekolah berasrama penuh.. 

Yang paling aku tak boleh lupa.. Ada satu hari tu, gurauan aku dengan kawan aku tu secara tidak sengaja telah buat dia menangis.. Haha.. Cuak jugak masa tu.. Kot-kot dia report kat warden.. Makan rotan la jawabya.. Gurauan tu memang kasar la sikit.. Biasa la kan.. Haha.. Remaja lagi masa tu... Haha..Tapi nasib baik tak.. Yang tak baiknya.... Dia dah tak tegur aku lepas tu...

Ingat-ingat balik, macam-macam cara aku buat semata-mata nak mintak maaf. Haha.. Cuak beb.. Nak exam masa tu.. Buat salah kat orang pastu orang tu tak maafkan.. Lama jugak budak ni buat tak tahu dengan aku.. Tapi herannya, rakan subahat aku tu 2-3 hari lepas tu ok je dengan dia.. Pelik-pelik.. Haha...

Sampai ke akhir tahun.. Haha... Lepas SPM aku masuk Tingkatan 6.. Masa tu budak ni amik PMR dan berjaya masuk ke MRSM... Haha.. Kawan aku yang sepakatan tadi bagi tau.. Ok.. Lepas tu dah tak tau dah.. Sekarang ni budak ni sedang mengikuti pengajian ASASI di sebuah IPTA..

Agak-agak kalau budak ni baca.. Dia ingat tak cerita ni.

Masa Form 6 pun ada jugak ceritanya.. Haha.. Bermula dengan gurau jugak la... Lebih kurang sama je ceritanya.. Aku memang suka bergurau.. Lepas tu dah serik nak bergurau.. Aku diam je.. Haha.. DIAM... Haha..

Nak pastikan budak tu baca...

Eh.. Jap.. Gud Luck kepada budak yang masa aku Form 6 dalam SPM tahun ni.. dan Tahniah kepada budak masa aku Form 5.. Hehehe.. (ayat ni bunyinya macam tak gramatis je.. Belasah.. )

Kepimpinan Melalui Teladan

Salam...

Ada orang cakap seorang pemimpin itu sememangnya dilahirkan untuk menjadi peminpin. Kita semua adalah pemimpin. Kita perlu memimpin diri kita sendiri untuk menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara. Itu untuk kerangka yang paling kecil. Apabila berkeluarga, peranan individu sebagai pemimpin itu akan lebih meluas. Seterusnya peringkat masyarakat, daerah, negeri dan negara serta dunia..

Pemimpin yang baik mampu menjadikan dirinya sebagai teladan kepada pengikutnya. Itu yang dikatakan sebagai kepimpinan melalui teladan. Seorang pemimpin adalah bukan sahaja berperanan sebgai pengarah, malah turut berperanan sebagai pendorong semangat, pemudah cara, pemberi nasihat, dan memberi kebebasan kepada pengikutnya untuk melontarkan idea dan pandangan mereka. Hal ini seperti konsep yang diamalkan oleh baginda Nabi SAW iaitu konsep musyawarah.

Ok. Dah habis, tazkirah.. haha.. Sebenarnya sekarang ni aku sedang mengendalikan Kursus Kepimpinan Pengawas dan Exco Asrama SMK Tinggi Perempuan Melaka. Program ini adalah merupakan kombinasi kerjasama diantara Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaya, Pusat Pelajar Antarabangsa UM dan Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi UM.

Selamat Datang dan Selamat Pulang esok.. Hehe.. Diorang dah nak balik dah esok.. Harap korang dapat manfaatkan apa yang disampaikan sepanjang kursus ini..

Kalau aku rajin, aku upload gambar program ni nanti..

Assalamulaikum...

Malaysia VS EPL

Salam...

Seperti yang telah ramai tahu, pasukan Malaysia iaitu Harimau Malaya bakal penentang tiga kelab Liga Perdana Eropah EPL iaitu Arsenal, Liverpool, dan Chelsea.. Perlawanan persahabatan ini dijangka diadakan pada bulan Julai nanti..

Namun, sejauh mana kesetian kita kepada pasukan negara mungkin boleh diukur pada perlawanan ini.. Kelab-kelab yang datang adalah kelab yang tersohor dan rata-rata mempunyai peminatnya yang tersendiri..

Tapi aku yakin.. Seluruh rakyat Malaysia akan menyokong pasukan kita betul tak??.. Ayuh kita sebarkan kempen memakai jersey Hitam Kuning pada perlawanan itu nanti..

