Salam...
Raya dah nak dekat... Teringat zaman aku kecik-kecik dulu, tak sabar-sabar tunggu bapak aku balik bawa kad raya yang dikirim oleh saudara-mara. Kad yang diterima akan dibalas. Seingat aku, kali terakhir aku terima kad raya adalah daripada teman-teman sekolah aku.. Kami bertukar-tukar kad raya untuk menyerikan lagi kedatangan Syawal.
Lepas tu dah tak de dah.. Malam raya, berpuluh-pulus SMS masuk pengganti kad raya.. Kad raya sedang bergelut dengan teknologi.. Bagi aku, kad raya lebih bermakna berbanding dengan SMS. SMS boleh kita padam, kad raya boleh simpan, tak pun buat hiasan di dinding..
Mungkin masa kot jadi penyebab ramai orang guna SMS. Tidak dinafikan, memang masih ada yang hantar kad raya sebagai penganti diri di hari lebaran. Semoga tradisi ini tidak pupus ditenggelami arus teknologi.
:::~ Tak dapat kad raya, sms pun jadilah..
tp kad raye ade sentimental value tau.. x mcm sms... kdg2 kalo sms da full... kene delete... x best..
tu betul.. haha.. lagi2 pkai hpne murah je..