klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

POWER : AKPK

Salam..

Pagi tadi aku menyertai secara rela dan paksanya untuk bangun pagi ke taklimat daripada PTPTN dan AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). Amat berguna program ini kepada mereka-mereka yang dibebani dengan masalah pengurusan kredit dengan kata lainya mereka yang berHUTANG.

Rupanya aku ni tergolong dalam golongan Dewasa Muda yang berhutang. Mana tidaknya, muda-muda dah buat loan nak sambung pengajian. Tapi negara kita bernasib baik, ada agensi yang memberikan kemudahan kewangan untuk melanjutkan pengajian.

Pernah aku bersembang dengan kenalan aku dari negara luar. Katanya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, pelajar tu sendiri yang kena cari wang. Kalau tak ada, mungkin dia hanya menyimpan sahaja hasratnya. Sebab itu kebanyakkan daripada mereka yang dalam kalangan tidak mampu hanya menamatkan pengajian di peringkat sekolah tinggi je.

Dah pinjam mesti kena bayar kan? Masa taklimat ni, ada di beri penerangan mengenai bagaimana kita nak menguruskan kewangan kita apabila makan gaji kelak. Antara keperluan dan kehendak perlu dikenal pasti. Yang paling penting katanya adalah BAJET. Ingatkan negara je buat bajet. Sebagai individu pun kena ada bajet. Barulah kewangan kita terurus dan tidak dikategorikan sebagai MUFLIS a.k.a BANKRAP nanti.

Terima kasih kepada penganjur. Program ini memang sangat berguna.

--->>> Cara tak bayar PTPTN. Belajar sampai dapat " FIRST CLASS DEGREE " katanya !!.. Berusaha!

6 Responses to POWER : AKPK

  1. Unknown says:

    haha3..dah berhempas pulas dapatkan fes class degree..sipi2 tapi tetap xberjaya...kena redha la bayar hutang kennn..he3

  2. Cik Ice says:

    Woh..kena berusaha keras niyh..x boley main2.. (-_-)' susah dulu senang kemudian kan.. (^_^)

  3. Elie Lily says:

    nak pinjam bukan main lagi kita ni..bila nk membayar tu..alamak..liatnya..ahahha

  4. Unknown says:

    sy dh joinAKPK ni..lega

  5. APAN says:

    kalau berhutang nak sambung blaja xpe ma...nanti dah dpt keje, gaji besar2 dah...huhu...
    seb baik aku xde utang ptptn...

  6. alamakkk . dah terlebih sangat dari namjam neh =.="

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...