klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Balik Kampung Kejap..




Kepada Dia.

kepada Dia
aku menyerahkan takdirku
apa yang dikatakan-Nya
akan aku turuti dengan sepenuhnya

kerana Dia Maha Mengetahui
apa yang terbaik untukku
aku hanya mampu berusaha
redha dan tawakal kepada-Nya juga

hanya kerana Dia adanya aku di dunia
untuk membuat segala kebaikan
dan menentang segala kejahatan
untuk kebaikan bersama

dan kepada Dia jua
aku meminta dan berdoa
agar apa yang direncana dapat dilaksana
baik di dunia dan di akhirat sana

-Pena Arjuna 29/10/2010

Pencarian Ilham

Salam semua..

Hahaha.. Tak sabar rasanya nak balik kampung. Memandangkan cuti yang diberikan kepada aku adalah sebanyak 2 minggu, aku tambah sendiri je seminggu. Baguskan!! hehe. Maka bermulalah misi mencari nota-nota yang taertinggal dan ada yang tak pernah ada. haha. Aku sebenarnya bukan aku salin nota tu, cuma bila aku tilik-tilik balik, tulisan tu dah mengalahkan transkripsi ubat yang doktor bagi. Memang tak faham. hahaha.. Almaklumlah banyak faktor yang mempengaruhi.

Sebenarnya hari ni konon-kononya nak la tulis cerpen. Saje gatal-gatal sementara free lagi masa ni. Padahal nota banyak lagi nak kena cari. Puas aku berfikir nak cari ilham. Ke sana ke mari, hulu hilir, belajang depan, aku renung aku tenung. Last-last aku baring dan.......  zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.... haha... serius!!.. Ni baru bangkit.. hahaha... Tapi idea tu dah tak ada.. hehe..

Tengoklah, balik nanti mana tahu time nak tunggu train ke, naik train ke ada ilham datang. Aku kena sediakan pen dan kertas la jawabnya. Tapi nampak macam poyo la pulakkan. Aiseh.... haha.. Harap tak ada student lain masa aku balik nanti. hehe

Oklah.. aku pun nak sambung dunia Magika aku sendiri... Selamat Mengembara semua...

Terjemahan Lagu Tupai.

Salam semua..

Kerana kesuntukan masa semalam, aku terpaksa menanguhkan hajat untuk menterjemah kononnya dialek Kelantan ke dalam bahasa Melayu standart. Lagu yang aku pilih adalah lagu tupai. Jika diamati betul-betul lirik lagu ni, orang yang berada di luar Kelantan juga mampu memahami lagu ini kerana tujuan dan mesej lagu ini ditujukan kepada seluruh anggota masyarakat di Malaysia ini. Jom kita teroka apa lirik dia. hehe

Ado sekor…anok tupai…                ada seeekor anak tupai
Atas jula mokte…                         di atas *julai pokok rambutan
kudung ekor..perut lapar…           *kudung ekor perut lapar
jale cari make….(2x)                    berjalan mencari makan
(2x) 

kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. kejadian Tuhan, dipanggil nama tupai
asalnyo dale hute…                           asalnya di dalam hutan
sejenis mamalia…                             sejenis mamalia
(2x) 

kalu pasal jakit kot dehe…              kalau *berjingkit-jingkit melalui dahan
diolah yang paling panda…              tupailah yang paling pandai
jatuh jaghe-jaghe                          sekali sekala jatuh
kerano dio tok sobar…                   kerana dia tak sabar

panda-panda tupai melopat            sepandai-pandai tupai melompat
jatuh tanoh jugok…                       akhirnya jatuh ke tanah juga
nok wi kabar..oghe jahat…             nak beritahu kepada orang yang jahat
jange terlajak manggak…               jangan terlalu sombong (manggak*)

ooo…oghe zaman dulu…                 Orang pada zaman dahulu
pakat hambat tupai…                     semua halau tupai
bimbang ko woh kayu …                 bimbangkan tanaman ( buah-buahan )
takut tok de besar…                      takut tak sempat untuk membesar 
(2X) 

nyo durian duku…                           Kelapa, durian dan suku                                   
kalu de nyo kerit tupai…                 Kalau kena gigit tupai
pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…. Jawabnya tahun itu, kelapa durian tak boleh dijual 
ooo…sekat bedil ado…                  Semenjak senapang ada
tupai habih mati….                       habis tupai mati
hok ni lah sayo raso…                    Inilah yang saya rasa
kito sgt rugi…                              kita sangat rugi
(2x) 

kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji…  sebagai manusia, setinggi mana kita belajar
nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi.. tidak akan berjaya untuk membuat seekor tupai

oooo…raso siye sunggoh….   rasa sangat kesian
tgk sekor anok tupai..         melihat seekor anak tupai
krano terlajok kuruh…        kerana teramat kurus
sapa tokleh niti pagar…      sehinggakan tidak boleh meniti di atas pagar
(2x)  

bulu-bulu pon habis luruh…  bulu-bulunya pun habis luruh
air mato bera-bera…            air mata berderai-derai
maghi dale baruh bokali keno racun bakar.. datang dari *baruh barangkali terkena racun bakar
hehe.. Tak pasti pulak aku punya translation tu betul ke tak.. Ada sedikit glosari kat bawah ni
  • julai = ranting (kayu) yg hujung sekali, carang; berjulai, berjulai-julai, menjulai, ter­julai berjuntai(-juntai).
  • kudung = terkerat atau terpenggal (kaki, tangan, jari, dll), terpotong pd hujungnya
  • berjingkit = berjingkit-jingkit ber­jalan dgn meloncat-loncat.
  • manggak = Kl sombong, besar hati, biadab, tidak sopan.
  • baruh = 1. bawah: di ~ bukit; 2. tanah yg di sebelah bawah (hilir, dekat pantai): orang ~; 3. Kl sawah: padi ~.


