Salam...
Semua orang ingin berubah. Tidak kira sejahat mana pun seseorang manusia itu, akan terbit rasa ingin berubah dan meninggalkan apa yang sedang dilakukannya. Namun sejauh mana perubahan itu ingin dilakukan dan bagaimana mahu melakukan perubahan itu.
Pokok persoalannya dalam diri. Diri yang perlu menjawab, sampai bila kita akan berada dalam keadaan kita sekarang. Perkara utama adalah niat. Ikhlaskan niat untuk berubah ke arah kebaikkan semata-mata kerana-Nya. InsyaAllah, niat kita akan terlaksana.
Niat semata tidak membuahkan hasil tanpa perlaksanaan. Berusaha meninggalkan apa yang tidak disukai-Nya dan berusaha dalam mengamalkan apa yang disukai-Nya. Perlahan-lahan dalam melakukan perubahan. Belajar daripada orang yang berilmu. Yang penting adalah niat yang ikhlas mahu berubah kerana-Nya. Itu yang paling utama.
Catat Ulasan