klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Sifat lahir berdasarkan tarikh lahir.


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal 
Contoh: 12 April 1974, 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-


1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian - Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand.
9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Di "copy and paste" sepenuhnya dengan mintak izin dari sini ...

Cerita Budak Kampung 2


" Oh luas rupanya bumi Tuhan ini, ada yang berbukit, ada yang berbatu, ada daunan hijau, ada lapisan kaca-kaca"

Budak kampung itu bermonolog dalam perjalanannya. Rata-rata yang melihatnya berasa pelik. Kiri kanan orang melihatnya. Namun dia tetap melangkah dan terus melangkah meningkah arus lautan manusia yang berada di hadapannya.

Tiba di persimpangan, budak kampung itu berhenti. Tertanya-tanya ke mana harus di tuju. Kadang-kadang dia tertanya-tanya betulkah pilihannya itu. Tetapi apakan daya, mahu tidak mahu dia harus meneruskan langkah yang telah dia mulai.

" Aku harus kuat demi mereka"


Persimpangan itu bersimpang-siur. Harus dipilihnya sebauk mungkin. Silap langkahnya, binasa badannya. Harus berhati-hati dalam segala tindak-tanduk. Ada mata-mata yang memerhati. Ada yang simpati. Ada yang membuta tuli. Ada juga yang tidak puas hati..

...




Cerita Budak Kampung

Ku buka ceritanya dengan Bismillah dan Salam...

Pertama kali si budak kampung ke bandar. Benda pertama yang dilihatnya. Menara dua batang yang sama bentuknya. Dia tak tahu apa nama. Yang dia tahu semuanya bangunan. Andai dia terjatuh ke dalam hutan batu itu, tidak mungkin dapat mencari jalan pulang.

Semuanya baru dan asing baginya. Sungguh berbeza dari sebelumnya.

Namun, tekad budak kampung itu ingin melangkah dan terus melangkah. Dalam dunianya yang baru ini. Akan ditempis segala yang menghalang. 

Semuanya demi satu matlamat. Membawa harapan dari kampungnya. Sungguh besar pengorbanannya. Sangat besar harapan orang kampung kepadanya. Terutama Bonda dan Ayahandanya.

Budak kampung terus berjalan dan berjalan di tempat baru. Ada hala tujunya tapi tidak tahu kemana dia menuju.

Bersambung... sini


Darjah 4 dah jadi kepala penyamun...!!

Salam..

Terbaca kat Metro. Mungkin ada yang dah baca, tak pe nak kongsi jugak. Ni cerita pasal budak darjah 4 yang mengetuai rakan-rakannya menyamun sebuah rumah. Bukan samun kecik-kecik, diorang samun barang-barang berharga termasuklah barang kemas bernilai ribuan ringgit..

Hmm.. Siap berkelah lagi dalam rumah yang diorang samun.. Budak-budak zaman sekarang neh... Makin berani ambik tindakan sendiri.

Kalau zaman aku kecik-kecik dulu, setakat ambik rambutan jiran tu, kira paling hebatlah waktu tu. Tak adalah sampai tahap nak samun rumah. Tak berani gua.. Tu pun betul-betul pastikan line clear.. Hehe.. Lepas tu baru mintak dengan tuan rumah.. Biasanya diorang bagi.. Tapi biasanya mintak dulu la baru ambik.. Lebih baik begitu kan??

Macam mana neh.. Salah siapa agaknya... Renung-renungkanlah...

Cerita panjang kat sini : Harian Metro

Google+

Salam Sejahtera 1Malaysia.

Rasanya semua dah tahu kan Muka Buku telah berubah wajah berkali-kali. Kali ni lagi pening dibuatnya. Bagi aku kali ni, dah tak ada privacy lagi. Semua orang boleh tahu apa kita buat, apa kita komen, sape kita add, dan banyak lagilah. Makin di'upgrade' makin haru jadinya.

