Mahalnya Tiket Piala Malaysia
Published on Isnin, 24 Oktober 2011 2 appreciated comments »
Salam...
Terkejut, terkedu, terkelu.. Senyum.. Tak perlu kata apa-apa. Harga tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia RM50 beb. Aku tak pernah pergi stadium pun sebelum ni walaupun team Kelantan ke final musim lepas. Tapi RM50 ni sangat mahal. RM30, sudah pun mahal bagi aku.
Maklumlah hidup sebagai student ni baru tahu makna disebalik perbelanjaan sekeping kertas bernama duit tu. Dengan harga RM50, seminggu perbelanjaan aku untuk seminggu dah tu dan aku boleh balik naik tren dengan ambik kelas yang ada tempat tidur. Hehe.. Sekarang ni kena berkira bab duit ni.
Apapun tahniah kepada Terengganu dan Negeri Sembilan kerana telah layak ke Final.
Mimpiku hanya mimpi.
Hujan
Bila jiwa ku gundah gulana
Ingin juga tuk kita bersua
Berbicara mengenai rasa ini
Dan terus ku bawa kau pergi
Mimpi ku hanya mimpi
Dalam imaginasi
Wajah mu selalu yang aku tunggu-tunggu
Jangan risau aku kan datang
Menemanimu disetiap waktu
Dihati ku rasa sentiasa selesa
Menunggu mencari bagai lupa diri
Ku nanti saatnya kita kan bersatu semula
Bagaikan matahari setia menanti mu
Ku doakan padanya agar kau pun begitu
Jangan di endahkan mulut orang selalu
Ianya hanya dugaan untuk mencoba iman mu
Mimpi ku hanya mimpi
Dalam imaginasi
Wajah mu selalu yang aku tunggu-tunggu
Jangan risau aku kan datang
Menemanimu disetiap waktu
Dihati ku rasa sentiasa selesa
Menunggu mencari bagai lupa diri
Ku nanti saatnya kita kan bersatu semula
Ingin juga tuk kita bersua
Berbicara mengenai rasa ini
Dan terus ku bawa kau pergi
Mimpi ku hanya mimpi
Dalam imaginasi
Wajah mu selalu yang aku tunggu-tunggu
Jangan risau aku kan datang
Menemanimu disetiap waktu
Dihati ku rasa sentiasa selesa
Menunggu mencari bagai lupa diri
Ku nanti saatnya kita kan bersatu semula
Bagaikan matahari setia menanti mu
Ku doakan padanya agar kau pun begitu
Jangan di endahkan mulut orang selalu
Ianya hanya dugaan untuk mencoba iman mu
Mimpi ku hanya mimpi
Dalam imaginasi
Wajah mu selalu yang aku tunggu-tunggu
Jangan risau aku kan datang
Menemanimu disetiap waktu
Dihati ku rasa sentiasa selesa
Menunggu mencari bagai lupa diri
Ku nanti saatnya kita kan bersatu semula
SAIDINA punya pasal!
Published on Jumaat, 14 Oktober 2011 6 appreciated comments »
Salam...
Di saat entri ni ditulis, jam menunjukkan 5.14 pagi. Tinggal beberapa minit je lagi nak masuk waktu Subuh. Kalau rebahkan diri atas katil konpem hanyut. Ni gara-gara terlalu asyik bermain SAIDINA sampai tak sedar dah jam 5 pagi. Oh, tidak!
Nasib baik tak de kelas esok. Kalau ada, memang aku setuju je apa yang lecturer aku bagi tahu. Ya, ya, dan ya. Tanda isyarat angguk-aguklah.
Lama dah tak main benda ni. Sejak zaman sekolah dulu. Asah bakat berniaga katanya. Haha.. Macam mana nak kekalkan kewangan dan aset yang ada. Kadang-kadang terpikir jugak nak main tipu. Haha.. Nasib baik main suka-suka je. Aku rasa, berniaga betul-betul pun lebih kurang macam ni kot.
Perasaan hasad dengki tu ada kalau tengok orang lebih daripada kita. Ada perasaan kita kena lebih daripada orang lain. Dari sudut yang positif benda ni baik. Tapi kena berlandaskan syariat agama. Agama tu kena kukuh. Baru tak buat benda yang bukan-bukan kan.
Jadikan kelebihan yang ada pada diri orang lain sebagai persaingan yang sihat antara kita dan sebagai pembakar semangat untuk terus maju. Rezeki ada di mana-mana. Kita je perlu bijak mencari dan menggunakan segala peluang yang ada.
Dah jadi tazkirah subuh dah. Hehe. Sape pernah main SAIDINA. Korang rasa tak apa yang aku rasa. Hehe...
POWER : AKPK
Published on Ahad, 9 Oktober 2011 6 appreciated comments »
Salam..
