Salam...
Sekarang ni musim orang konvo ramai-ramai... Hehehe.. Sana sini ada photoshot gambar.. Aku nampak kat tempat aku la.. Hehe.. Tempat lain pun ada gak.. Emm.. Terpikir nak kombo dah.. Tapi tak habis agi.. Haha.. Untuk pengetahuan anda semua.. Entri ini berbentuk pengulangan kepada entri sebelum ini tapi dalam versi yang berbeza... Hehe..
Motipnya tak ada motip. Menghilangkan penat lepas beriadah bersama rakan-rakan seperjuangan. Kalau aku konvo nanti, satu keluarga nak bawak. Abah, mak, dan adik-adik semua. Aku masuk sini pun abah aku dengan sepupu aku je hantar. Kalau boleh aku nak bawak mereka masa aku konvo nanti. Ini cerita satu tahun kehadapan. Kegembiraan masa tu bukan kegembiraan aku sorang je. Kegembiraan mereka semua, terutama kedua orang tua aku.
Yang paling mustahak selepas selesai segala-galanya, adalah mencari bekalan untuk membawa mereka. Perlu aku usahakan sebaik mungkin selepas ini. Tangguhkan segala niat dan perancangan. Biar terbuku di dalam hati. Selesai semunya barulah nanti boleh diteruskan.
Apa yang kini, teruskan berjuang dan berjuang sehingga ke tulisan yang terakhir dalam medan peperiksaan di bangunan baru nanti.. Hehe... Sebelum lupa, senior aku konvo esok. Selamat Bergraduasi para pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Sekalung Tahniah diucapkan.
"Make the past, as a guide to move forward"
-->>> Nak gi tengok orang konvo. Ambik feel...
Catat Ulasan