Oleh itu... Haha.. Jom join Google+.. Hahaha.. Iklan bagi pihak Google.. Setakat ni, aku pun tak berapa reti guna benda ni.. Tapi fungsinya lebih kurang FB jelah rasanya.. Kurang arif di situ.. Mungkin ada yang lebih arif boleh terangkan.. Memandangkan masih baru, aku tak tahu mana nak letak butang Google+ kat blog neh.. Haha..

Kawan pun tak ramai lagi.. Haha.. Sape-sape yang ada tu, kalau sudi boleh la add beserta dengan pakej tunjuk ajar sekali.. Hehe.. Tak reti.. Serius.. Ambik masa nak selongkar.. Ada circle-cirle tak paham.. Haha..


Kita tak tahu apa yang kita tahu

Salam..

Aku dapat ni dari laman perkongsian sosial.. Hehe.. FB la.. Ayat-ayat ni penuh dengan maksud yang tersirat dalam ketersuratannya

"Ada seorang perempuan, umurnya 15 tahun, bawa anak-anaknya jalan-jalan di pasaraya"
- Orang kata dia tu perempuan hina, tak suci, tak malu.
- Tak ada orang tahu, dia dirogol pada umur 13 tahun.

"Ada seorang lelaki, dia sangat-sangat gemuk"
- Orang kata dia tu tak tahu jaga diri.
- Tak ada orang tahu yang dia berpenyakit, makan tak makan. Tiap-tiap hari berat badan naik.

"Ada seorang tua, matanya buta, telinganya tak ada"
- Orang kata dia tu hodoh, sangat-sangat hodoh.
- Tapi tak ada orang tahu, dia tu askar, hilang mata dan telinga sewaktu mempertahankan negara.

Banyak benda dalam dunia ni kita nakmpak, tak bermakna kita tahu segala-galanya.


Kempen sokongan terhadap pasukan Olimpik negara

Salam...

Ayuh tunjuk sokongan terhadap pasukan olimpik negara yang bakal menentang Jepun pada 21 September ini. Sebagai tanda sokongan kita, marilah sama-sama kita tukar gambar profil facebook kepada gambar di bawah ini. Setidak-tidaknya ini yang termampu kita lakukan berbanding dengan pemain-pemain negara yang mencurahkan keringat untuk negara.



Kredit gambar : Harimau Malaya

Masa suka ria dah habis... Dah ! Pergi belajar...

Salam...

Honeymoon dah habis eh.. Hehe.. 4 Bulan cuti berkarat kepala otak aku neh..Dah tepu.. Walaupun dah masuk minggu kedua, serius otak masih di awang-awangan... Haha.. Tahun ni tahun terkahir, seperti yang telah aku nyatakan dalam entri sebelum neh.. Semester kelima aku kat sini.. Tahun depan, tak ada aral yang melintang, insya Allah habislah pengajianku di universiti tercinta ini..

Okeh, masa suka ria dah tamat ye kawan-kawan.. Mungkin korang semua dah ready dah.. Tapi aku neh, rasanya masih di takuk yang lama. Awal-awal semester neh kena kumpul semangat untuk bertahan sehingga ke akhir tiupan wisel pada hujung semester nanti.. Tapi biasanya awal-awal je.. Masuk tengah semester lost balik... Hehe... Nak exam barulah nak kalut bagai kan.. Haha..

Masa tutorial kebanyakan semua dah settle.. Padat dan mutakhir sikit.. Sape suh gatal ambik kelas dua hari je.. Padan dengan muka tuh.. Haha.. Member aku cakap biar penat dua hari, asal dapat cuti banyak hari.. Haha..

Okeh.. Semangat nak siapkan asaimen.. Haha. Bye-bye..

Mak Aih!! RM 3j belanja jaga kandungan...

Salam..

