klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Perogol Bersiri diburu !!!

Salam..

Minta semua berhati-hati terutamanya anak-anak gadis.. Polis sedang mencari seorang lelaki yang disyaki telah merogol 19 orang gadis...

berita lanjut seperti berikutt :

Gambar UTUSAN MALAYSIA

KOTA BHARU 24 Ogos – Seorang lelaki yang dikategorikan amat berbahaya kini diburu polis kerana dipercayai telah merogol seramai 19 gadis selain terlibat dalam beberapa kes cubaan merogol di negeri ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan pihaknya mendapati, lelaki terbabit sering menjadikan pelajar dan pekerja yang tinggal di asrama sebagai mangsanya.

Menurut beliau, perogol bersiri berusia antara 20 hingga 30 tahun itu aktif melakukan jenayah itu sejak tahun lalu di negeri ini.

“Dalam kes terbaru di Tanah Merah, suspek dikatakan memecah masuk asrama mangsa, mengikat tangan dan mengugutnya dengan pisau sebelum merogol mangsa.

“Polis berjaya mengesan identiti suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berhampiran asrama tersebut dan kita sedang berusaha memburunya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mazlan berkata, kebanyakan kes rogol berlaku di rumah yang tidak berkunci dan pada tingkat atas bangunan asrama tersebut.

Berdasarkan modus operandi yang sama, katanya, polis percaya semua kes ini dilakukan oleh orang yang sama.

Kes ini tambah beliau, disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Nor Hafizah Nor Hamid di talian 017-6900714.


5 Responses to Perogol Bersiri diburu !!!

  1. hak gnim la pemushan bangsa...bodo sunguh la

  2. Mawe says:

    jenis ni xdop otak kot..

  3. hidup ikut nafsu serakah.. mcm ini la...

  4. GS pe mamat ni..huhu..mtk jauh lah

  5. ni kalau dpt tngkap ni..rejam ramai2 bagi mati..huhu..x layak hidup kat dunia..kalau peranagi mcm binatang

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...