klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Tragedi 10.10.10

10.10.10 membawa seribu kepahitan kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan ngeri yang melibatkan dua buah bas dan tiga buah kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang dekat Pedas malam tadi. Dipercayai kemalangan berlaku kira-kira jam 7.12 malam. Menurut laporan Berita Harian sebuah bas dari arah Selatan yang hendak menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke laluan bertentangan kemudiannya bertembung dengan sebuah van, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan tiga buah kereta. Difahamkan, kejadian ini meragut 12 nyawa dan lebih 40 cedera.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang Muslim dan bertafakur kepada yang bukan Muslim. Semoga roh-roh mereka yang terkorban dalam tragedi ini ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah...







Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...