Terkejut aku baca berita neh.. RM 3j belanja untuk jaga  proses kehamilan. Belanja kahwin yang biasa pun tak sampai tiga juta kot.. Tapi ni betul-betul, tak tipu-tipu ye.. Akak Beyonce kita ngan suaminya Jay Z dilaporkan membelanjakan kira-kira $1juta (RM 3 juta duit Malaysia kira-kiranya) bagi memastikan tempoh kehamilan berjalan lancar dan selamat.

Menurut Majalah Now, pasangan tersebut buat pelaburan dalam semua aspek seperti pemakanan, kesihatan, dan sebagainya. 

RM 3j tu beb.. Hehe... Kalau bagi orang kebanyakan macam kita ni, macam-macam dah boleh buat kot. Sebuah rumah lengkap dengan perabot dan sebuah kereta pun dah lepas tuh.. 

Apapun, penjagaan kesihatan ibu yang mengandung adalah perlu bagi memastikan kesiahatan ibu dan anak dalam kandungan itu berada dalam keadaan yang baik..

----->>> RM 3 juta tuh.. Kalaulah dapat.... Aku nak....

Sumber: BH Online

Pil kurus bukan penyelesaian untuk kurus

Salam.

Ini merupakan salah satu isu sensitif di Malaysia. Masalah kegemukan. Rata-rata, baik lelaki mahupun wanita pasti akan memperkatakan hal ini. Masing-masing mahukan bentuk badan idaman atau ideal bagi kelihatan cantik dan menawan pada pandangan mata.

Pelbagai cara diambil oleh mereka yang mengalami masalah ini. Ada yang kena dengan caranya. Tidak kurang juga ada yang mengambil jalan pintas semata-mata untuk cepat kurus tanpa memikirkan kesanya. Bahkan ada yang menghabiskan beribu ringgit untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan pelangsingan.

Tapi harus diingat, pil kurus bukan penyelesaian kepada masalah ini. Apa yang paling penting adalah tekad untuk berusaha menjaga kesihatan diri disamping secara rutin mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan memilih pemakanan yang seimbang.

Keinginan ditambahkan dengan keazaman yang tinggi pasti akan membuahkan hasil yang akan membuatkan kita pus hati.

Orang Minyak kena tangkap

Salam..

Gempar di satu blok pangsapuri di Gombak semalam apabila salah seorang penghuni menyedari akan kehadiran seorang lelaki yang berbogel di hadapan rumahnya. Kejadian ini disedari oleh pemilik rumah terbabit, apabila terjaga ekoran daripada terdengar bunyi dengusan nafas lelaki terbabit.

Lelaki terbait dipercayai mengamalkan ilmu hitam. Menurut sumber berita, beliau cuba untuk menghalau lelaki terbabit namun kelakuan aneh lelaki tersebut yang bersilat memaksa beliau untuk mengejutkan suaminya. Menyedari kehadiran suami wanita tersebut, 'orang minyak' tersebut melarikan diri dan berjaya ditangkap hasil kerjasama penduduk setempat.

--->>> Dah tak ada ilmu lain ke nak belajar.. Ilmu Syaitan jugak dicarinya.

Serius tengah bosan !!

Salam..

Tiga hari cuti termasuk semalam.. Tinggal sehari je lagi nak habiskan cuti hujung minggu neh.. Member semua balik kampung.. Tinggal yang jauh-jauh je.. Aku ni kira jauh la jugak kan.. Haha.. Baru je balik KL dah nak balik kampung.. Tak pasal-pasal kena lecture free pulak nanti.. Hehe..

Sekarang pulak musim hujan.. Nak beriadah tak boleh.. Nak jalan-jalan, keseorangan, tak ada kerja la pulak.. Haha.. Serius tak kan keluar sorang.. BAHAYA ! Macam-macam boleh jadi sekarang neh.. Lebih baik berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga..

