Actually.. (cis nak berbahasa Inggeris)... haha.. Aku tak berapa faham sebenarnya tapi aku cuba jugak demi tidak menghampakan harapan orang yang mengetaq aku ni. En. Eddy. Nak kenal En. Eddy.. hehe.. korang search la erk.. Tak pun leh add kat Facebook. Insya-Allah dia aprove kot.. hehe..
Dengan tak berapa faham, Mastermind di sebalik semua ?? Sape erk.. Cik Seha yang cerdik lagi pandai... hehe.. Dan tukang tag En. Eddy nak orang yang kena tag neh jawab 25 soalan maut. Maut ke?? Soalan subjektif pulak tu. Aku tak pernah lagi dalam sejarah jawab 25 soalan subjektif ni. Jawab 2 soalan retorik pun dah nak tercabut otak aku neh. Aku cuba la erk jawab 25 soalan tentang diri aku sebagai tanda sokongan kepada permainan ni. Terima kasih kepada Cikgu Abbam dan Ketua Pengawas Cikgu Seha kerana tolong beri penjelasan selaku pengawas peperiksaan kali ni..
Masa menjawab tak diberitahu pulak.. Leh tiru-tiru kan??? Aku terus bagi jawapan la.. Susah nak taip soalan panjang sangat. Lecterer pun tak suruh tulis soalan. Nombor je dia cakap. hehe
- Nama aku yang penuh Mazwan Izaidi. Yang tak penuh, orang KL panggil aku Mawe. Orang kampung paggil aku Iwe. Mana-mana pun boleh.. Haha..
- Jan @ Tina. Opkos la laki-laki atau Lelaki.. Aiya..
- Soalan ketiga ni.. Aku tgk blog tok dalang lain blog orang tag aku lain.. so aku buat soalan sendri.. haha.. Asal aku.. dari kampung kat Kelantan.. Menjawab soalan tak.. hehe
- Soalan popular, usia, umur, tarikh lahir : Dah lepas dah syarat nak mengundi..
- Sekarang ni aku buat apa erk, orang putih cakap study, orang kampung aku cakap ngaji. Ha~! Kat mana? Tengok profil Facebook aku.. hehe
- Apa yang suka erk. Sebenarnya lebih kepada main game Red Alert, Need For Speed dan yang sama waktu dengannya, serta melayari dunia yang tanpa sempadan ni, Internet. Rasa sengsara wei tak ada tenet neh..
- Tetiba teringat tentang warna. Aku suka biru muda yang ala-ala awan. Kadang cam laut kat tepi pantai. Ada ke?
- Dalam blog tukang tag ada satu soalan maut. Makwe!!! Jawapannya, hehe.. Malu ar.. haha.. Cis! haha..Nak tahu contact aku...
- Aku sama ngan Tok Dalang. Suka sangat berangan. Hobi kot. Duk je sorang-sorang mesti berangan. Dapat kereta sport. dapat kahwin ngan gadis idaman. Sape tu??? Dan yang penting aku dapat jadi Profesor. haha..Tok dalang, angan-angan aku sama ngan ko la.. haha boleh kan??
- Nak jawab tentang ni aku tengok kat tukang tag, aku pun lebih manja, tak lah.. Kalau ada apa-apa aku rujuk mak aku dulu sebelum abah aku.. hehe.. Akukan putera mahkota dalam rumah tu.. takut sikit dengan maharaja, aku jumpa permaisuri.. hehe
- Ada lima orang adik beradik dan adik aku fizikal lebih besar daripada aku.. Serius.. dia curi makanan aku masa kecik. Adik-adik yang lain pun dia curi gak.. haha..
