Salam muhibbah...
Disaat tertaipnya entri pada kali ini, aku sedang mengulangkaji, eh... sedang berhenti seketika daripada mengulangkaji untuk peperiksaan esok. Peperiksaan terakhir untuk semester ini dan tahun ini serta terakhir sebagai student UM kalau tak ada aral yang melintang di tengah jalan. Dengan Izin dari-Nya yang maha kuasa. InsyaAllah...
Dalam perjalanan ada tercoret pelbagai kisahnya. Suka, duka, pahit, manis, tawar, masin, kelat semua ada. Ada yang boleh dikongsi, ada yang tidak perlu pun diketahui umum. Cukup sekadar ia terpahat dalam-dalam tersemat dalam kotak memori selagi masih dikurnia nikmat ingatan daripada-Nya. Hidup ini sementara, umpama kita meminjam sebagai bekalan dalam kembara untuk menuju kehidupan yang kekal abadi di akhirat sana. Semoga perjalanan ini mendapat rahmat dan keredhaan dari Ilahi.
Tiga tahun, bakal melabuhkan tirainya. Bagi enam semester yang disyaratkan bakal ditamatkan dalam beberapa hari lagi. Perasaan aku. Entahlah. Jujur. Aku tak rasa apa-apa kecuali risau dengan apa yang bakal aku tempuh nanti. The real journey just begin and it's not over till the end.
Dalam tempoh perjalanan tiga tahun di bumi Malaya ni, banyak pengembaraan yang telah aku jalani. Terima kasih kepada mereka yang sudi mempelawa dan mereka yang bersama-sama mengembara bersama. Yang paling akan aku ingati adalah Penang 2012. Perjalanan ini ada kisahnya. Haha... Panjang kisahnya.. Mungkin akan aku ceritakan suatu hari nanti...
Catat Ulasan