klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Edisi Warung Kita

Salam korang semua...

Mesti korang semua nak cari kelainan dan nak mencuba sesuatu yang baru dalam menu makanan tengah hari korangkan. Hari ni setelah berpusing mencari tempat makan, aku teringat satu tempat makan yang pernah seorang cikgu aku bawa pergi makan kat situ. Lokasi kedai tu dalam area Pantai Dalam,Kuala Lumpur.

Senang jugaklah nak cari kedai tu. Kalau dari jalan Bangsar terus lalu NPE dan keluar susur ke Pantai Dalam. Nama kedai tu Anis Putri N Rozita Cattering. Berbaloi jugaklah makan kat situ. Pilihan lauk pun banyak. Paling best gulai kawah die. Kebanyakkannya makanan adalah bercirikan masakan selera kampung kat Kelantan. 

Sambil makan korang leh dengar hiburan Pantai Timur... Apa lagi kalau bukan dikir barat.. hehe. Leh jugak lepaskan rindu kat kampung. Kadang-kadang ada show dikir barat jugak tau. Live dia buat tuk pengunjung yang makan tengah hari kat sana. Fuyoo... Menarik tak.. Aku lupa nak snap-snap gambar. Tapi ni yang aku cari dalam Google.. Terima kasih dan kredit jugaklah kepada pemilik gambar ni.. hehe





Kalau berkesempatan tu korang boleh pergi la try.. Mesti puas hati punye.. hehe.. Ini alamat die..

No. 4, Jalan Pantai Dalam, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
Tel: (+60) 19-282-6908

Selamat Mencuba...
Kredit gambar: 


One Response to Edisi Warung Kita

  1. Tanpa Nama says:

    dah g cuba dah....terbaikkkkk wokkkkk

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...