klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Dah lama tak mengarut...

Salam semua...

Dah lama aku tak mengarut kat sini... Mode exam.. Haha.. Padahal tak de belajar sangat pun... Meng'ular' je lebih.. Ni lah tabiat yang susah nak ubah... Last minute study...  Bagi subjek yang tak susah ok lagi la buat macam ni.. Tapi kalau subjek yang perlukan pemikiran dan formula... Pecah kepala.. Haha... Adik-adik jangan tiru aksi ini tanpa bimbingan daripada orang dewasa...



Banyak la kelemahan kalau kita belajar last minit neh.. Kadang-kadang dalam dewan kita ingat separuh, ada ingat tajuk, ada ingat isi je, tajuk isi tak ingat.. tak ke garu kepala yang tak gatal.. Ha.. Kalau prepare awal senang, kita dah sedia fizikal dan mental.. Tunggu nak muntahkan je...

Ingat dulu waktu sekolah.. Prepare paling lewat seminggu atau dua minggu sebelum exam... Kalau tak... Segala isi alam akan dengar titah-perintah suruh membaca buku.. Ada baiknya jugak macam tu.. Tak lah terkapai-kapai dalam dewan exam.. Jadi adik-adik.. ceh.. Haha.. (aku yang mode exam nak nasihatkan orang).. Kesimpulannya disini.. belajarlah awal-awal... Bak kata orang tua-tua, susah dahulu senang kemudian.. Kalau nak senang dulu pun boleh.. Tanggunglah susahnya kemudiann.. Fikir-fikirkan...

2 Responses to Dah lama tak mengarut...

  1. ada subjek yang AcHiKz suka baca pada saat2 akhir, dan ada juga subjek yang perlu baca dari awal2 semester..

  2. hehe... tu la bergantung pada subjek gak ar..

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...