Minggu ni, memang hujung minggu yang sangat bosan.. Geng main futsal semua balik, ditambah pulak dengan keadaan cuaca yang tidak begitu mengizinkan.. Entah berapa kali dah aku ulang ayat neh.. Haha..

Layan lagu dalam Youtube dah, FB dah muak dah, Tweet-tweet, takkan nak ulang twitt sama kot.. Haha.. Game dah lama aku habiskan challenge dia... Haha.. Serius!!! Aku memang tengah bosan!

Amazing !!!

‎7H15 M3554G3 53RV35 7O PR0V3 H0W 0UR M1ND5 C4N D0 4M4Z1NG 7H1NG5! 1MPR3551V3 7H1NG5! 1N 7H3 B3G1NN1NG 17 WA5 H4RD BU7 N0W, 0N 7H15 LIN3 Y0UR M1ND 1S R34D1NG 17 4U70M471C4LLY W17H0U7 3V3N 7H1NK1NG 4B0U7 17, B3 PROUD! 0NLY C34R741N P30PL3 C4N R3AD 7H15.
:)



Test power anda.. Haha.. aku dapat neh dari post FB member aku.. 

Selamat Hari Malaysia

Salam Hari Malaysia.

Hari ni 16 September merupakan hari yang cukup bermakna bagi Malaysia. Hari ini merupakan hari yang menandakan pembentukan sebuah negara yang ada pada hari ini iaitu Malaysia. Peristiwa bermakna ini memberi pengertian yang cukup besar kepada keseluruhan warga Malaysia.

Detik ini juga menandakan kemerdekaan bagi negeri Sabah dan Sarawak yang menjadi negeri taklukan British pada ketika itu. Perjalanan yang cukup panjang dengan penuh warna warni selama 54 tahun Merdeka dan 48 tahun terbentuknya sama-sama diharungi pelusuk masyarakat.

Justeru diharap, keharmonian serta keamanan yang kita kecapi pada hari ini, dapatlah terus dikekalkan untuk generasi yang akan datang. Anugerah yang cukup bermakna ini, harus dinikmati sebaik mungkin dengan penuh rasa kesyukuran. Warisilah keamanan yang kita kecapi ini kepada anak-anak kita kelak.

Selamat Hari Malaysia.

Masuknya semester kelima tahun yang terakhir.

Salam sejahtera buat 1Malaysia.

Hari ni maka bermulalah semester kelima tahun yang terakhir pengajianku di bumi Malaya tercinta ini. Tapi esok baru aku ada kelas.. Orang lain dah start dah kelas diorang... Haha..Terutamanya junior-junior tahun pertama yang baru sahaja selesai menjalani minggu orientasi atau lebih dikenali dengan Minggu Haluan Siswa.

Seperti mereka juga, aku melangkah disini dengan penuh harapan yang menggunung setinggi gunung kinabalu ingin mencapai kejayaan disini.. Hehe.. Pejam jelik, pejam celik kejap je. Dah masuk tiga tahun. Rasa baru semalam je aku join orientasi batch aku. Hmm.. Dah nak habis dah..

Cabaran yang paling besar menanti selepas tamat pengajian nanti.. Hanya mamou berusaha setakat yang termampu. DIA yang menentukan. Baik buruk sesuatu kejadian pasti ada hikmah disebaliknya...

Kammate !!! 

Selamat datang kepada  freshie ke Universiti Malaya. Selamat kembali rakan-rakan seperjuangan.

Sihir Gambar FB. BAHAYA !!!!

Salam...

Wahai semua pengguna FB. BErhati-hatilah anda semua ketika mengupload sesuatu gambar kerana kemungkinan bahaya yang akan menimpa itu adalah tinggi. Mungkin ada yang iri hati dengan kita tanpa kita ketahui.

Mereka mengambil jalan mudah tanpa berusaha dan sanggup mengetepikan agama untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan termasuk dengan menggunakan sihir dan santau.