Hidup Matiku Malaysia....

Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat.

Salam..

Kira-kira jam 4 petang tadi berlaku kejadian tanah runtuh yang menimpa penghuni Rumah Anak Yatim At-Taqwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.

Menurut laporan awal, 20-30 orang dipercayai tertimbus, dan setakat ini telah mengorbankan dua nyawa.

Sumber: Berita Harian

Bandar Hilang !!!!

Salam...

Bandar-bandar di Malaysia ni bakal lenyap ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun lagi.. Menggerikan dengar berita ni.. Semua ni berlaku adalah disebabkan fenomena pemanasan global yang melampau sehingga mencairkan ais di kutub utara serta selatan seterusnya mengakibatkan peningkatan paras air laut...

Gambar Google


Sekarang ni pun kalau kita tengok kat pantai-pantai dah banyak pihak berkuasa menahan hakisan dengan buat benteng.. Untuk jangka masa pendek benda tu berkesan.. Tapi untuk jangka masa panjang.. Wallahu wa'lam.. Mungkin ada teknologi di masa depan kita pun tak tahu kan..

Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan menjaga alam sekitar dan mengurangkan pemanasan global.. Benda ni berlaku disebabkan pembangunan tanpa kawalan dan mengakibatkan kesan rumah hijau.. Rasanya semua orang tahu mengenai kesan rumah hijau..

Gambar Google


Udara panas terkepung dalam bumi dan meningkatlan suhu bumi.. Apabila bumi panas, ais mencair, paras air laut meningkat, hakisan dan bandar rendah akan tenggelam...

Jagalah alam sekitar sebaiknya untuk generasi kita di masa depan..

Sumber : Berita Harian

Quote

Salam...

Baru balik dari kursus kat Genting Permai... Kursus ni berkaitan dengan kepemimpinan.. Cuma nak kongsikan apa yang aku dapat dalam kursus tu... Kita perlu berani dan berani dan berani dalam apa juga yang kita hendak lakukan.. Jangan takut untuk melakukan kesilapan. Ramai orang berpendapat kesilapan itu merupakan perkara yang paling takut untuk dihadapi dan kalau boleh tidak mahu melakukan kesilapan.. 

Tak ada benda yang sempurna melainkan Dia Yang Satu... 

SO, EVERYONE MAKE MISTAKE, THATS WHY THEY PUT AN ERASER ON THE PENCIL

Selamat Hari Guru, Cikgu

Salam semua..

16 Mei merupakan tarikh yang tidak asing lagi bagi warga pendidik di seluruh negara. Sepanjang persekolahan aku selama 13 tahun, 13 kali aku menyambut Hari Guru. Pelbagai pengisian dilakukan untuk menghargai segala jerit perih guru mendidik anak bangsa di seluruh pelusuk tanah air baik di kawsan bandar, luar bandar mahupun di kawasan pedalaman.

Terima kasih cikgu di atas kesudian mendidik anak bangsa...

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"



Ok.. Dia ni bergurau ke betul-betul...

Salam...

Ok.. Haha.. Aku masih keliru neh.. Bergurau ke betul-betul.. Kalau betul-betul.. Serius.. Tak de persediaan neh.. Haha... Buat masa sekarang ni aku masih selesa dengan aku sekarang ni walaupun kekadang terpikir jugak nak advance macam orang lain.. Bukan tak nak, tapi..... Entahlah....



 Paham-paham je lah.. Haha.. Tapi betul, aku selesa dan mahu masih mahu seperti ini buat masa sekarang ni...

Harap kau mengerti.. Aku takut antara dua akan menjadi terlalu mengharap.. Kalau betul-betul... Harapnya berguraulah... 

Nak kongsi quote ni..

"Just to prove i was right that it's harder to be friends than lovers and you shouldn't try and mix the two, cause if you do and then you're still unhappy, then you know that the problem is you."
- Liz Phair



Blogspot ada masalah teknikal...

Salam...

Blogspot ada masalah teknikal... Dah dua hari.. Semalam ok lagi, godek-godek buleh bukak.. Hari ni keluar notis terus... Tak pelah.. Harap-harap lepas ni dah ok dah... Usahkan nak menulis, nak menjelajah pun tak ada mood bila ada masalah macam ni...

