klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Fuhh!!


Salam...

Fuh!! Dah berhabuk gamaknya.. Lamak gilak aku tinggalkan blog neh... Macam-macam benda dah beraswang kot.. Ada ke?? Nak cakap busy, busy ke? Tak mungkin, online nya memanjang, cuma blog je tak terbukak... Entahlah dah kurang rasa nak berblog sekarang ni...

Dah masuk final semester dah aku ni... Gembira tentunya tidak, sedih tak lagi kot, risau tu ada.. Cabaran kat depan tu Tuhan saje yang tahu.. Macam-macam dah aku pikir.. Kawan-kawan aku pun sama, ada yang dah rancang nak sambung ke peringkat yang seterusnya. Buat Master, bukan tak ada dalam plan aku, cuma kalau sambung terus tu mungkin tak.

Ada perkara yang lebih penting daripada tu.. Biarlah ringan beban kedua ibu bapaku dahulu, barulah aku pertimbangkan balik hasrat aku tu. Itu pun kalau apa yang berada dalam kepala aku ni mampu direalisasikan. 

Tengah tak busy ni, ada perkara luar jangka yang aku lakukan.. Haha... Pelik ke kalau lelaki baca novel. Kalau dulu aku duk kutuk-kutuk je member perempuan aku duk baca novel. Sanggup tangguh makan minum semata-mata nak baca novel.. Sekarang ambik kau! Dah tersangkut dalam dunia novel neh.. Haha..

Aku baca bukan saje-saje nak baca. Aku amik paper novel sem last ni.. Nak tak nak, kena jugak baca, mana tau dalam kelas dek nya soal pernah baca novel ke tak.. Senang la aku menggorengnya nanti.. Dah baca tu best la pulak..

Patutlah kawan-kawan kaum hawa ni bertungkus-lumus membaca tanpa rasa jemu. Pengalaman dua novel yang aku baca membuatkan aku berada dalam dunia tu. Haha.. Aku berfantasi berdasarkan novel tu.. Alangkah indahnya kalau fantasi benar-benar jadi realiti.. Mahu dunia seperti dalam novel benar-benar menjadi realiti.. Hehe...

Dah sampai seru gamaknya.. Mampu ke?? Kadang-kadang rasa teringin..Macam dalam lagu Shima pulak dah... Haha.. Namun, ada juga rasa tak berani, tak yakin dan takut. Takut apa yang kita buat tu bukan kerana yang sepatutnya. Hanya kerana nafsu dan keinginan semata-mata.. Minta dijauhkan.. Sebab tu aku mengharapkan fantasi novel itu menjadi realiti. 

Fantasi tetap fantasi. Buat entah kali yang ke berapa entri yang tak berisi.. Hehe..


Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...