klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Kau dah tak bolek sorok buku rekod lepas ni!!!

Salam...

Ingat tak dulu masa sekolah, tiap kali lepas exam cikgu akan bagi kita buku rekod untuk ibu bapa tandatangan.
Aku dulu, kalau result aku bagus, aku kasi kat mak bapak aku. Kalau tak, aku tanda sendiri.. Haha.. Jahat tak.. Tapi seingat aku sekali je aku tanda sendiri.

Yang selebihnya tu, aku tadah telinga.. Hehe.. Yang aku tanda sendiri tu sebab result aku memang teruk time tu.. Mid Year Exam Form 2.. Masa ni aku ketagih main game red alert ngan Counter Strike.. Kat kampung aku tu ada satu tempat yang budak-budak macam aku main game. Dulu mana kenal lagi pesbuk-pesbuk neh.. Tenet pun mahal kot rasanya masa tu.. Aku kenal ngan tenet pun masa form 5 nak apply UPU.. Hehe..

Makanya dulu, bolehlah dikelentongkan buku rekod tuh.. Pecah rahsia aku.. Zaman budak-budak. Akal pendek lagi pikir masa tu.. Hehe..

Tapi untuk korang-korang yang masih bersekolah.. Tak payah nak kelentong-kelentong.. Nanti kantoi pulak nanti.. Haha.. Walaupun korang tak bagi buku rekod.. Ingat mak ayah tak boleh nak check ka!.. Haha.. Zaman  dah maju.. Bukan pesbuk je.. Result korang pun dah di hujung jari sekarang ni..



Tak caya.. cuba check kat sini.. SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH...

Sekarang, ada berani nak kelentong... Jangan tiru macam saya!!!

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...