Pagi tadi aku menyertai secara rela dan paksanya untuk bangun pagi ke taklimat daripada PTPTN dan AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). Amat berguna program ini kepada mereka-mereka yang dibebani dengan masalah pengurusan kredit dengan kata lainya mereka yang berHUTANG.
Rupanya aku ni tergolong dalam golongan Dewasa Muda yang berhutang. Mana tidaknya, muda-muda dah buat loan nak sambung pengajian. Tapi negara kita bernasib baik, ada agensi yang memberikan kemudahan kewangan untuk melanjutkan pengajian.
Pernah aku bersembang dengan kenalan aku dari negara luar. Katanya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, pelajar tu sendiri yang kena cari wang. Kalau tak ada, mungkin dia hanya menyimpan sahaja hasratnya. Sebab itu kebanyakkan daripada mereka yang dalam kalangan tidak mampu hanya menamatkan pengajian di peringkat sekolah tinggi je.
Dah pinjam mesti kena bayar kan? Masa taklimat ni, ada di beri penerangan mengenai bagaimana kita nak menguruskan kewangan kita apabila makan gaji kelak. Antara keperluan dan kehendak perlu dikenal pasti. Yang paling penting katanya adalah BAJET. Ingatkan negara je buat bajet. Sebagai individu pun kena ada bajet. Barulah kewangan kita terurus dan tidak dikategorikan sebagai MUFLIS a.k.a BANKRAP nanti.
Terima kasih kepada penganjur. Program ini memang sangat berguna.
--->>> Cara tak bayar PTPTN. Belajar sampai dapat " FIRST CLASS DEGREE " katanya !!.. Berusaha!
Hujan dan Ubi Kayu.
Salam...
Hujan. Laporan kaji cuaca pun lapor hujan di kebanyakkan negeri. Kalau kat rumah Mak dengan Abah aku tiap-tiap hari tengok ramalan cuaca kat TV. Dah jadi rutin bagi mereka. Itulah sumber untuk kami mencari rezeki. Kalau hujan, alamatnya memang tak ke kebun getah la jawabnya.
Okeh.. bukan itu yang mahu diceritakan sebenarnya. Hujan tak hujan, mereka tetap ada kerja yang boleh dilakukan. Bersyukur kepada Allah Yang Maha Pemurah. Hujan-hujan ni kalau ada ubi, pergh... Best!. Ubi kayu rebus.
Memang peberet la ubi kayu ni musim-musim hujan macam ni. Tak kira pagi, petang siang, malam, pekena teh 'O' panas pulak tuh. Memang superb habis beb.
Ubi kayu ni jugak jadi makanan orang-orang tua masa zaman penjajahan Jepun dulu. Ubi kayulah makanan untuk mengalas perut lapar dalam menghadapi ancaman daripada tentera Jepun waktu tu. Begitu berharga ubi kayu pada waktu itu ibarat beras yang paling mahal pada hari ini.
Musim tengkujuh ni boleh dah nak gi gali ubi kayu neh.. Takut dimakan Cik B pulak nanti. Musuh ketat ubi kayu.
Indahnya rasa bila dicintai
Published on Sabtu, 8 Oktober 2011 1 lonely but appreciated comment »
Engkau tersenyum malu
Bila ku bertanya
Adakah diriku ada di hatimu
Aku amat terasa
Lirikan manjamu
Membuat diriku terus terlena
Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar
Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu
Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar
Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar
Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu
Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2011/08/lirik-lagu-terasa-di-syurga-sofazr.html#ixzz1a7AL65Vr
Bila ku bertanya
Adakah diriku ada di hatimu
Aku amat terasa
Lirikan manjamu
Membuat diriku terus terlena
Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar
Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu
Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar
Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar
Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu
Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2011/08/lirik-lagu-terasa-di-syurga-sofazr.html#ixzz1a7AL65Vr
Duk fikir masa depan dan masa kini... Masa lepas, biarlah berlalu...
Published on Khamis, 6 Oktober 2011 Leave your thoughts »
Salam...
Sekarang ni musim orang konvo ramai-ramai... Hehehe.. Sana sini ada photoshot gambar.. Aku nampak kat tempat aku la.. Hehe.. Tempat lain pun ada gak.. Emm.. Terpikir nak kombo dah.. Tapi tak habis agi.. Haha.. Untuk pengetahuan anda semua.. Entri ini berbentuk pengulangan kepada entri sebelum ini tapi dalam versi yang berbeza... Hehe..
Motipnya tak ada motip. Menghilangkan penat lepas beriadah bersama rakan-rakan seperjuangan. Kalau aku konvo nanti, satu keluarga nak bawak. Abah, mak, dan adik-adik semua. Aku masuk sini pun abah aku dengan sepupu aku je hantar. Kalau boleh aku nak bawak mereka masa aku konvo nanti. Ini cerita satu tahun kehadapan. Kegembiraan masa tu bukan kegembiraan aku sorang je. Kegembiraan mereka semua, terutama kedua orang tua aku.
