klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Kad Raya : Nostalgia zaman sekolah

Salam...

Dah tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan nak melabuhkan tirai.. Perantau-perantau pun dah ada yang mula mengorak langkah pulang ke kampung halaman masing-masing.. Hati-hatilah ye.. 

Kalau dulu ada aku tulis pasal kad raya bergelut dengan teknologi kan.. Hah tengok kat sini... Tapi kad tu masih lagi ada dan tetap menjadi tradisi sebelum menjelangnya aidilfitri..

Masa zaman sekolah dulu, aku rasa zaman yang paling aktif hantar-menghantar kad raya.. Haha.. Paling tak boleh blah, sekelas je pun.. tak pun kelas sebelah.. Haha..

" eh, aku hantar kad raya kat kau, kau balas balik erk nanti.." Haha... Ayat ni tak boleh tahan, nampak sangat tak popular.. Haha..

Kalau yang hensem-hensem dan cun-cun tuh, ada la terima kad raya dari secret admire katanya.. Kategori diorang ni, konpem tak balas.. Haha.. tak tahu sape yang hantar.. hehe..

Ayat-ayat yang biasa ditulis korang tengok kat sini.. Haha... Betul-betul sebijik.. Kadang-kadang dua tiga kad tulis benda yang sama je.. Tak tau nak tulis apa.. Haha.. Maklumlah, bukannya member yang lama tak jumpa., member yang hari-hari jumpa.. Haha...

Kenangan-kenangan..

Iklan : Tinted untuk raya. Klik SINI

2 Responses to Kad Raya : Nostalgia zaman sekolah

  1. kadang2 blurr.. x tau nak tulis ape... da lame x praktikkan tulis kad raye... hahaa.. sudahnye.. copy je blk ayat2 yg ade... hehee

  2. Cik Bell says:

    yang dpt dari secret admire tu yg best..xpyh susah2 nak menagih kad raya..huhu...pas tu ayat sume sepesen..baju raya bape psg? pose penuh ke x..haha..teringat kngn lama.. :)

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...