klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Kahwin "Free"

Salam semua...

Sape nak kahwin free... Ni bukan kes jadi pak turut atau pak sanggup ye tuan-puan.. Ni kes baik punya.. 

"Berita baik buat pasangan yang inign berkahwin khususnya rakyat Kelantan. Kerajaan Kelantan melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri menyediakan peruntukan RM300,000 bagi membiayai 100 pasangan pengantin miskin yang ingin berkahwin di bawah Program Perkahwinan Perdana yang akan dilancarkan Sabtu depan." (Berita Harian)


Ini merupakan langkah yang diambil bagi menangani masalah penceraian yang begitu tinggi dalam kalangan pasangan yang berkahwin di ngeri itu serta bagi mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja... Ha!.. Mana-mana yang tak mempunyai wang yang mencukupi nak kahwin tu bolehlah mendaftar ye... Terhad 100 orang je tu... Bantuan yang dia bagi tu siap ada wang hantaran RM1000 untuk pihak lelaki, bantuan kenduri kahwin, peralatan dan tempat kahwin. Pakej lengkap tu. Siapa nak??

Langkah ni bagus jugakkan.. Terutama untuk remaja-remaja yang gatal-gatal. Daripada buat maksiat baik kahwin terus. Budak-budak zaman sekarang ni bukannya tahu malu. Tak tahulah nak jadi apa. Nak tahu lebih lanjut korang leh tengok skuad terjah menerjah dan jadi pen"SPY" dalam mendedahkan kegiatan tak bermoral. Tempat makan, hospital, apa mereka peduli. Janji dapat memuaskan serakah. Nau'zubillah.. Mintak dijauhkan..

Jadi yang nak kahwin, cepat-cepatlah ye daftar. Aku! Tunggu bantuan berikutnya.. haha

Salam..

2 Responses to Kahwin "Free"

  1. U.Y.A says:

    waaahhhh...best yerrrr!!kawin FREE tuuu

  2. Mawe says:

    hehe.. sila dftar....

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...