klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Peringatan Banjir.

Salam..

Dah nak masuk musim tengkujuh. Dijangka angin kencang dan laut bergelora bermula pada Isnin ini.

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan perairan negara diramal dilanda angin kencang dan laut bergelora Isnin ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa angin berkelajuan 40-50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku sehingga 29 November.
Angin kencang itu dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Tioman.
Kawasan lain yang terbabit adalah perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Condore dan Reef North (sekitar kawasan perairan Laut China Selatan), Pulau Layang-layang, Bunguran (antara Semenanjung dan Kuching), Reef South (sepanjang perairan Sarawak) dan Palawan (utara Sabah). 

Keadaan angin kecang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan bot kecil. - BERNAMA

UPSR: Aku ambik 10 tahun lepas...

Salam...

Hari ni keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Bagi yang tidak berjaya tu jangan putusan asa. Perjalanan dalam menuntut ilmu tu masih panjang. 

Selalunya yang paling gembira ibu bapa.. Budak-budak biasa buat dek je kan.. Teringat kenangan aku ambik UPSR dulu.. Aku berterima kasih kepada cikgu-cikgu yang berdedikasi mencurahkan ilmu kepada kami anak-anak yang berada di pedalaman ini.

Keadaan kampung aku dulu sangat berbeza berbanding dengan hari ini. Satu-satu jalan untuk masuk ke kampung aku tu kena melalui ladang getah dan kelapa sawit yang jalannya berbatu. Tiada lagi istilah jalan tar bagi kami pada waktu tu. Tetapi, alhamdulillah pada waktu itu sudah ada elektrik 24 jam. Seingat aku, elektrik 24 bermula ketika aku darjah 2@3.

Sebelum itu, pakai enjin. Hanya dihidupkan pada waktu malam. Sekali sekala dihidupkan awal pada siang hari. Sanggup tinggkalkan permainan semata-mata nak tengok TV pada waktu siang.

Cikgu aku waktu tu buat kelas tambahan siang dan malam. Seingat aku tanpa meminta satu sen pun. Kalau ada pun untuk kos-kos percetakkan. 

Akhirnya hari pengumuman keputusan. Kalau kat KL keputusan umum jam 9. Dekat Kota Bharu jam 12 tengah hari. Kat sekolah aku sampai jam 5 petang. Masa tu baru aku tahu result aku. Punyalah pergi bermain kat sekolah nak tunggu dari tenggah hari. Petang baru sampai.

Oleh itu, bersyukurlah kalin yang berada di genarasi ini. Hehe... Semunya boleh diperolehi dengan hujung jari. Kalau tak pun tekan butang Handphone dan Call... Hehe...

Tahniah buat mereka yang berjaya.....
Terima Kasih Cikgu....

Pesta Pantun Bestari IPTA 2011: UM Johan!

Salam...

Malam semalam aku berpeluang ke Auditorium Perdana Angkasapuri untuk menyaksikan Pesta Pantun Bestari secara live.. Hehe.. Fisrt time tengok live broadcasting dijalankan. Dalam pesta kali ini, peringkat akhir adalah pertemuan di antara UM dengan UIAM. Yang jadi wakil tu member gua beb...Hehe.. Sebagai kawan, kemenangan diorang tu aku tumpang bangga sekali.. Hehe.. Tahniah kepada semua peserta yang bertanding.


Pengalaman kali pertama ke RTM, kali pertama tengok diorang buat live kat TV. Haha... Memang aku impikan semua neh.. Masa commercial break ada Abon dengan Aby Yus  buat lawak dengan pantun.. Haha.. Masa tengok TV lama gila iklan. Tengok live kejap je.. Haha... Tak puas tengok diorang buat lawak.

Sekali lagi Tahniah kepada pemenang. Piyan, Mastini, Jebat dan Arnee..

Junjung Warisan Bangsa.

Game Tag 1

Salam...

Dah lama aku tak main game neh.. Haha.. Terima kasih kepada orang yang menge'tag' iaitu Saudari Jenguk-jenguklah beliau kat SINI.. Ada rules dia na!! Macam biasa, hehe.. Aku kurang arif dalam tag-mengetag... Mintak tunjuk ajar ye..




