Salam...
Dah lama terabai blog aku neh.. Dah bersarang agaknya.. Haha.. Aku jenguk-jenguk mcam tu je.. Yang tegur masa jalan-jalan tu terima kasih daun keladi, silalah datang lagi.. Tak sempat nak balas kunjungan anda semua.. Banyak sangat kerjanya.. hehe..
Sekarang ni dah masuk ke pertengahan ramadhan dah.. Lagu raya pun dah berkumandang kat radio.. Emm.. Bukan nak citer pasal raya.. Pasal raya nanti lepas ni.. Banyak lagi masa.. Haha.. Tahun ni, memandangkan cuti semester dipanjangkan sehingga ke bulan September, maka dapatlah berpuasa selama sebulan di kampung halaman tercinta..
Istimewanya kat rumah ni, kita boleh plan nak makan apa.. Nak makan, masak.. Hahaha.. Makan pun puas hati..
Cuma kat kampung ni, ada pasar je seminggu sekali.. Tak ada bazar.. Pasar yang seminggu sekali tu pun jual barangan kelengkapan dapur dan pakaian-pakaian serta bahan-bahan mentah.. Cukup berbeza dengan bazar yang seratus peratus jual barangan bermasak...
Mungkin dah tak ada peluang dah nak berpuasa di kampus lepas ni.. Akan ku rindui saat berkonvoi motor mencari juadah berbuka di saat warga kota mahu pulang ke rumah.. Bersesak-sesak di jalan raya dan bersesak-sesak mencari juadah..
Apapun bersyukur dengan apa yang ada.. Pasar pun meriah macam bazar jugak..
best bro pose kt kg..aq tiap2 taun pose kt kg..ngeeee
thun ni je bro.. ada kesempatan.. Hehe.. Tahun2 depan tak tahulah.. Haha