Dikir Barat

Salam semua..

Kali ni aku nak cerita pasal muzik yang paling popular di negeri kelahiran aku. Mana lagi kalau bukan Negeri Kelantan Darul Naim kan. Asal usul dikir barat ni mengikut teorinya dikatakan berasal dari Pattani Thailand. Namun ada juga yang berpendapat dikir barat ni di asaskan oleh seorang anak tempatan yang bernama Tuan Haji Mat Salleh bin Haji Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mat Salleh Tape (Mat Leh Tape). Gelaran Tape adalah sempena nama kampung yang didudukinya. Berkemungkinan dikir barat ni di asaskan di kampung tersebut. Terdapat juga teori yang mengatakan bahawa dikir barat ni berasal dari Bangkat iaitu sebuah tempat di negeri India. Di Bangkat, dikir ni dipersembahkan untuk memuja dewa-dewa Hindu. Dari India, dikir ni di bawa ke Siam dan dikembangkan di Kelantan.

Sejauh mana kebenarannya, setakat ini dan setahu aku (kalau silap sila maklum erk) tak ada lagi orang yang buat kajian terperinci dan memberikan fakta yang tepat tentang sejarah dan asal usul dikir barat ni. Walau bagaimanapun, di Kelantan dikir barat ni dipersembahkan pada malam hari untuk menghilangkan bosan dan penat bekerja di siang hari. Lagu-lagunya berunsur nasihat dan bercerita tentang sesuatu perkara. Terdapat juga lagu-lagu yang berunsur luahan perasaan si penulis lagu atau penyanyi itu sendiri.

Dikir ini boleh dipersembahkan secara Jogho (Juara) iaitu penyanyi akan menyanyi mengikut lirik yang telah digubah dan awok-awok akan mengikuti seni katanya selepas Jogho. Selain itu, dikir barat ni juga dpersembahkan secara karut atau dikir karut. Dikir karut ni bukannya mengarut atau merapu tak tentu hala. Sebenarnya karut ni adalah merupakan nyanyian penyanyi atau pendikir secara spontan. Apa yang terlintas di fikiran pendikir, akan diluahkan dalam dikir karut ni.

Tak kira peringkat usia.

Persembahan atau pertandingan.

Ha.. satu lagi, kalau diperhatikan, lirik dikir jogho dan dikir karut ni, ada rima-rima tertentu yang mesti dipatuhi. Macam pantun. Bukan main bedal tulis lirik je. hehe.. Kandungan mestilah mengikut jenis tema yang ingin dipersembahkan. Kini, dikir barat telah dikomersilkan. Perkembangan yang bagus apabila dah jadi satu industri macam industri nyanyia. Dari Semenanjung Malaysia sehingga ke Singapura, ada la persembahan dikir barat ni. Al-maklumlah, anak Kelantan ramai yang jadi perantau.hehe.

Oklah. Dah banyak membebel neh. hehe.. apa kata dengar lagu ni.


Lagu ni pasal keperihatinan menjaga spesis terancam tupai.

Ado sekor…anok tupai… 
Atas jula mokte… 
kudung ekor..perut lapar… 
jale cari make….(2x) 
(2x) 

kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. 
asalnyo dale hute… 
sejenis mamalia… 
(2x) 

kalu pasal jakit kot dehe… 
diolah yang paling panda… 
jatuh jaghe-jaghe 
kerano dio tok sobar…


panda-panda tupai melopat 
jatuh tanoh jugok… 
nok wi kabar..oghe jahat… 
jange terlajak manggak… 

ooo…oghe zaman dulu… 
pakat hambat tupai… 
bimbang ko woh kayu … 
takut tok de besar… 
(2X) 

nyo durian duku… 
kalu de nyo kerit tupai… 
pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…. 

ooo…sekat bedil ado… 
tupai habih mati…. 
hok ni lah sayo raso… 
kito sgt rugi… 
(2x) 

kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji… 
nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi 

oooo…raso siye sunggoh…. 
tgk sekor anok tupai.. 
krano terlajok kuruh… 
sapa tokleh niti pagar… 
(2x) 

bulu-bulu pon habis luruh… 
air mato bera-bera… 
maghi dale baruh bokali keno racun bakar..

Lagu ni merupakan luahan hati dan perasaan yang diluahkan melalui dikir barat.


Lagu ni pulak mengisahkan bagaimana kehidupan seorang penoreh getah dalam mencari rezeki sehari-hari.

Translation dalam bahasa Melayu standart, akan menyusul selepas ini. hehe.
Salam Pantai Timur.

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...