Exam dah habis.. Tapi tak balik lagi... Ada kursus tiga hari.. Lepas ada program.. Huhu.. Kalau aku balik.. sah-sah seminggu tu aku tak buat apa langsung.. haha.. Masuk minggu kedua tu baru aku masuk dalam getah menoreh... Dah lama dah tak pegang pisau toreh ni.. 

Oklah.. Penat baru lepas main futsal dengan geng yang tak balik lagi.. Lega aku blogger ni dah pulih.. Jangan selalu buat hal pulak.. Nanti semua blogger beralih arah.. Siapa yang rugi... haha...

Cau.. Salam...

Cuak giler tadi...

Salam...

Aku ingat apa la salah aku dengan blogspot tadi.. Tak boleh nak log in.. Haha... Macam-macam aku pikir.. Kena Hack ke.. ke aku ada langgar syarat blogspot.. Haha.. Tak tau apa masalah dia tadi.. Memang cuak giler... kang nanti tak pasal-pasal surat kena saman ke apa.. haha...

Aku try search guna Google boleh plak.. OK je.. tengok... Cuma masalh tak boleh nak log in.. Hmm.. Tak tau la  apa masalah dia... Tapi sekarang ni dah ok.. Harapnya lepas ni dah tak jadi lagi dah.. haha..

Mungkin masalahnya bila aku upgrade browser Chrome tu kot.. Entahlah..

Pejam Celik... Dah dua tahun, lagi setahun tamatlah pengajian...

Salam...

Pejam dan celik setiap hari... Rasa makin cepat masa berlalu.. Langsung tak sedar... Rasanya macam mimpi.. Terlalu sekejap.. Itulah MASA.. Harganya diibaratkan seperti EMAS.. Tajamnya macam mata pedang.. Kalau tak potong kita kena potong... Masih tergiang-ngiang saat kemasukan ke sini.. Saat oreintasi.. Taklimat-taklimat masa kemasukan.. 



Lagi setahun cabaran yang lebih besar menanti lepas tu.. Lebih berat tanggungjawab.. Fuh! Semoga cabaran mendatang dapat ditempuhi dengan tabah dan segala rintangan dapat diatasi dengan mudah.. 

Oh, ya... Cik Muni sedang buat contest untuk mana-mana blogger yang berminat... Tajuk contest tu.. Kisah Paling Menyayat Hati... Bukan Kisah Mawe ye.. Kisah aku kat atas tadi ha... Ni pun curi masa tulis entri.. Padahal nak masuk exam kul 11 nanti... Hahaha... (sempat lagi aku neh.. haih...)

Nak tau lanjut.. Jenguk-jenguk la blog beliau disini... Aku pun nak join kalau ada masa nanti.. Hehe.. Ha! Terima kasih kat Cik Muni jugak atas entri Terima Kasih beliau.. Tak sangka gak aku jadi First Follower beliau... huhu.. Sama-sama kita memeriahkan dunia maya ni yer..

Bye bye..


Sanggup Jadi Sardin...

Salam...

Macam-macam hal... Sanggup berhimpit ramai-ramai semata-mata nak masuk ke sini... Harian Metro melaporkan sekumpulan warga Myanmar menyeludup masuk menggunakan sebuah kereta dengan cara berhimpit-himpit dan berasak-asak dalam but bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa...



Tapi biasa la.. Sepandai-pandai tupai melompat jatuh ke tanah juga.. Pergerakan mereka dapat dihidu oleh UPP Wilayah Utara..

Kalau betul la nak cari rezeki, masuklah dengan cara yang betul.. Keselamatan terjamin.. Tak ke seksa badan berhimpit dalam but kereta...

Sumber : Harian Metro

Mangsa Simbah Asid

KUALA LUMPUR 8 Mei - Kegiatan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid jenis 'thinner' dan 'alkali' kini dikatakan semakin berleluasa berlaku di ibu negara, dipercayai didalangi dua lelaki bermotosikal.

Penjenayah yang sehingga kini belum diberkas dikatakan mencari mangsa terdiri daripada wanita yang kebanyakannya berketurunan Melayu di sekitar Dang Wangi, Sentul dan Brickfields.

Polis bagaimanapun sehingga kini belum mengenal pasti motif perbuatan jenayah suspek berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua suspek, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 20 hingga 30 tahun sering menukar jenis motosikal, akan menghampiri mangsa sebelum melemparkan cecair ke arah muka dan tubuh mereka.

Dalam kejadian terbaru semalam, seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia setahun cedera di muka setelah disimbah sejenis cecair di Persiaran Titiwangsa.

