klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Festival Konvokesyen UM

Salam..

Sekarang ni kebanyakkan IPTA di seluruh negara sedang mengadakan Istiadat Konvokesyan masing-masing. Samalah kat tempat aku ni. Semalam majlis perasmiannya, dirasmikan oleh DYTM Raja Dr. Nazrin, Pro Canselor UM, kalau tak silap. Aku tak pergi sana ada program dengan Jabatan aku. Terlepas saat perasmian itu.

Dengar cerita banyak acara yang ada sempena konvokesyen ni. Istiadat dalam Dewan, hanya dibenarkan untuk orang-orang yang berkenaan je. Festival tu, acara yang ada sempena konvo ni. Aku tak tahu sangat apa aktiviti yang ada. Biasanya ada gerai jualan. Teringin mau makan nasi kerabu. Lama sudah tak makan. Haha.. 

Tahniah kepada senior-senior aku yang grad tahun ni. Aku pun bakal mengikut jejak langkah diorang jugak nanti. Tak lama dah pun satu semester je lagi. Lepas tu.... mmm.. Itulah yang tengah difikir-fikir neh. Kena berusaha lebih gigih dah ni.. Aku tahu cabaranya, bukan semasa study tetapi selepas study. Buat masa ni, fikir positif fokus kepada yang sedang dihadapi.

Chaiyok!!

Tahniah dan Selamat Bergraduasi 
Kepada Senior-senior 
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
Kuala Lumpur

&

Kenalan SMK SYP1 yang konvo pada tahun ni.

TAHNIAH....


3 Responses to Festival Konvokesyen UM

  1. goodluck bos!!

    nanti demo plok.

    sedapnyo nasi kabu ayam bakar!

  2. Mawe says:

    tq.. bro.. sedap sungguh.. lamo dh x make ni..

  3. woahh,tggal 1 sem lg.xlama lagi kamu pula yg akan bergraduasi.jeles2!hu3

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...