Kejadian terbaru berlaku di Nilai. Seorang gadis disihir dan disantau oleh bekas teman wanita kekasihnya. Wanita tersebut menggunakan gambar yang terdapat dalam FB mangsa untuk tujuan pemujaan sihir dan meletakkan abu mayat dalam makanannya..

Sumber: Kosmo

Siti Nurhaliza dalam Google Translate


Ini bukan ilusi.. Tak percaya ! Ikut langkah ni.

  • Pergi ke Google Translate
  • Setkan kepada English-Malay
  • Taip 'beatles'

Sape nak tempah MyVi baru ?

Salam..


Rasanya korang semua dah tahukan.. Perodua telah mengeluarkan model terbaru Myvi 1.5 liter. Sambutan hangat pengguna, mendorong Perodua mempertingkatkan keupayaan Myvi.. 


Aku tengok Myvi ni boleh tahanlah jugak.. Aku tak reti nak nilai kereta best ke tak.. Tapi tengok bentuk tu lawa.. Menurut mereka, kereta ni disasarkan kepada eksekutif muda yang inginkan gaya sporty dan premium..

Tempahan akan dibuka pada hari Isnin ni.. Sape yang berminat tu, silalah..

"Lagi Power Lagi Best"

Sumber: HM

Nak beli top up banyak-banyak!!

Salam...

Hmm.. Aku nak gi beli prepaid banyak-banyak.. Haha.. Lepas ni mungkin dah kena bajet beli top up.. Kadar purata aku beli top up pun tak lah kerap sangat. Tapi harga lepas ni tuh.. Itu yang tak tahan tuh.. 6 % cukai akan dikenakan lepas ni... Oh tidak!!

Harga RM5 akan jadi RM5.30, RM10 akan jadi RM10.60. Begitulah berikutnya.. Mungkin lepas ni telco tidak seaktif hari ini dan laman sosial akan menjadi sehangat goreng pisang..

Haha.. jom ramai-ramai kita aktifkan laman sosial untuk berhubung ke arah mengeratkan silaturrahim.. hehe..

Guna YM, Skype atau seumpamanya untuk video call atau voice call, FB dan seumpanya untuk berchatting..

:--->>> Top Up VS Minyak Motor

Lanjutkan pembacaan di sini : Utusan Malaysia

Amaran : Jangan Nyanyi masa mandi !!!

Salam...

Kalau kat hostel ni, ada jugak la kadang-kadang aku dengar member-member aku 'test' suara masa mandi. Macam-macam lagu boleh dengar.. Haha... Kalau buat show laku la jugak, tapi dalam shower room je la.. Hehe..

KIsah penuh kat sini yer.. Harian Metro...

Motor aku tak hidup

Salam...

Penat dah ni.. Banyak kali dah start, tak hidup-hidup motor tuh.. Minyak banyak, plug ada api, tapi tak hidup-hidup jugak.. Haha... Berpeluh dah badan neh..

Emm.. Ada sape-sape tahu tak benda neh.. Selagi boleh repair sendiri tak nak lah hantar bengkel.. Takut macam-macam jadinya nanti.. Bendanya sikit je, cajnye takut lebih-lebih pulak.. Hehe..

Oh.. Hari ni dah ada yang datang mendaftar.. Kampus lain tak tau.. Tempat aku hari ni.. Selamat Datang ke UM ye...

>>>>>------- nak gi start motor balik...

Google buat 'doodle' Raya Merdeka.

Salam...

Blogspot buat wajah baru.. Haha.. Tak tau nak komen macam mana. Baru je tukar.. Haha...

Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54. Sambutan tahun ni akan diadakan pada 16 September memandangkan Malaysia menyambut perayaan terbesar umat Islam yang jatuhnya pada 30 dan 31 Ogos.

Bersempena dengan tu jugak, sape2 yang online semalam, kalau guna enjin carian Google, pasti akan melihat 'doodle' khas Raya Merdeka pada enjin carian tersebut. 


Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...