Yang paling mustahak selepas selesai segala-galanya, adalah mencari bekalan untuk membawa mereka. Perlu aku usahakan sebaik mungkin selepas ini. Tangguhkan segala niat dan perancangan. Biar terbuku di dalam hati. Selesai semunya barulah nanti boleh diteruskan.
Apa yang kini, teruskan berjuang dan berjuang sehingga ke tulisan yang terakhir dalam medan peperiksaan di bangunan baru nanti.. Hehe... Sebelum lupa, senior aku konvo esok. Selamat Bergraduasi para pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Sekalung Tahniah diucapkan.
"Make the past, as a guide to move forward"
-->>> Nak gi tengok orang konvo. Ambik feel...
Memandai untuk pandai
Published on Selasa, 4 Oktober 2011 Leave your thoughts »
Salam..
Nak kata pandai aku tak pandai, malah memang tak tahu pun aku pandai. Orang kata aku pandai tapi aku tak pandai. Aku hanya memandai untuk pandai. Tu pun orang cakap aku pandai. Tahu berapa lama aku mengodek-godek nak untuk pandai. Aku gagal nak pandai. Aku memandai-mandai dan terus memandai-mandai sehinggalah aku pandai. Tapi tetap ada yang lebih pandai daripada yang pandai-pandai tu kan.
aku tak tau apa aku tulis neh.. xde motip
Festival Konvokesyen UM
Published on Ahad, 2 Oktober 2011 3 appreciated comments »
Salam..
Sekarang ni kebanyakkan IPTA di seluruh negara sedang mengadakan Istiadat Konvokesyan masing-masing. Samalah kat tempat aku ni. Semalam majlis perasmiannya, dirasmikan oleh DYTM Raja Dr. Nazrin, Pro Canselor UM, kalau tak silap. Aku tak pergi sana ada program dengan Jabatan aku. Terlepas saat perasmian itu.
Dengar cerita banyak acara yang ada sempena konvokesyen ni. Istiadat dalam Dewan, hanya dibenarkan untuk orang-orang yang berkenaan je. Festival tu, acara yang ada sempena konvo ni. Aku tak tahu sangat apa aktiviti yang ada. Biasanya ada gerai jualan. Teringin mau makan nasi kerabu. Lama sudah tak makan. Haha..
Tahniah kepada senior-senior aku yang grad tahun ni. Aku pun bakal mengikut jejak langkah diorang jugak nanti. Tak lama dah pun satu semester je lagi. Lepas tu.... mmm.. Itulah yang tengah difikir-fikir neh. Kena berusaha lebih gigih dah ni.. Aku tahu cabaranya, bukan semasa study tetapi selepas study. Buat masa ni, fikir positif fokus kepada yang sedang dihadapi.
Chaiyok!!
Tahniah dan Selamat Bergraduasi
Kepada Senior-senior
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
Kuala Lumpur
&
Kenalan SMK SYP1 yang konvo pada tahun ni.
TAHNIAH....
Tutti Frutti
Published on Sabtu, 1 Oktober 2011 2 appreciated comments »
Salam semua...
Kali ni pasal Aiskrim.. Haha.. Pasti korang dah biasa dengar aiskrim Baskin Robbin kan. Kalau tak silap dalam TV ada iklan ni sekarang. Haha.. Aku tak pernah cuba lagi.. Takut mahal.. Hehe.. Yang biasa aku makan aiskrim potong yang jual kat kedai runcit je... Haha..
Okeh, back to the point, sebenarnya di malam minggu ni jarang aku keluar dan malas nak keluar.. Duk melepak tengok TV citer makhluk asing.. Best woo citer tuh.. Hahaha.. Cerita sains fiksyen neh memang aku minat giler.. Eh.. Ok.. Member aku ajak keluar makan aiskrim kat Tutti Frutti kat Bangsar..
Emm.. Harganya mengikut timbangan. First time, beli aiskrim kena timbang. Yang aku tahu beli asam je timbang. Haha.. Berpatutanlah. Aku yang jakun ni, ambik semua perisa dan taruk nata de coco bagai. Sengal dah tahu kena timbangkan.. Mestilah berat semua tuh.. Hmm..
Ada keistimewaan Tutti Frutti neh.. Haaa.. 10% discount off for student every Monday to Friday. Dan ada lagi istimewa untuk para wanita diskaun diberi sebanyak 15% diskaun. Tak silap aku, kata member tu aku hari Selasa diskaun untuk wanita..
Ok.. Nak tahu lanjut rajin-rajin lah klik sini. Kalau yang dekat area Bangsar tu boleh la pergi kalau nak cuba yer.. Haha.. Terima asih kepada member aku yang bawak dan belanja makan aiskrim tu.. Hehe..