Mangsa berusia 30 tahun yang merupakan kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia disimbah asid dalam kejadian pukul 3 petang di hadapan rumah mereka.

Maklumat lanjut Utusan Malaysia.

Budu Qlate

Salam semua...
Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sepertiaterosklerosiskoroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung danhipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa danstokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air(vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin ADE dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin)vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasinvitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin Cvitamin E dan karotenoidisoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitudaidzeinglisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.
Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
Info sepenuhnya daripada : Weblog Salam Pantai Timur
Untuk tempahan  terjah kat sini

Selamat Hari Ibu, Ibu...




M. Nasir
Bonda

Pencipta: M. Nasir (lagu), Nurbisa (lirik)
Album: Canggung Mendonan



Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda



Kreedit: liriklagu.com

Drive Thru guna motor??

Salam...

Nak cari makanan sangat mudah hari ni... Kat mana-mana ada tempat makan... Kedai makanan segera seperti KFC, Mc D, Pizza ada kat mana-mana... Beruntung kat Malaysia ni tak mati kebuluran... Macam mana la nasib saudara kita kat Palestin... Bantulah mana-mana yang patut setakat yang termampu bagi yang mampu...



Berbalik kepada tajuk seperti yang tertera.. Masa memainkan peranan yang penting dalam gaya hidup masyarakat Malaysia.. Tidak hairanlah LRT pun ada 7 minit sekali pagi mengatasi masalah kelewatan ke destinasi tujuan...

Dah jauh tersasar neh.. Haha.. Aku cuma nak tanya je.. Ada ke orang drive thru pakai motor erk?? Haha.. Orang naik motor pun nak cepat gak.. Takkan orang naik kereta je.. Hehe...

Nasi Goreng USA lagi???

Salam...

Haha... Kali ni pasal nasi goreng USA lagi... Sebelum ada kata tanya dari mana asalnya nasi goreng ni... Tak tahu.. HA... Baca kat sini.... Maklumat baru yang aku terima megenai nasi ni ialah..
.
USA itu adalah meruapakan singakatan kepada Udang, Sotong dan Ayam.. Tapi ada ke semua tu dalam Nasi Goreng USA yang kita makan kat kedai tu... Hehe..


Lauk biasa yang kita lihat ialah daging atau ayam dan sebiji telur mata kerbau kan??? Munngkin faktor bahan mentah yang mahal memungkinkan penggunaan lauk-lauk seperti yang aku nyatakan itu tidak dapat dilakukan.. Jadi dengan mengekalkan nama USA, nasi ini mungkin mengalami proses penyesuaian dengan keadaan semasa.. Hehe...

Kredit kepada Saudara Anwar Hanapih dan rakan-rakan... Kalau ada maklumat lain sila kongsi erk.. Haha...

Kalau ada yang nak mencuba resipi ni ada kat sini.. Selamat mencuba..

Dah lama tak mengarut...

Salam semua...

Dah lama aku tak mengarut kat sini... Mode exam.. Haha.. Padahal tak de belajar sangat pun... Meng'ular' je lebih.. Ni lah tabiat yang susah nak ubah... Last minute study...  Bagi subjek yang tak susah ok lagi la buat macam ni.. Tapi kalau subjek yang perlukan pemikiran dan formula... Pecah kepala.. Haha... Adik-adik jangan tiru aksi ini tanpa bimbingan daripada orang dewasa...



Banyak la kelemahan kalau kita belajar last minit neh.. Kadang-kadang dalam dewan kita ingat separuh, ada ingat tajuk, ada ingat isi je, tajuk isi tak ingat.. tak ke garu kepala yang tak gatal.. Ha.. Kalau prepare awal senang, kita dah sedia fizikal dan mental.. Tunggu nak muntahkan je...

Ingat dulu waktu sekolah.. Prepare paling lewat seminggu atau dua minggu sebelum exam... Kalau tak... Segala isi alam akan dengar titah-perintah suruh membaca buku.. Ada baiknya jugak macam tu.. Tak lah terkapai-kapai dalam dewan exam.. Jadi adik-adik.. ceh.. Haha.. (aku yang mode exam nak nasihatkan orang).. Kesimpulannya disini.. belajarlah awal-awal... Bak kata orang tua-tua, susah dahulu senang kemudian.. Kalau nak senang dulu pun boleh.. Tanggunglah susahnya kemudiann.. Fikir-fikirkan...

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...