klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

UPSR: Aku ambik 10 tahun lepas...

Salam...

Hari ni keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Bagi yang tidak berjaya tu jangan putusan asa. Perjalanan dalam menuntut ilmu tu masih panjang. 

Selalunya yang paling gembira ibu bapa.. Budak-budak biasa buat dek je kan.. Teringat kenangan aku ambik UPSR dulu.. Aku berterima kasih kepada cikgu-cikgu yang berdedikasi mencurahkan ilmu kepada kami anak-anak yang berada di pedalaman ini.

Keadaan kampung aku dulu sangat berbeza berbanding dengan hari ini. Satu-satu jalan untuk masuk ke kampung aku tu kena melalui ladang getah dan kelapa sawit yang jalannya berbatu. Tiada lagi istilah jalan tar bagi kami pada waktu tu. Tetapi, alhamdulillah pada waktu itu sudah ada elektrik 24 jam. Seingat aku, elektrik 24 bermula ketika aku darjah 2@3.

Sebelum itu, pakai enjin. Hanya dihidupkan pada waktu malam. Sekali sekala dihidupkan awal pada siang hari. Sanggup tinggkalkan permainan semata-mata nak tengok TV pada waktu siang.

Cikgu aku waktu tu buat kelas tambahan siang dan malam. Seingat aku tanpa meminta satu sen pun. Kalau ada pun untuk kos-kos percetakkan. 

Akhirnya hari pengumuman keputusan. Kalau kat KL keputusan umum jam 9. Dekat Kota Bharu jam 12 tengah hari. Kat sekolah aku sampai jam 5 petang. Masa tu baru aku tahu result aku. Punyalah pergi bermain kat sekolah nak tunggu dari tenggah hari. Petang baru sampai.

Oleh itu, bersyukurlah kalin yang berada di genarasi ini. Hehe... Semunya boleh diperolehi dengan hujung jari. Kalau tak pun tekan butang Handphone dan Call... Hehe...

Tahniah buat mereka yang berjaya.....
Terima Kasih Cikgu....

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...