RULESSSS!!!!
•Each person must post 11 things about themselves in their jurnal.
•Answer the questions the tagger set for you in their post and create eleven new questions for the people you tagged to answer.
•You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
•Go to their page and tell them you have tagged him/her.
•No tags back
•No stuff in the tagging section about you and tagged if you are reading this, You legminately (aka really,trust with all honestly) have to tag 11 people.


Aku rasa korang tak leh nak copy... Jenguk SINI tuk copy... Rasanya beliau yang create tag neh..

11 About Me
  1. Nama panggilan aku berubah-ubah ikut tempat tanpa aku mengubahnya. Haha.. Masa kecik member ngan keluarga aku panggil Iwan. Masuk sekolah menengah member aku panggil Mat Wan. Masuk UM, sekali lagi berubah. Diorang panggil aku Mawe daripada nama Mat Wan itu rasanya.. Haha...
  2. Dilahirkan oleh Puan Ibu pada tahun 1989 bulan Jun di Kampung Dabong yang terletak dalam Jajahan Kuala Krai, Kelantan Darul Naim.
  3. Bermula dengan TABIKA dan kemudiannya lulus untuk masuk Darjah 1 tanpa sebarang kegagalan di Sekolah Kebangsaan Kuala Gris. Melangkah ke peringkat menengah rendah pada awalnya di SMK Beris Panchor, Bachok, Kelantan. Namun disebabkan masalah kesihatan, aku menyambung kembali Tingkatan 1 di SMK Dabong, Kuala Krai, Kelantan sehingga ke Tingkatan 5. 2008 aku sambung Tingkatan 6 di SMK Sultan Yahya Petra 1 Kuala Krai dalam aliran kesusasteraan.
  4. Merupakan seorang ketua kepada hulubalang dan dayang-dayang dalam Istana Ayahanda dan Bonda.
  5. Aku tak suka baca buku yang membosankan aku. Kalau buku yang tarik minat aku, tak sentuh Laptop pun tak pe.. Sekarang ni dah tak baca buku. Baca blog je. Hehe..
  6. Aku jugak suka makan. Terutama makanan free. Kalau ada bagi tahu.. Haha..
  7. Cita-cita aku banyak wei. Sejak kecik sampai sekarang. Sentiasa berubah-ubah jugak. Kalau kecik aku suka tengok citer Roda-roda Kuala Lumpur. Best woo.. pak cik bawa motor tuh.. Pastu bawak kereta peronda kejar perompak. Haha.. Kadang-kadang kalau pandang ke langit tengok kapal terbang teringin nak jadi pilot. Bawak jet fighter mengawasi ruang udara tanah air Haha.. Sekarang cita-cita aku nak jadi manusia yang berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. Hehe.. 
  8. Aku suka warna biru muda. Tak tau kenapa. Baju aku banyak biru muda kot. tak rancang orang bagi.. Haha.. Aku ambik je..
  9. Ada tabiat yang tak dapat dihentikan setiap kali nak berjalan jauh. Nampak gaya aku kena kerja beli kereta cepat-cepat macam ni. Haha.. Baru tenang...
  10. Sekarang ni duk kat UM. Sambung ijazah sarjana muda dalam bidang Pengajian Melayu. Diingatkan ini bukan kursus pendidikan. (dah ramai tanya).
  11. Jujur aku pening kepala nak tulis sampai 11 neh.. Haha.
Masa Untuk Jawab Soalan.

Nama Penuh: Mazwan Izaidi Mokhtar
Asal: Kelantan.
Belajar : Universiti Malaya.
Binatang disukai: Kucing kot.
Binatang yang tak suka : semua yang boleh mendatangkan bahaya.
Tarikh 11.11.11 : Tak ada apa-apa rasanya kecuali berita kemalangan maut dekat Behrang.
Peristiwa susah lupa : Kat Hostel zaman sekolah.
pendapat tentang blog : tak pandai nak menilai. Diri ini juga masih baru dalam dunia ni. Maaf dipinta.

