Salam...
Terkejut, terkedu, terkelu.. Senyum.. Tak perlu kata apa-apa. Harga tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia RM50 beb. Aku tak pernah pergi stadium pun sebelum ni walaupun team Kelantan ke final musim lepas. Tapi RM50 ni sangat mahal. RM30, sudah pun mahal bagi aku.
Maklumlah hidup sebagai student ni baru tahu makna disebalik perbelanjaan sekeping kertas bernama duit tu. Dengan harga RM50, seminggu perbelanjaan aku untuk seminggu dah tu dan aku boleh balik naik tren dengan ambik kelas yang ada tempat tidur. Hehe.. Sekarang ni kena berkira bab duit ni.
Apapun tahniah kepada Terengganu dan Negeri Sembilan kerana telah layak ke Final.
memang mahal pon..jadi tak yahlah bazir duit ke arah tu..hehe..:P
salam a.adha :)