klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Peringatan Banjir.

Salam..

Dah nak masuk musim tengkujuh. Dijangka angin kencang dan laut bergelora bermula pada Isnin ini.

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan perairan negara diramal dilanda angin kencang dan laut bergelora Isnin ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa angin berkelajuan 40-50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku sehingga 29 November.
Angin kencang itu dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Tioman.
Kawasan lain yang terbabit adalah perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Condore dan Reef North (sekitar kawasan perairan Laut China Selatan), Pulau Layang-layang, Bunguran (antara Semenanjung dan Kuching), Reef South (sepanjang perairan Sarawak) dan Palawan (utara Sabah). 

Keadaan angin kecang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan bot kecil. - BERNAMA

One Response to Peringatan Banjir.

  1. Tanpa Nama says:

    Satu je, bila hujan ni paling takut adalah banjir.

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...