Salam...
Ada orang cakap seorang pemimpin itu sememangnya dilahirkan untuk menjadi peminpin. Kita semua adalah pemimpin. Kita perlu memimpin diri kita sendiri untuk menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara. Itu untuk kerangka yang paling kecil. Apabila berkeluarga, peranan individu sebagai pemimpin itu akan lebih meluas. Seterusnya peringkat masyarakat, daerah, negeri dan negara serta dunia..
Pemimpin yang baik mampu menjadikan dirinya sebagai teladan kepada pengikutnya. Itu yang dikatakan sebagai kepimpinan melalui teladan. Seorang pemimpin adalah bukan sahaja berperanan sebgai pengarah, malah turut berperanan sebagai pendorong semangat, pemudah cara, pemberi nasihat, dan memberi kebebasan kepada pengikutnya untuk melontarkan idea dan pandangan mereka. Hal ini seperti konsep yang diamalkan oleh baginda Nabi SAW iaitu konsep musyawarah.
Ok. Dah habis, tazkirah.. haha.. Sebenarnya sekarang ni aku sedang mengendalikan Kursus Kepimpinan Pengawas dan Exco Asrama SMK Tinggi Perempuan Melaka. Program ini adalah merupakan kombinasi kerjasama diantara Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaya, Pusat Pelajar Antarabangsa UM dan Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi UM.
Selamat Datang dan Selamat Pulang esok.. Hehe.. Diorang dah nak balik dah esok.. Harap korang dapat manfaatkan apa yang disampaikan sepanjang kursus ini..
Kalau aku rajin, aku upload gambar program ni nanti..
Assalamulaikum...
Ramalanku Benar Belaka (Umbrella / Zarul)
Seminggu yang lalu
Catat Ulasan