klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

KL ni dah tak ada kerja ke???

Salam semua…

JobWanted

Sebenarnya cerita ni berlaku sebelum aku nak balik cuti aritu, tapi tak sempat nak share dengan korang semua.. Hari tu, khamis, aku dengan beberapa orang kawan aku pergi ke Motor Show kat PWTC tu nak tengok-tengok kereta yang ada kat situ… Tengok punya tengok ketika nak balik, tingkap kereta kawan aku merangkap roomate aku kena pecah.. Memang **** punya perompak.. Banyak-banyak kerja yang halal kat muka bumi ni kerja yang haram jugak dipilihnya..

 504x_laptop_thief

Aku pelik! Kat KL ni memang dah tak ada kerja ke?? Setahu aku kutip tin tepi jalan pun boleh dapat income kalau ada inovasi dan kreativiti? Takkan nak mencuri dan merompak yang tentu orang akan menyumpah tak habis-habis. Dunia lagi dah tak tenteram, akhirat nanti Wallah wa’lam lah.. Bawaklah bertaubat wahai perompak. Kalau perompak-perompak macam korang ni tak ada, aman dunia ni. Tak perlu risau-risau. Kesian abang-abang dan akak-akak polis kena jaga siam dan malam. Diorang pun ada keluarga juga nak kena jaga.

 

Report dah dibuat. Nak dapatkan balik apa yang diambil tu memang tak dapatlah rasanya. Tapi harap orang yang bertanggungjwab dapat dibawa ke muka pengadilan. Kita bagi diaorang ni Power Of Justice. Baru diorang tahu macam mana duduk dalam lokap tu sedap ke tak. Tak dapat dunia, akhirat menanti bai.. So janganlah bongkak sangat kalau polis tak dapat tangkap. Orang-orang tua memang tak salah ketika memperkenalkan pepatah ni. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak.. Bila jatuhnya tu bukan kuasa kita.. Kita hanya berikhtiar, Dia yang menentukan.

One Response to KL ni dah tak ada kerja ke???

  1. Anisa says:

    haaa
    banyak je keje yg halal kat atas muke bumi nii

    pelik betul manusie zmn skrg ni

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...