Untuk soalan aku:
( korang jawab je lah apa yang aku dah jawab tu.. Hehe.)

Mesti 11 ke.. Sape aku nak tag.. Haha..

3 lagi terbuka kepada yang berminat.. hehe.. 





Kena tipu kawan sendiri buat bayar hutang !!

Salam...

Macam-macam sekarang ni. Kawan makan kawan. Bukan tak nak percaya kawan, tapi tu lah, bila dah jadi perkara macam ni buat kita terpikir 200 kali. Ada jugak orang macam ni. Memang suka tangguk di air yang keruh lah.. 

Emm.. baca lah lebih lanjut kat METRO ni...

Pandai-pandai dan hati-hati dalam pilih kawan.

Kau dah tak bolek sorok buku rekod lepas ni!!!

Salam...

Ingat tak dulu masa sekolah, tiap kali lepas exam cikgu akan bagi kita buku rekod untuk ibu bapa tandatangan.
Aku dulu, kalau result aku bagus, aku kasi kat mak bapak aku. Kalau tak, aku tanda sendiri.. Haha.. Jahat tak.. Tapi seingat aku sekali je aku tanda sendiri.

Yang selebihnya tu, aku tadah telinga.. Hehe.. Yang aku tanda sendiri tu sebab result aku memang teruk time tu.. Mid Year Exam Form 2.. Masa ni aku ketagih main game red alert ngan Counter Strike.. Kat kampung aku tu ada satu tempat yang budak-budak macam aku main game. Dulu mana kenal lagi pesbuk-pesbuk neh.. Tenet pun mahal kot rasanya masa tu.. Aku kenal ngan tenet pun masa form 5 nak apply UPU.. Hehe..

Makanya dulu, bolehlah dikelentongkan buku rekod tuh.. Pecah rahsia aku.. Zaman budak-budak. Akal pendek lagi pikir masa tu.. Hehe..

Tapi untuk korang-korang yang masih bersekolah.. Tak payah nak kelentong-kelentong.. Nanti kantoi pulak nanti.. Haha.. Walaupun korang tak bagi buku rekod.. Ingat mak ayah tak boleh nak check ka!.. Haha.. Zaman  dah maju.. Bukan pesbuk je.. Result korang pun dah di hujung jari sekarang ni..



Tak caya.. cuba check kat sini.. SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH...

Sekarang, ada berani nak kelentong... Jangan tiru macam saya!!!

Shahrukh Khan disoal siasat

Salam...

Sape tak kenal Shahrukh Khan.. Haha.. Ada sesuatu yang tak kena dengan korang.. Berita terbaru mengenai pelakon tersohor Bollywood ni adalah mengenai pelaburan beliau dalam pasukan kriket tempatan..

NEW DELHI: Pelakon tersohor Bollywood Shahrukh Khan disiasat oleh agensi pengubahan wang haram India berhubung penglibatannya dalam liga kriket tempatan dan pemilikan sebuah pasukan kriket yang membabitkan aliran tunai yang banyak.

Khan, pemilik bersama Kolkata Knight Riders, disoal siasat hampir enam jam oleh agensi penguatkuasa Enforcement Directorate (ED), berhubung dakwaan "penipuan" kewangan dalam Liga Perdana India (IPL) profesional, menurut laporan Hindustan Times. 

Menurut laporan media, aktor itu disoal siasat "berhubung corak pegangan saham, pembelian pemain, perbelanjaan iklan, keuntungan dan kerugian." 

Khan disoal siasat pada 5 Nov di pejabat ED di Mumbai tetapi setakat ini tiada pihak mengulas isu itu.


Pelakon itu dilaporkan membeli francise IPL pada 2008 hampir US$75 juta (RM240 juta) bagi tempoh 10 tahun.


IPL bertukar menjadi acara kriket penuh glamor selepas beberapa bintang terkenal Bollywood -- Khan, Shilpa Shetty dan Preity Zinta serta tokoh korporat terkemuka India seperti Mukesh Ambani, menjadi pemilik pasukan-pasukan yang membariskan pemain tempatan dan asing. 

