klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Game Tag 1

Salam...

Dah lama aku tak main game neh.. Haha.. Terima kasih kepada orang yang menge'tag' iaitu Saudari Jenguk-jenguklah beliau kat SINI.. Ada rules dia na!! Macam biasa, hehe.. Aku kurang arif dalam tag-mengetag... Mintak tunjuk ajar ye..




RULESSSS!!!!
•Each person must post 11 things about themselves in their jurnal.
•Answer the questions the tagger set for you in their post and create eleven new questions for the people you tagged to answer.
•You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
•Go to their page and tell them you have tagged him/her.
•No tags back
•No stuff in the tagging section about you and tagged if you are reading this, You legminately (aka really,trust with all honestly) have to tag 11 people.


Aku rasa korang tak leh nak copy... Jenguk SINI tuk copy... Rasanya beliau yang create tag neh..

11 About Me
  1. Nama panggilan aku berubah-ubah ikut tempat tanpa aku mengubahnya. Haha.. Masa kecik member ngan keluarga aku panggil Iwan. Masuk sekolah menengah member aku panggil Mat Wan. Masuk UM, sekali lagi berubah. Diorang panggil aku Mawe daripada nama Mat Wan itu rasanya.. Haha...
  2. Dilahirkan oleh Puan Ibu pada tahun 1989 bulan Jun di Kampung Dabong yang terletak dalam Jajahan Kuala Krai, Kelantan Darul Naim.
  3. Bermula dengan TABIKA dan kemudiannya lulus untuk masuk Darjah 1 tanpa sebarang kegagalan di Sekolah Kebangsaan Kuala Gris. Melangkah ke peringkat menengah rendah pada awalnya di SMK Beris Panchor, Bachok, Kelantan. Namun disebabkan masalah kesihatan, aku menyambung kembali Tingkatan 1 di SMK Dabong, Kuala Krai, Kelantan sehingga ke Tingkatan 5. 2008 aku sambung Tingkatan 6 di SMK Sultan Yahya Petra 1 Kuala Krai dalam aliran kesusasteraan.
  4. Merupakan seorang ketua kepada hulubalang dan dayang-dayang dalam Istana Ayahanda dan Bonda.
  5. Aku tak suka baca buku yang membosankan aku. Kalau buku yang tarik minat aku, tak sentuh Laptop pun tak pe.. Sekarang ni dah tak baca buku. Baca blog je. Hehe..
  6. Aku jugak suka makan. Terutama makanan free. Kalau ada bagi tahu.. Haha..
  7. Cita-cita aku banyak wei. Sejak kecik sampai sekarang. Sentiasa berubah-ubah jugak. Kalau kecik aku suka tengok citer Roda-roda Kuala Lumpur. Best woo.. pak cik bawa motor tuh.. Pastu bawak kereta peronda kejar perompak. Haha.. Kadang-kadang kalau pandang ke langit tengok kapal terbang teringin nak jadi pilot. Bawak jet fighter mengawasi ruang udara tanah air Haha.. Sekarang cita-cita aku nak jadi manusia yang berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. Hehe.. 
  8. Aku suka warna biru muda. Tak tau kenapa. Baju aku banyak biru muda kot. tak rancang orang bagi.. Haha.. Aku ambik je..
  9. Ada tabiat yang tak dapat dihentikan setiap kali nak berjalan jauh. Nampak gaya aku kena kerja beli kereta cepat-cepat macam ni. Haha.. Baru tenang...
  10. Sekarang ni duk kat UM. Sambung ijazah sarjana muda dalam bidang Pengajian Melayu. Diingatkan ini bukan kursus pendidikan. (dah ramai tanya).
  11. Jujur aku pening kepala nak tulis sampai 11 neh.. Haha.
Masa Untuk Jawab Soalan.

Nama Penuh: Mazwan Izaidi Mokhtar
Asal: Kelantan.
Belajar : Universiti Malaya.
Binatang disukai: Kucing kot.
Binatang yang tak suka : semua yang boleh mendatangkan bahaya.
Tarikh 11.11.11 : Tak ada apa-apa rasanya kecuali berita kemalangan maut dekat Behrang.
Peristiwa susah lupa : Kat Hostel zaman sekolah.
pendapat tentang blog : tak pandai nak menilai. Diri ini juga masih baru dalam dunia ni. Maaf dipinta.

Untuk soalan aku:
( korang jawab je lah apa yang aku dah jawab tu.. Hehe.)

Mesti 11 ke.. Sape aku nak tag.. Haha..

3 lagi terbuka kepada yang berminat.. hehe.. 





One Response to Game Tag 1

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...