Salam semua...
Semalam telah diumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya dengan cemerlang. Semoga anda dapat mencapai apa yang anda impikan. Kepada yang tidak berjaya jangan anda berputus asa. Teruskan berusaha sehingga tercapai apa yang anda iginkan. Peluang masih terbuka luas untuk anda. Semunya terpulang pada anda sama ada mahu merebutnya atau tidak. Masih ada STPM dan sebagainya selepas SPM.. Fikir-fikirkanlah...
Adik aku pun ada ambik gak SPM tahun lepas.. Result dia kira ok daripada aku dulu.. Keluar keputusan SPM neh teringat masa aku nak ambik result dulu.. Bukan main semangat lagi.. Alik-alik apa yang diharapkan hancur berkecai.. Tak tahu nak cakap apa masa tu.. Masa tu kitorang hanya mampu tadah telinga kaunselor yang suruh jual no pin UPU kat member-member yang dapat result yang tinggi.. Tapi aku tak jual.. Tekad aku nak cuba isi..
Masa isi puan aku taruhkan harapan yang tinggi.. Semua no pin yang dibuka aku beli... Daripada UPU, borang maktab, politeknik dan SPA8.. Dulu seingat aku tingkatan 6 dikira secara automatik bagi yang layak.. Dalam banyak-banyak yang aku isi, tiba hari pengumuman satu je aku dapat... Ituu pun bukan harapan aku, memang tak ada dalam senarai langsungg.. Tak terfikir pun aku nak masuk kat situ.. Maktab, upu, politeknik.... semua tak dapat... Yang dapat adalah tawaran ke tingkatan 6..
Aku terus buat rayuan.. Ramai-ramai yang mohon sekali dengan aku, aku je yang tak dapat ke mana-mana kecuali tingkatan 6.. Dulu orang cakap tingkatab 6 ni paling susah.. Itu jugak salah satu sebab untuk aku tidak mahu ke tingkatan 6... Tapi akhirnya setelah dinasihatkan oleh ibu kawanku.. aku mendaftar ke tingkatan 6 dahulu sementara menunggu keputusan rayuan yang aku pohon.. Sebulan aku tunggu, rayuan aku jugak tidak berjaya.. Lepas tu aku teruskan jugaklah.. Lama-lama lepas tu dah tak ingat apa dah.. Mungkin dah serasi dengan tingkatan 6 kot..
Masuk awal Januari.. Pukul 1 pagi, dapat mesej daripada politeknik.. Ambilan Januari.. Punyalah dekat dia tawarkan kat aku.. kat Kuching.. Memang aku tak pergi ar.. Kalau aku orang kaya tak pe.. Memikirkan dah setengah tahun aku belajar tingkatan 6, bukan pelajaran.. dah beratus duit habis beli pakaian takkan nak tinggalkan pakaian macam tu je..
Tapi alhamdulillah, berkat doa ibu bapa dan ajaran guru-guru.. aku berjaya dan berada di sini hari ini... Terima kasih.. Dulu pernah salah seorang daripada budak kelas aku, keputusannya lebih kurang aku jugaklah.. Tapi rezeki dia masa tu lebih baik daripada aku.. "Apa barang masuk kelas pakai uniform".. Mungkin tu jadi pembakar semangat aku.. Aku tak cakap apa-apa.. Macam biasa.. Aku pendiam orangnya.. Haha...
Mungkin entri ni sambungan atau lebih mendalam entri kat sini... Entahlah.. Baca jelah dulu.. bagi respon kemudian..
Salam...kejayaan dalam hidup bukan semestinya dgn keputusan periksa yg amat baik ataupun bersyarat dgn kemasukan ke university yg baik-baik sahaja.
saya setuju... tp setiap org ada rezeki dia masing2.. kita hnya mampu berusaha dan Dia yang menentukan..