Tetapi liga itu kemudiannya diselubungi kontroversi selepas muncul dakwaan mengenai kewujudan pelaburan "black money", memaksa pihak berkuasa melakukan siasatan mengenai promoter IPL, Lalit Modi dan beberapa pemilik pasukan. 

Tiga tahun selepas pelancaran IPL, jenama itu kini bernilai lebih US$3 bilion (RM9.6 bilion). - BERNAMA

Sumber : Harian Metro

Bola Kertas

Salam...

Musim hujan, biasalah hujan petang-petang ni. Dalam TV pun duk ramal banjir besar akan berlaku sedikit masa lagi. Semua agensi keselamatan sudah dikerah melakukan persediaan menghadapi musim tengkujuh terutama di Pantai Timur.

Ketika hujan, maka bermulalah aktiviti tonton-menonton TV.. Haha.. Aku tengok Upin Ipin tadi. Dalam kartun tu buat aku teringat permainan yang pernah aku main dalam kelas waktu kecik-kecik dulu. Masa cikgu tak de dalam kelas, memang akan main benda ni la.

Permainan macam ni kalau kat tempat aku dulu ada musim-musim dia. Ada musim main wau, ada musim main gasing, campak getah, teng teng a.k.a dek coks, main gelek rel basikal dan banyak lagilah. Macam-macam jenis permaianan ada. Dengan tudung botol pun boleh buat main.

Yang aku nak cerita ni main bola kertas. Rupanya lebih kurang main bola padang jugaklah. Cumanya ada dua orang je pemain yang control kertas-kertas yang berperanan sebagai pemain tu. Bola dia pun dari kertas dan gumpal berbentuk bulat. Rupa dia macam kat bawah neh.

Kredit gambar sini

Ada banyak lagi permainan dulu-dulu. Tak tau lah budak-budak zaman sekarang ni main ke tak. Maklumlah mereka semua dilahirkan dalam dunia yang dah ada teknologi.

Sila like page Kisah Mawe kalau sudi kat SINI.
Join Group Blog member aku kat SINI.

Kredit gambar disini: Kechik itu Comel

Jalan Raya dan Hari Raya...

Salam Aidiladha buat semua penulis blog dan pembaca yang beragama Islam...

Hari ni, hari kedua kita menyambut Aidiladha. Cuti mereka-mereka yang bekerja pun dengar ceritanya tak panjang. Mungkin dah ada yang berkerja arini, mugkin esok dan mungkin juga ada yang cuti lama macam aku. Cuma aku tak kerja.. Hehe...

Setiap kali raya, mesti akan ada berita di jalan-jalan raya. Dua perkataan yang berbeza makna namun ada perkaitannya. Setiap kali raya, apa-apa raya sekalipun mesti akan berita mengenai kemalangan jalan raya, kesesakan jalan raya, sekatan jalan raya dan sebagainya.. Betul tak?

Kalau kat tempat aku ni, lagilah. Sebelum dan selepas mesti ada traffic jam... Dah lumrah dah setibanya musim perayaan. Nasib baik aku duk tengah-tengah Kelantan. Hehe.. Banyak jalan alternatif. Tapi keadaan jalan tidak memuaskan sangat..

Aku tak tau nak tulis apa dah... Otak tepu nak menulis neh.. Haha.. Banyak makan daging agaknya...

Ok.. Kat sini ada iklan... mana-mana silent reader (bajet macam ada) hehe.. Anda sila-silalah like page blog ni ye.. FB baru ni tak tau dah nak letak kat blog macam mana. Hari tu buang sebab berat sangat. 

Dan kepada bloggers anda boleh masuk ke  blog group yang dibuat oleh sahabat blogger aku. Insyaallah, akan diterima masuk memeriahkan group ni. hehe.. harap tuan punya group tu izinkan.. hehe..

Ni untuk page blog Kisah Mawe
NI untuk blog group Tekan Sini..

Sila-silalah ye..

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...