- Bab TV lak. Dulu aku suka Power Rangers ngan Dragon Ball. Sekarang ni citer tu tak tak best. Aku tengok Detektif Conan ngan Doraemon (dari kecik lagi neh). Tom Tom Bak pun aku layan.. haha
- Muzik aku suka yang sedap-sedap ikut cita rasa semasa. Kononnya berangan (berangan lagi) jadi Dj, cakap sorang-sorang. Nasib baik orang tak de. Kalau tak cakap aku gila dah.. haha
- Idola aku dalam bidang penyiaran. Kononya bakal terjun la lepas ni. Rasanya tak kot... Tak tahu lah. hehe...Geng-geng Am Krew. Apa tu?? Dengar la Hot Fm pagi-pagi tu, time nak pergi kerja ke, pergi kelas ke... huhu
- Aku nak beli kereta bila dah kerja nanti. Apa la macam ni pun pasal diri aku ke.. Betul! Dah lama aku berhajat. Kereta impian Honda City yang baru tu. Tak pun Alphad (betul ke eja neh).. Foyyoo..
- Cita-cita sebenar aku, nak jadi cikgu. Tapi tak dapat masa upu aritu. Mungkin ada orang nak tawar jadi Profesor terus kot lepas aku habis nanti... haha
- Dulu masa kecik aku nak jadi polis. Sebab Datuk Yusuf Haslam buat citer Roda-roda Kuala Lumpur. Nak naik motor tu.. Plezzzzzzzzzzzzzzz..... Kalau ada citer polis aku terus tengok. haha.. Aku terlalu obses ngan citer polis-polis neh.. CSI. NCIS semua aku tibai.. haha
- Time boring.. apa aku buat.. haha.. kat sini tak de la boringnya ada kekasih jantung hati INTERNET. Kat kampung, habis satu kampung aku ronda.. Ala-ala jadi security gitu... haha
- Aku juga suka amik gambar panorama dan landskap.. Tapi satu je silapnya.. Aku takde kamera orang putih cakap..Mana aku bedal kamera.. Tak ada la curi.. Aku guna roomate aku punye.. hehe.. Sama-sama photo shoot macam model hangat dipasaran... haha..Sape nak bagi hadiah birthday aku tu... Boleh bagi kamera tak??.. haha..
- Dan seperkara lagi.. Aku tak pernah pun sambut birthday aku.. haha... Korang pun tak boleh sambut.. haha time cuti.. hehe.. so geng Bang Bang Boom.. Tak boleh kenakan aku... haha.. Bagus jugak kan??? hehe
- Bila aku tak pernah sambut birthday tak adalah hadiahnya. Tapi dulu masa kecik mak cik aku hadiahkan jam tangan.. Hadiah puasa cukup.. haha
- Satu je aku tak suka. Orang mengata di belakang. Cakap-cakap belakang ni macam tikam pisau kat belakang.. Alang-alang kalau tak suka tu.. Tikam je la terus.. hehe.. Jangan.. Kita berdamai.. Tak suka cakap depan-depan,.. hehe.. Tapi kalau aku tak suka, aku diam je.. Baikkan??
- Sekarang ni, mode dengar lagu. haha.. Lagu apa?? Aku suka dengar lagu ni..(Klik kalau nak dengar)
- Kalau boleh nak balik dah ni.. Tapi ada exam yang belum abis agi neh... huhuhu.. Betul.. Nak duk kampung.. Jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.. Depa dah lama cuti kot...
- Semua ni betul tentang aku.. Serius! Cuma ada beberapa soalan yang ditapis oleh FINAS.. hehe.. Kalau ragu-ragu jangan segan-segan tanya.. haha.. tapi soalan akan ditapis satu Lembaga! Hah! LEMBAGA!... hehe
Penat aku pikir 25 tentang diri aku ni wei.. Terseksa batin neh... haha.. Tapi seronok gak.. haha.. Tok Dalang dah siap dah,,, Kini tibalah masanya nak mengetag orang... haha... Nak tag sape.. Tengok bawah neh... Tapi sebelum tu, ni syarat Tok Dalang. Entah menjawab ke tak apa yang aku tulis neh... Kira halal la erk..
- R.U.L.E
- "Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you. At the end,choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If i tag you,its because i want to know more about you."
Seyha Ketua Pengawas
ketua pengawas tegas..dia nk 25 gk..xde kompromi...
haha.. tu ar.. pning pikir 25 neh.. haha
adeh!!!!!!!!!!!he3..
thanks kak diana.. hehe..